SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Sabtu, Julai 31, 2010

Local Agenda 21

 Satu program Local Agenda 21 pada 28.07.2010 jam 8.00 pg di Dewan Seri Gemencheh anjuran Majlis Daerah Tampin, di mana program tersebut di rasmikan oleh Y.B Dato' Mohd Kamil B Ab Aziz ADUN kawasan Gemencheh.
Agenda 21 ialah satu program tindakan pembangunan mampan global. Antara agenda yang di jadualkan ialah Pertandingan memasak, gubahan dan Treasure Hunt Berbasikal atas kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan. ( MDT )
 Kg Btg Rokan telah terlibat bersama dalam program tersebut dan menyertai pertandingan memasak, gubahan dsbgnya.

 Pn Saharah Bt  Daud mengambil bahagian memasak nasi kerabu
Pn Jamaliah Sharif mengambil bahagian mengubah jambangan sirih.
 
 Sdr Zahid Bin Osman @ An mengambil bahagian memasak ikan keli masak lemak cili api berseri nenas yang telah mendapat nom 3 pada pertandingan tersebut.
Secara Ringkasnya Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Selasa, Julai 27, 2010

Program Amal Ziarah Mesra

Satu program yang julung-julung kali di adakan kali ini ialah Ziarah Mesra Amal.
Di mana Ajk JKKK serta belia Kg berkumpul di rumah Pn Zainab Bt Busin yang berusia 84 tahun pada 25.07.2010 jam 3.00 ptg. Agenda tersembunyi ialah Ziarah, bermesra dengan ahli keluarga dan beramal secara gotong royong.

 Seisi minum semasa ziarah. pekena tea o je dengan keropok lekor.
Gotong Royong membersih sekitar rumah Pn Zainab adalah satu contoh kepimpinan JKKK yang sentiasa perihatin terhadap permalasahan penduduk. Rumah Pn Zainab telah lama di tinggalkan dan pada bulan 4 beliau kembali menetap di sini bersama cucu nya.
Seisi minum petang yang di bekal kan oleh Pengerusi JKKK dari rumah. Program begini di harap akan menjadikan keakraban silatulrahim sesama semua.

Isnin, Julai 26, 2010

Hand-on Mencantas dan Membaja..

Program Hand-On Pembajaan dan Pemangkasan Dusun Bebas Kimia di Kg Btg Rokan bersama Jabatan Pertanian Daerah Tampin telah berlangsung di Balai Raya Masjid Kg Btg Rokan pada 23.07.2010 jam 8.30 pagi. Pn Nor Azizah dari Pusat Stesyen Pertanian Asahan Gemencheh memberi penerangan terperinci tentang kaedah pembajaan dan pemangkasan yang betul.

menerangkan intipati dan gred baja mengikut kesesuaian tanaman dan menjelaskan tentang baja organik yang di buat kelmarin.
menerangkan kaedah mencantas yang betul.

Pelbagai ilmu yang di perolehi dari aspek mencantas, membaja dan gred baja yang betul. Tunjuk ajar secara praktikal amat berkesan. Terima kasih buat Pn Nor Azizah atas kesudian dan kerjasama dari Pihak Jabatan Pertanian.


Khamis, Julai 22, 2010

Program Sirkit Motorcross..

Program Sirkit Motorcross Peringkat Negeri Sembilan anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri pada 17 dan 18hb 07.2010 bertempat di Litar Motorcross Peradong, Jelebu dan Kem D'Algroloka Jelebu.
Seramai 5 orang Ahli Belia Cawangan Kg Btg Rokan mewakili Belia Daerah Tampin.

Belajar Start motor..
Ini lah sijil dan Hadiah Tempat Pertama Oleh Amir Sharifudin B Safar ( Foto Kabur )
Wajah Hero Tempat Pertama dari Kg Btg Rokan..

Program2 begini jarang sekali mendapat tempat di hati para belia dan ini lah juga pertama kalinya wakil dari Kg Btg Rokan Menyertai Program sebegini. Atas usaha gigih ahli tersebut, dapat juga menaikan nama Belia Tampin khususnya.

Rabu, Julai 21, 2010

1 Kg 1 Rela..

Pada 19.07.2010 (isnin) Kg Btg Rokan mengadakan Program 1 Rela 1 Kampung dengan kerjasama Rela Daerah pada 9.00 mlm di balai raya Kg Btg Rokan.

