SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Mac 29, 2010

Futsal Piala Ketua Pemuda Bahagian Tampin


Pada 27hb 03 2010 seawal jam 8.00 pagi semua peserta pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin telah di jadualkan secara sempurna, Lokasi adalah Padang serbaguna Kg Tenai dan Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Nasarudin. 28 pasukan telah terpilih untuk merebut piala iringan tersebut. Termasuk 2 pasukan dari Kampung Batang Rokan.

Dari kiri : En Baharuddin ( Ketua Kampung Air Tenai ), Datuk Nasarudin ( Tmb UMNO Bahagian Tampin ), Sdr Mohd Isam B Mohd Isa ( Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin )

Kenangan sebelum perasmian antara pasukan Kg Btg Rokan ( biru ) dan Kg Ulu Rokan ( hijau ) bersama barisan jawatankuasa.

Datuk Nasarudin merasmikan program dengan sepakan pertama.

Ketua Pemuda Sdr Mohd Isam menjadi penjaga gol sempena agenda perasmian.

Pasukan B Kg Btg Rokan

Pasukan A Kg Btg Rokan.

Program yang berlangsung ini akan menentukan 8 pasukan yang berjaya di kedudukan tersebut untuk bertemu dengan 8 wakil pasukan dari Repah dan Gemas, 03hb 04 2010 akan berlangsung sekali lagi 24 pasukan dari 3 DUN untuk merebut Piala Ketua Pemuda Ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan