SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, November 12, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Seluruh  Warga Kampung menyambut baik segala bantuan2 yang di salurkan oleh kerajaan, Kg Btg Rokan akan terus membantu menyampaikan pada mereka yang amat memerlukan dengan keikhlasan.

  SILA KLIK :-
  • Isi rumah yang layak (RM500):
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah:
  3. Berkahwin;
  4. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  5. Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  6. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
  •  Individu yang layak (RM250) 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia
  • Sila kemukakan salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera jika memohon secara manual
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Khamis, November 08, 2012

Ibadah Korban 2012

Ibadah korban pada tahun ini di sambut baik serta mendapat kesepakatan dalam menjayakan kewajipan tersebut. Sebanyak 5 ekor lembu di korban kan pada tahun 2012 ini. Di laksanakan pada hari sabtu seawal jam 8.30 pagi di perkarangan Masjid Kg Btg Rokan pada hari raya ke dua.

proses penyembelihan
 
 proses menimbang dll.
Tenaga yang di hulurkan seikhlas jiwa dalam menghayati ibadah korban akan mendapat hidayahNya. Moga perpaduan ummah yang di kecapi ini akan berlangsung selamanya.

Selasa, November 06, 2012

Futsal Crazy Friendly PDM P133/N35/03 Kg Rokan

Program yang di rancang oleh PDM Kg Rokan pada 27hb 10 2012 iaitu Crazy Friendly telah berlangsung dengan jayanya. Pada pagi raya ke dua tersebut semua warga Kg telah terlibat dengan program Ibadah Korban, dan pada jam 5 petangnya pula warga Kg Btg Rokan dan Kg Ulu Rokan telah berkumpul di Gelanggang Futsal 1 Malaysia di Kg Btg Rokan.

Seisi pendaftaran dan Taklimat
Perlawanan Kanak2 bawah 12 tahun (3 pasukan)
Pasukan Wanita + Beliawanis 2 team.
Pasukan Veteran + pemuda + VIP lawan 2 team shj. ( Ketua Pemuda BN Bahagian Tampin dan Ketua Pemuda MIC Bahagian)
Ni Pasukan Pemuda Juara dan Naib Juara.
Cenderahati serta Cabutan Amal di sampaikan oleh Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa ( Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin)

Modul operandi yang jelas, di mana program Crazy Friendly Futsal ini bukan menentukan kemenangan menjuarai perlawanan. Setiap pasukan yang di bentuk terdiri dari peserta yang di rojak antara 2 kampung. Dan kutipan derma dan cabutan amal pada malam tersebut juga berjaya dan segala kutipan di serah terus ke wakil penerima yang memerlukan.. 

Selasa, Oktober 16, 2012

Mesyuarat Program PDM

Mesyuarat Program PDM Kg Rokan yang melibatkan AJK Induk PDM Kg Rokan berlangsung pada 13.Oktober 2012 pada jam 9.00 malam. Fokus membincangkan agenda dan pelbagai perkara2 yang berkaitan perkara semasa.


Pemuda2 Cwg Kg Rokan yang berkesempatan hadir bagi menjayakan program yang di jangka akan berlangsung pada 27hb Oktober 2012 ini.

Jumaat, Oktober 12, 2012

Naik Taraf

Langkah penyelesaian membantu permasalahan penduduk setempat sedikit demi sedikit di jayakan di bawah pentadbiran JKKK yang mana kali ini peruntukan membina longkang di jalan Dato' Perdana telah pun di laksanakan.

Sebelum.

Selepas.

dan yang ni pula foto padang permainan yang dah dapat pada pertengahan tahun ini.

Khamis, Oktober 11, 2012

AJK PDM 03 N35 P133

Salam perjuangan buat semua warga Kampung dan pengunjung blog. Dah lama sangat admin x entri kisah2 dalam Kampung Batang Rokan. Cuma kali ni admin nak fokus pada PRU pula, Sebagai persiapan menghadapi PRU ke 13, PDM Kg Rokan 03 N35 P133 telah mengadakan mesyuarat bagi membentuk ajk2 serta petugas2 bagi merancakkan serta melicinkan Pilihanraya yang akan berlaku pada bila2 masa.


Ni la otai2 kampung yang sedia berjuang dari dulu lagi, bagi mempertahankan BN di Kampung Batang Rokan

ini pula jentera Wanita yang memperjuangkan Hak2 serta keistimewaan pewaris2 yang akan datang.

Ini pula Ketua UMNO Cawangan dan Pengerusi JKKK yang bertungkus lumus mengendalikan Mesyuarat AJK PDM Kg Rokan bagi Cawangan Kg Btg Rokan sahaja. PDM Kg Rokan melibatkan Kg Ulu Rokan, Sri Emas Dangi, Kg Rokan dengan bilangan pengundi seramai 589 orang (jumlah terkini). yang mana semasa PRU ke 11 dan 12, pengundi yang keluar mengundi melebihi 80%. Kebanyakan bakinya adalah pengudi yang menetap luar dari daerah mahupun luar negeri sembilan. 

