SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Januari 29, 2010

Kelas Bimbingan Tuisyen


JKKK Kampung Batang Rokan di bawah biro pendidikan bekerjasama dengan pemuda kampung berusaha mewujudkan kelas bimbingan tuisyen untuk murid Tahun 4,5,6. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan keputusan untuk UPSR 2010. melancarkan akademik pelajar dan sekaligus mengharap sokongan ibu bapa/penjaga agar kelas bimbingan ini berjaya.

Sasaran : Pelajar Tahun 4, 5 & 6 (2010)
Tempat : Balai Raya Kg. Batang Rokan
Subjek : Bahasa Malaysia , Matematik dan Sains


JADUAL TUISYEN

HARI
MASA
SUBJEK
Isnin
8.00 Mlm – 9.00 Mlm
Matematik
9.00 Mlm – 10.00 Mlm
Sains
Selasa
8.00 Mlm – 9.00 Mlm
                              -
9.00 Mlm – 10.00 Mlm
Bahasa Malaysia
Rabu
8.00 Mlm – 9.00 Mlm
Sains
9.00 Mlm – 10.00 Mlm
Matematik
Khamis
8.00 Mlm – 9.00 Mlm
Ulangkaji ( Terbuka )
Jumaat
9.00 Mlm – 10.00 Mlm
Ulangkaji ( Terbuka )


Kelas Tuisyen telah di buka untuk pelajar darjah 4,5 dan 6

Umur : 10, 11, 12 tahun sahaja.

Tenaga Pengajar :

En Zainal Bin Abd Wahid ( Bahasa Malaysia )
En Muhairul Akmam Bin Baharudin ( Sains )
En Azizul Fadhli Bin Basuri ( Matematik )

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En Zainal di talian : 012 6919702


Khamis, Januari 28, 2010

Penghargaan Terima Kasih...

Foto selepas

Foto Sebelum


Terima Kasih yang mampu di ucapkan kepada penyumbang sehingga tertegaknya sebuah pondok menunggu bas untuk murid sekolah Kampung Batang Rokan dan Kampung Rokan.

Ucapan ditujukan kepada Datuk Nasarudin B Mahmud ( Timbalan UMNO Bahagian Tampin ),
En Ghuzali ( K.UMNO Cawangan Kg Rokan ), K.Pemuda Kg Btg Rokan serta AJK, K.Wanita Kg Btg Rokan serta AJK, Belia Kg Btg Rokan dan Ajk seterusnya kepada semua yang terlibat di dalam pembinaan pondok tersebut yang diusahakan secara gotong royong yang mengambil masa selama dua hari.

Kini ia sudah boleh digunakan samaada untuk murid sekolah ataupun beristirehat sambil merehatkan minda,. harapan kepada pengguna, pergunakanlah pondok tersebut dengan sebaik mungkin yang bersesuaian dengan tujuan pembinaannya. Jangan di salahgunakan.

Saya berdoa kepada ALLAH semoga ALLAH menerima segala sumbangan samaada keewangan, tenaga, buah fikiran dan sebagainya.

Di masa2 yang mendatang agar ada Hamba2 ALLAH yang sudi menghulurkan sumbangan tidak kira apajua bentuk, bagi pihak JKKK Kg Btg Rokan sentiasa mengalu2alukan sumbangan ANDA!!!!

TERIMA KASIH.....

Rabu, Januari 27, 2010

Borang Aduan, Permasalahan dan Cadangan Tahun 2010


Sebagai Langkah awal untuk pihak JKKK bertindak adalah dengan mengedar borang aduan permasalahan dan cadangan program tahun 2010 pada 13 Januari. Mengikut Cadangan Y.B Dato' Mohd Kamil supaya semua JKKK mengadakan Program Berdialog bersama rakyat. Setelah borang di edarkan, Pihak JKKK telah mendapat pulangan borang yang agak memberansangkan dari penduduk kampung. w.k akan paparkan permasalahan mengikut keperluan yang penting. berikut adalah surat yang di edarkan kepada penduduk kampung...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN “

Ruj : JKKK / KBR / Bil ( 02 ) 2010
Tarikh : 13 Januari 2010 / 27 Muharram 1431H

ﺍﻟﺴﻼﻢﻋﻟﻴﻛﻡﻮﺮﺤﻤﺔﺍﷲ

Semua Penduduk Kampung Batang Rokan

Tuan / Puan / Encik / Cik.

