SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Sabtu, Mac 06, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Di Kg Tenai


Program Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H DUN Gemencheh untuk tahun ini telah di adakan di Kg Tenai Sg Dua dengan tema " MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH " Di mana semua peserta bekumpul di Padang Sekolah Sg Dua dan berarak ke Maktab Rendah Sains Mara Sungai Dua. Keseluruhan peserta yang melebihi 1000 orang telah merancak dan menyerikan majlis ini. Perjalanan perarakan yang lebih 2 km tidak melunturkan semangat dan kemuafakatan ummah agar segala yang di rancang akan selesai dengan izinNya. Warga Kampung Batang Rokan tidak terkecuali menyertai program tersebut dan bersama dengan Kg Ulu Rokan, membuatkan suasana keharmonian antara penduduk kampung


  


  
 seisi dalam kawasan sekolah sg dua.

  
 sewaktu perbarisan merentasi jalan berhadapan sekolah menuju MRSM melalui jalan utama.

  
 setelah sampai ke perkarangan MRSM.

 Hadir sama ketika Majlis tersebut ialah YB Dato' Mohd Kamil ( ADUN Gemencheh ), Datuk Nasarudin ( T/K UMNO Bahagian Tampin ), Tn Ariffin ( Penghulu Mukim ), Barisan Ajk UMNO Bahagian Tampin dan peserta2 kontijen dari seluruh kampung dalam DUN serta penglibatan pelajar2 sekolah sekitar Gemencheh.

program yang menggalakan pentingnya didikan Agama, jalinkan persefahaman, kesepakatan dan perpaduan. segala nya harus di teruskan untuk memupuk generasi akan datang.

w.k ucap terima kasih atas jemputan perarakan kepada En Badarudin selaku Pengerusi JKKK Kg Tenai merangkap Pengerusi Majlis dan barisan AJK beliau. segalanya telah berjalan dengan lancar. majlis yang besar ini bukan mudah untuk diuruskan. Maka kecekalan penduduk kg serta urusetia terlibat telah menjayakan program ini. Moga2 tahun hadapan kita berjumpa lagi...

terima kasih.....06/03/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan