SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Disember 31, 2009

Tokey Ayam atau Tokey Lalat...

Program Tokey ayam Kampung Batang Rokan yang sering kali di adukan... Namun w.k dapat maklum bahawa ianya seperti ibarat bangau oh bangau.. Atas permintaan penyokong blog agar memaparkan apa jua kehendak alam, bermakna peranan permintaan tu amat di utamakan.

Agar pemandangan indah ini akan terus di semat ke dalam kebencian penduduk kampung. w.k akan paparkan foto lalat pula selepas ini. saksikan.......





NI LA DIO KAEDAH KURANG AJAR TOKEY AYAM.
26 JUN 2009 JUMAAT. JAM 10.31 PAGI

SEWAKTU PEMINDAHAN BANGKAI AYAM KE KEBUN GETAH.

FOTO DI AMBIL PADA WAKTU PETANG JAM 2.45

kisah kilang ayam terbuka ni dah banyak kali di usul dlm mesyuarat JKKK yang lalu dan mesyuarat UMNO. jadi pihak mana yang patut bertanggung jawab. rasanya selagi bangau oh bangau masih ada. jawapan nya pasti x terjawab.

masyarakat kampung ni hidup berkenduri lalat, minta pandangan la tukar nama kampung nanti.
w.k akan paparkan gambar lalat pula lepas ni.



Isnin, Disember 28, 2009

Program Lembaga Getah Malaysia


Program Kursus Barangan Lateks anjuran Lembaga Getah Malaysia dari LGM Wilayah Tengah.

Program Yang Di Rasmikan Oleh Ybrs Tuan Haji Mohd Sobran B Ibrahim
( Pengarah LGM Wilayah Tengah )

Program Yang Berlangsung Selama Tiga Hari Dari 28hb - 30hb Disember 2009 Yang Melibatkan 30 Orang Peserta Kursus



MISI LGM.


Meningkat Daya Saing Dan Daya Maju Industri Getah Malaysia Dalam persekitaran Global Melalui Penyelidikan Dan Pembangunan Berfokas, Pemindahan Teknologi Berkesan Dan Perkhidmatan Sokongan Berkualiti...



Ucapan Perasmian Program Kursus Oleh Pengarah

Penyampaian Cenderahati Kepada Ybrs Tuan Haji Mohd Sobran B Ibrahim
Pengarah LGM Wilayah Tengah )


Penyampaian Cenderahati Dari Pengarah Ke En Zainal ( Wakil JKKK )


Tok Din Menyatakan Program ini Program pertama kali di adakan di Wilayah Tengah Negeri Sembilan.

Tok Din juga memaklumkan bahawa kursus lanjutan akan di adakan untuk seisi ke 2 dan ke 3 akan datang. Memandangkan sambutan dari peserta kursus amat memberansangkan.

Tok Din Menaruh harapan agar dapat menjadikan sumber tambah nilai ekonomi bagi penduduk setempat. Memandangkan hasil daripada program yang diusahakan mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga kehabisan stok ( laporan dari pegawai LGM ) yang pernah diadakan di LIMA 09 dan EXPO Perdagangan MITC Air Keroh Melaka Kelmarin )


Berharap kepada peserta kursus agar menerima segala ilmu, tunjuk ajar dan praktikal yang dilaksanakan semasa bekursus supaya dapat menghasilkan produk tersebut di masa akan datang dan seterusnya.

Syabas dan Tahniah di Ucapkan kepada yang berusaha ( LGM Wilayah Tengah ) serta peserta kursus yang sudi melapangkan masa hadir dalam melaksanakan program tersebut dan sanggup menerima arus perubahan teknologi terkini.


SEMOGA MAJU JAYA.

Ahad, Disember 27, 2009

Kemudahan Baru

Satu prasarana baru yang warga kampung di taman rumah rakyat perolehi iaitu jalan kecemasan di belakang setiap blok. baik pulih longkang dan pelbagai.

w.k harap semuo penduduk hrgai apa juga keistimewaan yang di perolehi.

ni dia tokey ???? Enterprise.


keadaan asal ( mamat nyorok pun x nampak )


sebelum
selepas di turap ( baru puas mata memandang )


w.k maklumkan di sini, kemudahan baru yang seawalnya di protes akhirnya berjaya di sediakan kepada penduduk setempat. justeru memudahkan kanak2 bermain dan tiadanya binatang berbisa di blkg rumah.

w.k ucap terima kasih kepada pemaju yang sanggup bersusah payah menerima kerenah masyarakat dan telah membuktikan satu perkara yg boleh jd nyata.


Ni bukan iklan promosi anda.

Khamis, Disember 24, 2009

Program Khas Untuk Wanita ...


Jemputan Menghadiri Kursus mem????.......dan bu???.. L??....... ?


Program Khas untuk wanita pada 28 - 30 Disember ( Isnin Hingga Rabu ) ini di Balai Raya Kampung Batang Rokan.

Pagi Hingga Petang..

Program yang julung-julung kali di adakan...