MEMINTA KERJASAMA MENYATAKAN PERMASALAHAN DALAM KAMPUNG ATAU MENCADANGKAN PROGRAM DALAM KAMPUNG UNTUK TAHUN 2010

Adalah dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas dimaklumkan bahawa pihak JKKK Kampung meminta kerjasama dari semua penduduk kampung memaklumkan sebarang permasalahan dalam kampung tanpa mengira apa dan mencadangkan agenda ataupun program dalam kampung untuk sepanjang tahun 2010.

2. Tuan/ Puan di minta memberi kerjasama kepada pihak JKKK agar cadangan tersebut akan di bentang pada mesyuarat JKKK kali pertama tahun 2010 pada bulan januari ini.

3. Kerjasama semua penduduk kampung akan memudahkan pihak JKKK untuk mencari penyelesaian setiap permasalahan tersebut.

Sekian, terima kasih

ﻮﺍﻠﺴﻼﻢ

“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA ”


Saya yang menjalankan tugas.



........................
( Jamaludin Bin Piee )
PENGERUSI JKKK
Kampung Batang Rokan
73200 Gemencheh N.S.D.K

Selasa, Januari 26, 2010

Masjid Bocor


Aduan telah banyak kali di sampaikan, dan blog juga bukan lah cara yang bagus atau nampak hebat untuk memaparkan apa jua aduan, program mahupun perkara yang x langsung. Tapi kekecewaan masyarakat menjadi keutamaan. Blog ini memudahkan apa juga yang dipaparkan dapat di lihat jelas oleh pihak yang berkaitan. w.k terpanggil sekali lagi untuk memaparkan kisah Masjid ni, Dah 2 kali kontrakter menghabiskan RM untuk menyelesaikan isu kubah bocor, jelas sekarang semua masih x selesai.

pernah juga di katakan Masjid akan dapat peruntukan Fasa ke dua, tp faham2 dah laa...
bukan nak memburuk kan mana2 pihak, jelas isu rakyat patut di utamakan, lebih2 lagi kemudahan untuk masyarakat.

ini di katakan peranan JKKK...

1. JKKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program program atau projek projek pembangunan di dalam kampung .
2. JKKK menentukan senarai keutamaan projek projek pembangunan di dalam kampung.
3. JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
4. JKKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.


tapi....... kadang2 kontrakter yang masuk kampung pun biadab.. x reti nak jumpa ketua kampung atau ajk JKKK yang patut. Dapat plak projek tunjuk2.. ketua kampung pun x tahu.. lagi lah musibat..

kubah masjid yang si syaki bocor.


lelehan air hujan yang masuk ke syiling

kesan reput syiling akibat air hujan

karpet yang sering basah semasa hujan.

w.k harap pihak pejabat agama daerah datang lah tinjau2... jengok2 masalah kubah bocor ni...

terima kasih yo..



Moncheh maju..


Draf Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2020

AJK JKKK seluruh Gemencheh telah telah dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis taklimat Publisiti dan Bantahan Awam , Draf Rancangan Kerajaan Tempatan Daerah Tampin 2020 pada 12 Januari 2010 di Dewan Seri Gemencheh untuk mengetahui perancangan pembangunan daerah ini menjelang tahun 2020 dan mengemukakan pandangan atau bantahan atas deraf yang disediakan MDT . Dan Berlangsungnya tarikh pemerhatian atau aduan dari 22 Disember 2009 hingga 23 Januari 2010.

Setelah pemerhatian dan pantauan di buat, tidak kesemua kampung yang terlibat dalam draf tersebut, namun tidak di sangka rupanya Kampung Batang Rokan telah tersenarai dalam draf tersebut. Penantian mengharapkan perubahan begitu bekobar2, lebih2 lagi untuk masyarakat.

Sebagai maklumkan kepada semua warga kampung yang dah merantau, w.k paparkan di sini sebagai penghidang mata santapan anda.













