SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, April 10, 2012

Terima Kasih Kerajaan.

Salam 1 Malaysia dan salam kemesraan dari Warga Kampung buat semua pengunjung blog ini, Kali ini warga kampung ingin maklumkan pada semua bahawa Kampung Batang Rokan dapat lagi peruntukan kerajaan suku tahun pertama tahun 2012 sebanyak 4 kerja. Iaitu Padang Permainan Kanak2 yang mana JKKK acap kali ajukan kepada pentadbir daerah mahupun kepada kerajaan perumahan yang mana Kawasan perumahan ini sejak di bina pada tahun 1985 tidak ada padang permainan.

Pembersihan awal tapak permainan
Selepas pembersihan dan memagar
gambar atas ni adalah baik pulih pagar balai raya.

peruntukan kedua ialah membaik pulih pagar balai raya dengan menukar kawat, tiang pagar serta pintu pagar. peruntukan yang ketiga ialah menurap jalan di jalan perdana dan menaik taraf longkang di jalan perdana.
paparan bergambar akan warga kampung layarkan pada cerita akan datang. nantikan