 Kehadiran Belia Remaja serta masyarakat kg.
Tn Saidi ( Pgw Rela Daerah), Tn Zulkifli ( Imam merangkap Ahli lama Rela ), En Jamaludin ( Pengerusi JKKK ), En Zainal ( Nazir, Kt UMNO Cwg )
Beliawanis / Relawati yang hadir bersama
Sesi taklimat dari Pegawai Rela Daerah Tampin tentang peranan dan pelbagai agenda tentang Rela.
Ni Belia Rela yang dah dapat Uniform, minta Post Foto ni..

Terima Kasih buat Rela Daerah yang sudi turun padang hingga larut malam dan melayan kerenah belia2 yg pelbagai ragam. Dengan adanya 1 Rela 1 Kg, akan adanya pula kawalan Malam yg akan di adakan.

Ahad, Julai 18, 2010

Santapan Kalbu..

 Ceramah Israk Mikraj telah berlangsung di Masjid Kg Btg Rokan pada 17hb 07 2010 ( sabtu ) selepas solat Maghrib berjemaah. Alhamdulillah, banyak ilmu keagamaan di sampaikan oleh Ustaz Shukor B Hj Mustapa. Para remaja dan ibu bapa yang berkesempatan hadir, insyaallah akan mendapat hidayah dari Nya yang maha Esa. Lebih kepada ilmu Tasauf yang menerangkan masallah Duniawi yang begitu menjadi keutamaan buat masyarakat sekarang.
 
 Ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz Shukor B Hj Mustapa dan di sebelahnya ialah 
En Zainal B Abd Wahid ( Nazir Masjid Kg Btg Rokan )
 
Sambutan penduduk kampung amat menggalakan dari golongan remaja hingga ibu bapa. 
Nantikan program kenduri sambut Ramadhan dan Bacaan Yassin pada 29hb 07.2010 malam..

Jumaat, Julai 16, 2010

Saje-saje..

Walaupun Program Gotong Royong tanpa jadual dan teragak-agak nak buat atau saje-saje, namun sambutan masih lagi erat oleh penduduk. Pada yang saje-saje kelapangan tu di ucapkan Terima Kasih x terhingga.

Baru lepas gotong royong bersih sekitar halaman Masjid. x lama lagi nak masuk bulan Ramadhan, kena buat persiapan awal untuk sambut Syawal, psl bulan puasa dah tentu x ada gotong royong dan sebagainya. Bulan Ramadhan banyak program kat Masjid je, tp jadual Masjid seperti biasa, Bacaan Yassin dan belajar Agama tetap diadakan. pada 17 hb ni program Ceramah Israk Mikraj. dan 17-18 hb ni belia pun ada Program Asas Cub Cross di Jelebu. nanti akan di paparkan kisah2 tu. dan 18hb ni ada program Amal Mesra di Kampung dan 4 Rumah telah terpilih.. saje-saje je..

Khamis, Julai 15, 2010

Bincang2 Keceriaan..

Mesyuarat Khas membincang keceriaan dan Format pertandingan Keceriaan Peringkat Dun pada 14.07.2010 jam 9.00 mlm selepas jemaah Isyak di Masjid. Barisan pentadbiran JKKK Kg Btg Rokan bersama menghuraikan Format dan program berjadual JKKK.


Dalam seisi ini, hampir semua barisan Ajk pening kepala kerana inilah pertama kalinya JKKK ataupun warga Kg Btg Rokan menghadapi pertandingan keceriaan kg. Segala yang di atur akan di jayakan walaupun pelbagai masalah yang di hadapi.

Rabu, Julai 14, 2010

Kenangan Sihat Ceria

Sebahagian Foto Program Kg Sihat Ceria Anjuran Gerakan Belia 4B serta semua pertubuhan bersama anak angkat pada 4.07.2010 ahad kelmarin

Senamrobik dan poco-poco


Senaman Renggang Otot

Sebahagian Belia yang bersama

Kesungguhan Belia-belia menganjurkan program bersama amat2 menyerikan suasana kampung. Harapan agar tahun hadapan program ini akan berulang kembali..