Gemencheh bakal menjadi nadi utama Pembangunan Tampin di masa hadapan, Kg Btg Rokan tidak terkecuali dalam draf perancangan tersebut. Walaupun hanya draf untuk perancangan hingga 2020, kita kena tunggu samada berjaya atau pun tidak. Semua rakyat perlu di utamakan, semakin maju kawasan tersebut, semakin ramai yang akan terus ketinggalan akibat leka dengan kehidupan.

semua warga kampung batang rokan menyahut baik apa jua perancangan yang di bawa, cuma harapan w.k jangan terlalu mengharap...

Terima kasih kepada Y.B Dato' Mohd Kamil yang sentiasa peka dan berani untuk merancang kejayaan dan perubahan demi rakyat.

Terima kasih juga kepada penghulu mukim, Tn Zainal yang sentiasa memantau kemajuan masyarakat dan semua agensi di bawah pentadbiran beliau.


Ahad, Januari 24, 2010

Pondok Baru..

Telah w.k paparkan pada 30 november 2009 kelmarin tentang prasarana baru yang akan di buat. jelas sekali perkara tersebut dapat di laksanakan pada awal tahun ni.. W.k harap lepas ni apa jua program melibatkan masyarakat akan di buat secara gotong royong. Ini akan merapatkan silatulrahim antara penduduk kampung ini.


Terima kasih kepada Bro amie atas sumbangan simen dari beliau. jasa mu ku kenang.


keadaan tapak selepas lantai di simen


memotong besi untuk tiang

Foto awal memasang ardek.

kontrol macho plak mamat ni..
( wakil dari bahagian pemasaran produk iklan antara bangsa.)

memasang tapak / tiang tempat duduk.


jamuan makan tengahari.

Sahabat dari majalah Al Islam dan URTV turut bersama.

Edisi membancuh simin untuk melantai



Persiapan terakhir.. hanya tinggal tempat duduk je yang belum di letak.

W.k ucap terima kasih tak terhingga kepada penduduk kampung terutama abg otai iaitu kassim dan en kamarulsaman yang sentiasa dan lebih tekun menjayakan program gotong royong membina tempat berteduh pelajar sekolah ini.

lebih2 lagi yang bekerja kuat selama 2 hari 2 malam untuk mempercepatkan persiapan ini.

dan nantikan foto lain bersama ucapan ringkas Tok Din, Beliau sedang cari ilham tu..
lagipun projek mega ni di taja oleh ????? nantikan.....

sayonara....


Sabtu, Januari 23, 2010

Lalat Kian Mengganas..






Bukan niat w.k untuk menyatakan bahawa keadaan di Sekolah atau pun Kampung ini kotor atau sebagainya, Tapi w.k yakin semua ini berpunca dari kilang ayam yang berhampiran. Lalat sekarang mula mengganas, andai di rumah mungkin tidak menjejaskan. Tapi ini adalah kantin sekolah. Anak2 Kampung ini menjamu selera bila masa rehat.

x dapat nak di gambarkan keadaan lalat yang mengerumun makanan walaupun di tutup rapat, sehingga nak makan pun kena bersilat. Siapa yang akan susah....

w.k telah meninjau ke kantin sekolah terbabit dan ini lah foto yang w.k dapat. Harap pihak Sekolah kena bersabar, kerana memang tiada cara yang baik untuk menghalang serangan lalat ini.

cuma kita semua kena pantau makanan jangan tertedah sahaja.. serangga halus ini boleh mengundang penyakit...

AWASI SETIAP GERAK GERI NYA.............

Khamis, Januari 21, 2010

Rangkaian Niaga Anak Kampung

Kepada Semua Belia2 / Pemuda pemudi dan Warga kampung Batang Rokan yang berada di sekitar kampung, Pekan Gemencheh mahupun yang dah merantau.. W.K telah membuka satu link Rangkaian Perniagaan buat anak2 watan Kampung Batang Rokan sahaja.

Anda boleh tinggalkan pesanan ataupun e mail kan segala biodata ke kgbtgrokan@yahoo.com

Anda boleh layari http://www.wargakampungniaga.blogspot.com untuk rujukan anda. Marilah kita bersama membantu mengumpulkan anak2 watan kampung batang rokan di bawah satu kelompok.

Terima Kasih.