Program 3 hari yang di anjurkan bersama dengan Badan-Badan kerajaan dan akan di Rasmikan oleh Pengarah L..... dari S.............

Untuk yang lanjut... kita tunggu ....

terima kasih..


Sabtu, Disember 19, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H.......

SALAM MAAL HIJRAH 1431H
“MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH”


BERSEMPERNA DENGAN KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH TAHUN
INI SEPERTI KEBIASAAN TAHUN YANG SEBELUMNYA, PIHAK MASJID
MENGADAKAN BACAAN YASSIN, BACAAN DOA AKHIR TAHUN,
DOA AWAL TAHUN DAN CERAMAH AGAMA PADA 17HB 12 2009 BERSAMAAN 30 ZULHIJJAH 1430H MALAM AKHIR SEBELUM 01 MUHARRAM 1431H.






Terima kasih kepada Ust Hassan Bin Ali yang sudi bersama memberi serba sedikit ilmu kepada hadiran. Berubah dan Berhijrah demi Agama.

Nazir, Ajk, Pegawai Masjid dan semua ahli Qariah mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah, Semuga Ketibaanya akan menambah rasa keimanan dan ketakwaan kita kepada ALLAH SWT.


MAAF ZAHIR BATIN …… AMIN

Selasa, Disember 15, 2009

Karnival Sukan Muhibbah.

1 Karnival Sukan Muhibbah Dua Kampung Anjuran UMNO Cawangan Kg Btg Rokan & Kg Rokan Serta JKKK Kg Btg Rokan & Kg Rokan telah diadakan di Padang Sekolah Rokan pada
13hb 12 2009 ( ahad ) kelmarin.

Lebih 24 acara berlangsung pada hari tersebut dng meriah. hampir 300 orang penduduk 2 kampung bersatu hati pada hari tersebut.

Terima Kasih kepada YAB Datuk Nasarudin B Mahamud yang banyak membantu menjayakan program ini.

Terima Kasih kepada YB Dato' Kamil B Abd Aziz yang berusaha dan sudi merasmikan Program.

Terima Kasih kepada Sdr Mohd Isam B Mohd Isa ( Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin yang sudi hadir bersama ).

Anak Sape ni???


Pancing Botol

Isi Air Dalam Botol

Aksi Lari Ikat Kaki

Aksi Tarik Upih

Acara Bola Sepak Beragam

Senyum adik tu dapat hadiah ( Seisi Pagi )

Acara Kejam.

Aksi bebas peserta Berdansa

Tiga Awek di jemput sebagai pengadil.

Barisan pemimpin-pemimpin dan pengetua yang prihatin terhadap segala aspek

YB Dato' menyampaikan amanat tentang perpaduan ummah dan menggalakan sukaneka diadakan agar merapatkan saf masyarakat dua kampung kepada semua hadiran.


Ketua Pemuda Bahagian Saudara Mohd Isam B Mohd Isa sewaktu menyampaikan hadiah.


YB Dato' Kamil B Ab Aziz menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Datin Halimah menyampaikan Hamper Cabutan Nama bertuah.

Tok Din menerima Piala Kemenangan Keseluruhan bagi pihak UMNO mahupun JKKK Kampung Batang Rokan dari Sdr Ghuzali Othman ( Ketua UMNO Cawangan Kg Rokan )

Seisi Foto semua urusetia Program Karnival Sukan Muhibbah 2 Kampung Setelah selesai segala acara Program.

ucapan terima kasih dari Tok Din dan warga JKKK, UMNO, Wanita dan Pemuda mahupun Belia yang bertungkus lumus menjayakan Program Karnival Sukan Muhibbah 2 Kampung yang berlangsung kelmarin. Lebih-lebih lagi yang memberi sumbangan mahupun keewangan, barangan, tenaga dan sebagainya.
tak lupa juga kepada warga SEKOLAH KEBANGSAAN ROKAN.



Selasa, Disember 01, 2009

AKHBAR PERCUMA DARI Y.B DATO' KAMIL.


Tok Din menerima akhbar sumbangan dari wakil Y.B Dato Kamil Bin Abd Aziz ( ADUN Gemencheh ) pada jam 8.00 pg bertarikh 01.Disember 2009.

Tok Din Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B atas sumbangan tersebut.
Agihan ke semua penduduk kampung telah berjalan dengan lanjar.

kaedah ini juga menggalakkan semangat membaca kepada penduduk kampung, dapat menambah pengetahuan semasa.

Harapan kepada penduduk kampung agar dapat manfaat atas sumbangan tersebut.


Isnin, November 30, 2009

Projek akan datang



Tok Din dah bagitau w.k tentang projek baru ni.. Ni Comperm punya.
Tok Din kata saksikan saje perubahan nya..

Keistimewaan kepada semua penduduk juga.

w.k x dibenarkan sama sekali memaklumkan pado sesepo.

tungguuuuuu............


Ahad, November 29, 2009

Hanya Pada MU.....

Tunaikan Amanah di mana sahaja.





















Sekadar tatapan sebagai insan yang dipertanggung jawab menjaga tiang agama.