SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Disember 12, 2011

Perlawanan persahabatan Futsal Zon Rokan DUN Gemencheh

Perlawanan persahabatan pertandingan Futsal bagi Zon Rokan DUN Gemencheh berlangsung pada 9hb 12 2011 menyaksikan 13 pasukan yang mewakili dari Kg Btg Rokan, Ulu Rokan, Bukit Rokan, Rokan Utara, Tenai dan Sg Dua ( jemputan ). Perlawanan yang berlangsung seawal jam 9 malam berhenti pada jam 10.30 akibat hujan turun serta merta dan perlawanan di tangguhkan pada 11.12.2011 jam 9.00 malam.

antara pasukan yg sempat bergambar
Ybhg Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa ( K.Pemuda UMNO Bahagian Tampin ) berkesempatan hadir menyempurnakan Majlis penyampaian hadiah kepada semua pasukan yang terlibat. Pn Azizah ( N.Pengerusi Wanis Kws Tampin) selaku tuan rumah.
Barisan Pemain Beliawanis. Btg Rokan (hijau) Ulu rokan (kuning/hitam) Bukit Rokan (Oren)

Selepas ini kita akan buat lagi program bagi Zon Gedok yang akan melibatkan Sg Dua, Tenai, Kg Tengah dan Gedok. Zon Rokan akan menjadi jemputan.

Padang Serbaguna

Bulan Disember 2011 menjadi kenangan yang amat baik buat warga Belia Kg Btg Rokan apabila mendapat hadiah Istimewa dari kerajaan di bawah naugan UMNO iaitu Padang Serbaguna.

Proses pembersihan tapak
Proses merata tapak.
Di jangka bulan Januari 2012 padang serbaguna ini dapat di gunakan dan akan di rasmikan.