Selasa, Januari 19, 2010

Masalah Air.????

Rumah Mesra Rakyat berhampiran jalan utama gemencheh ke felda bukit rokan

pemasangan paip sementara menghubung ke rumah jiran


Rumah mesra rakyat yang siap di bina pada awal januari tahun 2009.


Pemilik bernama Roslan B Md Akkir telah berpindah ke rumah tersebut pada penghujung bulan Jun yang terletak di Kawasan Kampung Batang Rokan. Malangnya sejak beliau berpindah sehingga ke hari ini beliau masih tidak merasa selesa. Keselesaan yang berpunca dari masalah air yang tiada di rumah nya. Semenjak beliau tinggal di situ, pelbagai usaha telah di lakukan, namun sehingga ke hari ini iaitu awal tahun 2010 masih lagi tiada jawapan dari mana2 pihak. JKKK pernah mengajukan masalah ini pada bulan jun 2009 ke Dato' Mohd Yusof ( Yang Di pertua merangkap D.O ), Y.B Dato Mohd Kamil, dan pihak yang lain2 dan pada 24hb 10. 2009 ada pihak dari jabatan kesihatan yang datang. namun...........

Pihak tuan rumah telah di minta menyediakan kos pemasangan paip oleh kontrakter pada harga RM6K.. memang tidak berbaloi buat beliau.

Dan ada pihak yang bercadang untuk menggali perigi, namun semua hanya mainan kata2.. manis pada hujung bibir dan lembut nya lidah untuk berjanji.

w.k harap pada yang berkenaan, malaysia dah merdeka dan maju. Jangan lah adanya lagi rakyat yang tidak merasa maksud merdeka dan kehidupan selesa pada abad ini.

Ahad, Januari 17, 2010

Belia Bersantai di Gadek







Sekumpulan belia dari kampung batang rokan telah berkampung di kolam air panas Gadek di Alor Gajah pada 17hb kelmarin. Program santai group belia kampung ni seramai 20 orang di taja oleh diri sendiri yang di ketuai oleh Comander Onion, Kopok dan the gang.
aktiviti riadah minda begini amat sesuai buat remaja2.

Program ni amat tertarik buat w.k , pasti lain kali akan suruh bdk belia ni lepak sungai pulak.


Kegiatan Wanita PWPK

Projek Wanita Kampung ni di bwh PWPK, satu daerah satu produk. jadi PWPK mengambil langkah ketetapan untuk membantu Wanita2 mewujudkan produk yang telah di pilih. Dalam Daerah Tampin telah di pilih sebagai produk daun getah. Bermula dari daun getah terhasilnya gubahan2 bunga yang bermacam2. Namun peserta wanita tidak tertumpu pada daun getah, malah membuat bunga dari bahan2 lain yang diperlukan.

melalui organisasi yang di tubuhkan di bawah naungan Risda Daerah, Pn Zalifah wakil dari Risda Gemencheh memainkan peranan penting untuk memastikan produk gubahan2 ini sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat.


Menyusun Daun Getah
Dari kiri : Pn Sarifah, Pn Jamaliah, Pn Haliza, Pn
Membincang tentang gubahan.

Daun2 hendaklah dipilih untuk kualiti gubahan yang terbaik sebelum di warna.

Menyembur Warna Pada Helaian Daun.
Pn Noriah sedang menyembur warna yang sesuai pada helaian daun sebelum di bentuk.


Antara Gubahan Yang Telah Siap Selain Dari Daun Getah.








Alhamdulillah, sekali lagi W.K dapat menginfokan apa juga kegiatan yang berlaku di dalam Kampung Batang Rokan. Ini salah satu produk wanita yang dipengerusikan oleh Pn Sarifah bersama rakan2 yang setia bertungkus lumus untuk menyiapkan gubahan2 yang telah ditempah. W.K juga memaklumkan pada pengunjung blog, sekiranya berminat untuk bersama belajar atau menempah gubahan bolehlah menghubungi Pn Sarifah di talian 06- 4316755 atau datang ke Kg Btg Rokan atau pun e-mail ke kgbtgrokan@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.


Baru2 ini dapat juga gubahan PWPK ini dipamerkan di Expo Agro Biotex. Syabas W.K ucapkan.