Jumaat, Julai 09, 2010

Mesyuarat JKKK DUN Gemencheh

Pada 6.07.2010 Mesyuarat Pengerusi dan Setiausaha JKKK bulanan DUN Gemencheh telah berlangsung di rumah Pengerusi JKKK Kg Air Rawa iaitu En Rejab. Di pengerusikan oleh YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz. Banyak perkara di bawa dan banyak juga perkara yang telah selesai. Dan Terima Kasih pada YB yang rajin turun padang sekarang ni. Sergah sana Sergah sini untuk memantau aktiviti mahupun kekalutan dan rungutan masyarakat setempat.

Isu yang Kg Btg Rokan bawa ialah Isu Air yang x sampai ke rumah En Roslan Md Akhir, isu yang masih panas hangat selagi x selesai, walaupun dah di taburi janji dan janji.. Kemerdekaan masih lagi x dikecapi jika kemudahan kerajaan yg dah swasta tu pun masih x dapat dirasai oleh rakyatnya. Wajar kah omong kosong lebih bermakna dari perlaksanaan ???
Kami sebagai pemantau atau pemerhati atau wakil kepada kerajaan, adalah satu jana kuasa akar umbi yang sepatutnya di beri harapan memberi impian buat masyarakat, namun redha dengan kehendak keadaan.
Matlamat membantu hanya igauan..

Jika akar umbi x di bajai, x di jagai....  pohon, dahan mahupun pokok akan tumbang..

Khamis, Julai 08, 2010

Sembang-sembang

Foto di ambil pada 4.07.2010 jam 6.30 ptg di perkarangan teratak Ct Rosdin iaitu rumah Datuk Nasarudin di Kg Btg Rokan. Sewaktu anak angkat Peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam ( INTAN ) berkampung dalam Daerah Tampin, hanya 3 orang yang telah di terima oleh penduduk Kg Btg Rokan, Pada asal nya 2 perempuan 1 lelaki, berkemungkinan ada masalah dari agihan tugas oleh INTAN, pertukaran berlaku pada awal sabtu minggu lepas. Kg Btg Rokan akur menerima siapa sahaja, 2 lelaki 1 org perempuan.
 
Sdr Shamin Said B Ghulam Shaid dan Sdr Faisal mengambil kesempatan untuk meramah mesra Datuk Nasarudin di rumah Datuk sendiri. Banyak fakta dan sejarah yang di pelajari oleh mereka, lebih2 lagi Datuk adalah seorang yang berpengaruh dan banyak pengalaman2 manis dan pahit yang telah di rasai dalam pelbagai sudut samada Belia, Kepimpinan , Pengurusan, Perniagaan, Pentadbiran dan kisah silam beliau.
Apa yang pasti peranan peserta kursus harus mengambil langkah berani berubah. kok lagu tu juga, mungkin piawaian penyertaan atau pun modul ni x akan berjaya.

Kg Sihat Ceria...

Program Kg Sihat Ceria anjuran Gerakan Belia 4B Caw Kg Btg Rokan bersama semua pertubuhan dalam kg serta Peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam, INTAN Bil 1/2010 telah berlangsung pada 04 julai 2010 seawal jam 7.30 pagi. Program yang telah di rancang awal dan di tetapkan pada tarikh 30 julai ni di pinda se awal mungkin agar program bersama anak angkat akan lebih meriah. Tentatif seperti senamrobik, poco-poco, pemeriksaan kesihatan, merentas desa serta ramah mesra telah di jadualkan dengan jayanya.

Pemeriksaan kesihatan percuma dari jabatan Klinik Kesihatan Gemencheh turut bersama sejak awal pagi dan lebih dari 70 orang yang menerima rawatan tersebut.

Sdr Shamin (anak angkat) mengisi masa lapang berkaraoke dengan beliawanis kg..
Sembang-sembang antara pengerusi Belia Cwg dengan Pengerusi 4B Kawasan Tampin ( Tn Hj Zamrus ) serta ajk kawasan dan wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah ( Sdr Jasni )
Kanak2 yang mendapat cenderahati bagi pertandingan mewarna.

sekadar tatapan saje.. hehehe. sebahagian beliawanis yang aktif dlm program kg.
akan di paparkan kegiatan aktif merentas desa, senamrobik dll dlm paparan akan dtg.

w.k mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua secara langsung atau tidak dlm menjayakan program2 dlm kg ini.