Pada PRU yang ke 13 ini, PDM Kg Rokan akan sentiasa bersama dengan kepimpinan tertinggi dan menerima seadanya samada Calon ADUN Gemencheh di ganti mahupun mengekalkan yang lama. Biarlah kepimpinan tertinggi yang menentukan dan menerima suara akar UMBI.

Jumaat, Jun 22, 2012

Apa Nak Jadi ????

Assallammualaikum, salam 1 Malaysia dan salam hormat warga kampung buat pengunjung blog. Terlebih dahulu admin mensyukuri Nikmat diberi oleh Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi, sejak azali lagi admin mahupun generasi terdahulu telah di beri kehidupan yang sempurna dan aman. Namun sehingga kini kehidupan kita acap kali terganggu walau kita berpijak di bumi yang nyata. Kemerdekaan yang telah di kecapi sering kali di ganggu gugat oleh nafsu amarah hamba yg lupa pd Nya. Perjuangan hasad menjadi inisiatif utama untuk mereka berjuang dalam bayangan kepalsuan yang nyata akan menghancurkan. Manusia yang daif lupa akan asal usul, lupa akan perjuangan seketika dahulu. Kepayahan sehingga menitis darah, kesengsaraan dalam mengorbankan perjuangan membela nasib anak muda generasi pelapis negara yg sepatutnya membela dan menjaga tanah air ini agar kesinambungan akan terus memberi kan keinsafan, kesedaran dalam hakikat perjuangan. Mereka sanggup menggadai demi terlaksana hasad dan amarah dalam jiwa. Apa akan jadi pada zuriat suci yang lahir tanpa mengetahui kepayahan. Kemana arah hidup mereka ?? apa akan terjadi ?? Kemewahan kita kecapi sekelip mata akan hilang keberkatannya...

Selasa, April 10, 2012

Terima Kasih Kerajaan.

Salam 1 Malaysia dan salam kemesraan dari Warga Kampung buat semua pengunjung blog ini, Kali ini warga kampung ingin maklumkan pada semua bahawa Kampung Batang Rokan dapat lagi peruntukan kerajaan suku tahun pertama tahun 2012 sebanyak 4 kerja. Iaitu Padang Permainan Kanak2 yang mana JKKK acap kali ajukan kepada pentadbir daerah mahupun kepada kerajaan perumahan yang mana Kawasan perumahan ini sejak di bina pada tahun 1985 tidak ada padang permainan.

Pembersihan awal tapak permainan
Selepas pembersihan dan memagar
gambar atas ni adalah baik pulih pagar balai raya.

peruntukan kedua ialah membaik pulih pagar balai raya dengan menukar kawat, tiang pagar serta pintu pagar. peruntukan yang ketiga ialah menurap jalan di jalan perdana dan menaik taraf longkang di jalan perdana.
paparan bergambar akan warga kampung layarkan pada cerita akan datang. nantikan

Khamis, Februari 16, 2012

Peruntukan Kerajaan 2011

Alhamdulillah. Atas usaha dan kerjasama semua pihak berkonsepkan Rakyat Di Dahulukan. Warga Btg Rokan tidak di kecualikan bersama menerima ihsan ikhlas BR1M dari kerajaan. Pelbagai peruntukan yang di beri, lebih2 lagi kepada pelajar2 sekolah. Amat bertuah keluarga yang menerima bantuan tersebut dan seharusnya Rakyat Malaysia termasuk warga kampung sentiasa bersyukur. Bersyukur pada ALLAH yang melimpahkan kedamaian dan rezeki dariNya ke umatnya mahupun dari  umat ke umatnya. Buruk sangka ibarat Fitnah yang besar dosanya. Jadi mari kita bersama2 menadah tangan memohon pada Illahi akan musibbah yang menimpa ini akan berakhir. Usaha demi usaha Pihak JKKK ajukan, bukan mudah untuk melaksanakan Impian, lebih2 lagi dalam satu Malaysia ni bukan sahaja kita aje yang mohon peruntukan. Tapi atas usaha gigih pentadbir dalam Daerah Tampin, sedikit sebanyak ia membatu juga. Kadang2 kita sebagai JKKK yang mentadbir kampung tak terlepas menerima tempias mahupun cemuhan. Nak puaskan hati orang bukannya perkara mudah. Tolong salah, tak tolong pun salah, yang dah di tolong, Terima Kasih pun tidak. Ini lah Lumrah Hidup manusia kini.
Warga kampung pun dah lama tak up date blog ni, pasal tak ada liputan internet, jadi amat sukar untuuk menyampaikan apa2 info terkini dalam Kampung. Sebelum ni Kampung ada buat program bersama Kemas, Risda dll.
Yang w.k nak paparkan ialah wajah terbaru padang Futsal 1 Malaysia yang telah hampir siap dan baik pulih balai raya Masjid.

warga kampung akan menunggu penyerahan padang 1 malysia ini dan akan mengadakan program dan sebagainya. 

Bukan itu saja, warga kampung dapat lagi peruntukan baik pulih balai raya Masjid. cat baru, pasang jubin, tukar ardek serta mengubahsuai ruang dapur. 

keadaan semasa awal semasa kerja menukar ardek.
Ni dia wajah baru balai raya Masjid selepas di upgread oleh kerajaan. Lepas ni pihak Masjid nak buat program Maulidur Rasul. nantikan......