Selasa, Julai 06, 2010

Program Juara Rakyat ( Pemimpin bersama Anak Angkat INTAN)

Pada awal perancangan untuk meraikan anak angkat 4 kampung iaitu gemencheh lama, gedok, ulu rokan pada 02.07.2010 ( jumaat malam ) telah bertukar ke peringkat Bahagian Tampin, sebagai tuan rumah persiapan tetap akan di jalankan mengikut tarikh yang di tetapkan pada waktu yang singkat iaitu 03.07.2010 jam 8.30 mlm bertempat di perkarangan balai raya Kg Btg Rokan.

 
Kehadiran Y.B Dato' Shaziman Bin Hj Abu Mansor ( Menteri Kerjaraya Malaysia ), YBhg.Dr Aminudin B Hassim ( Pengarah INTAN Malaysia), Y.B Dato' Paduka Hjh Zainab Bt Hj Nasir ( EXCO Kerajaan Negeri Sembilan ), Sdr Mohd Isam B Mohd Isa ( Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ), Pn Amalina Bt Abd Wahab ( Ketua Puteri UMNO Bahagian ), En S.Rajendran ( Ketua MIC Bahagian Tampin ), En Gan Chong Bee ( Ketua MCA Bahagian Tampin ),Datuk Kia Phang Fong ( Ketua Gerakan Bahagian Tampin ), En Raja Virapan ( Ketua PPP Bahagian Tampin ), En Zahirin Bin Adnan ( Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin ), En Zainal Bin Abd Wahid ( Ketua UMNO Cawangan ), En Pahim Bin Mahmud ( Ketua UMNO Cawangan Gedok ), En Ghuzali Bin Othman ( Ketua UMNO Cawangan Ulu Rokan ) dan AJK UMNO Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian dll.

Persembahan Silat dari Belia Kg Btg Rokan di bawah Naungan Akademi Sukan Pencak Silat.

 Persembahan Api dari para Belia Akademi Sukan pencak Silat.

 
Sumbangan Ikhlas sejambak bunga dari Persatuan Wanita Pekebun Kecil Kg Btg Rokan dan pasu bunga hasil tangan Inovasi dari Gerakan Belia 4B Kg Btg Rokan. Di sampaikan oleh Pengerusi JKKK ke Y.B Dato Shaziman.

 Sekadar makan bersantai antara semua Dif-Dif jemputan dan Anak2 Angkat INTAN di dalam balai raya Kg Btg rokan.

 Program Juara Rakyat buat kali kedua telah berlangsung dengan jayanya di Kg Btg Rokan. Terima Kasih buat semua yang terlibat atau pun tidak secara tidak langsung. dan salam Takzim dari Y.B Dato' Mohd Kamil Bin Abd Aziz ( ADUN Gemencheh ) yang tidak dapat hadir bersama dalam menjayakan majlis ini. Y.B di maklumkan ke IPOH atas urusan keluarga. Namun sokongan dan dokongan Y.B masih di perlukan. Terima Kasih Y.B dan semua atas kerjasama untuk menjayakan majlis ini.

Jumaat, Julai 02, 2010

Mesyuarat Penyelaras Program Meraikan peserta INTAN

Mesyuarat kali ke dua membincang Program untuk peserta Diploma Pengurusan Pentadbiran INTAN di adakan selepas program pertama yang di anjurkan oleh UMNO dan JKKK 4 kg di pinda ke bawah Program UMNO Bahagian Tampin. Seterusnya Program tersebut juga telah di pinda ke tarikh 03.07.2010 jam 8.00 malam di mana program tersebut akan di sempurnakan oleh Y.B Dato' Shaziman Bin Hj Abu Mansor.
 PROGRAM JUARA RAKYAT Pemimpin Bersama Anak Angkat INTAN ( Peserta Diploma Pengurusan Pentadbiran )


 Kami UMNO dan JKKK Kg Btg Rokan sekali lagi dapat menerima Program Juara Rakyat Kali ke dua dalam tahun 2010 selepas Program Pertama Yang Di Rasmikan Oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B Dato' Seri Utama
dan Gerakan Belia 4B Caw Kg Btg Rokan juga ada menganjurkan Program Kg Sihat Ceria pada 04.07.2010 di tempat yang sama.Program terus menerus membuatkan perhubungan Silaturahim akan menjadi lebih akrab..

nantikan foto2 menarik dan paparan selepas ini. w.k sibuk sangat.