SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, September 28, 2010

Rumah Terbuka Teratak Ct Rosdin

Tepat pada 25.09.2010 ( sabtu ) jam 8.00 malam lebih dari 2000 tetamu hadir ke rumah terbuka YBhg Datuk Nasarudin B Mahamud di Teratak Ct Rosdin Kg Btg Rokan. Beliau yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin merangkap Ketua UMNO Cawangan Gemencheh Lama telah merancang dan menjadualkan pada tarikh tersebut amat sesuai buat beliau sekeluarga menyambut Aidilfitri bersama semua sahabat2 dan kenalan2 beliau dari pelusuk tanah air dan Daerah Tampin.
 gambar2 lain di Facebook.(klik)

Persembahan Ghazal di Majlis jamuan Aidilfitri
Tetamu terhormat, iaitu pelajar Anak Yatim dari Sekolah Agama Gadong Rembau.
Sebahagian tetamu yang hadir dari pelbagai bangsa. India, Cina di layan sama rata.
Bersama YB Dato' Hjh Zainab ( ADUN Gemas ), Sdr Mohd Isam ( K.P UMNO Bahagian Tampin ) dan Sdr Ujang ( S/U YB Dato' Shaziman ) dan ramai2 lagi yang hadir pada malam tersebut.

persiapan menghidang lemang
Belia2 Kg Bertungkus lumus membuat persiapan sejak awal lagi hingga lewat malam tersebut. pelbagai menu di sedia kan seperti satey, mee laksa, rendang ayam/daging, lemang, ketupat, apam balik garing, nasi tomato, pelbagai jenis kuih muih, kuih raya dan kek.w.k begitu kagum dengan kahadiran tetamu di luar jangkaan, dan membuat kan para belia memang keletihan melayan kerenah tetamu pada malam tersebut, namun semua menjadi seronok atas kemesraan dari semua pihak.

Ucapan Terima Kasih dari YBhg Datuk Nasarudin pada semua yang terlibat dan bekerja kuat untuk bersama menjayakan Majlis Jamuan Aidilfitri di Rumah Terbuka Teratak Ct Rosdin.

Selasa, September 07, 2010

Skuad Cakna Menyinari Harapan

Paparan demi paparan kisah Sdr Roslan B Md Akhir ni w.k nyatakan dalam FB dan Blog ini, Namun atas jasa wartawan yang hadir pada 24/08/2010 kelmarin membantu usaha pelbagai pihak agar Sdr Roslan ini mencapai hajatnya untuk Meraikan Aidilfitri dengan bekalan Air di rumah nya sendiri.

Pada hari ini 06/09/2010 jam 12.00 tengahari kehadiran wartawan Skuad Cakna dan RTM1 sekadar membuat liputan akan menyaksikan sendiri masalah rakyat secara dekat. Pendedahan yang di buat pada Media bukan lah cara yang terbaik tapi mungkin itu sahaja peluang tuan rumah untuk meluahkan perasaan beliau sekeluarga.
Semenjak beliau berpindah ke rumah tersebut, beliau berulang alik ke pekan gemencheh menaiki motorsikal untuk memunggah air di dalam tong sebagai gunaan harian beliau 5 sekeluarga. atas jasa baik jiran yang berhampiran, Sdr Roslan terpaksa membeli 2 gulung poly paip untuk mendapat bekalan air bersih dari rumah jiran tersebut untuk sementara sahaja.
Rumah baru yang di bina ini sebenarnya terletak jauh dari paip utama dalam kawasan Kampung. Ini lah punca sebenar yang terjadi menyebabkan banyak pihak tidak dapat melaksanakan kerja2 pemasangan tersebut yang melibatkan kos ribuan ringgit.
Ini dia meter baru.....
YB melihat bekalan air paip bersih telah sampai ke rumah Sdr Roslan
YB hadir bersama Tn Zainal ( penghulu mukim ) beramah mesra bersama Roslan Sekeluarga.
Dalam sesi temubual antara wartawan dengan YB Dato.
Temubual wartawan dengan Pengerusi JKKK

Kehadiran YB Dato' Mohd Kamil, Penghulu Mukim Tn Zainal Arifin, Suria Murni ( wakil majlis daerah ), Ramli ( wakil SAINS ) serta wartawan skuad cakna kawasan Tampin Nor Ainna, Cikgu Jaafar ( BH @ Metro ) dan wartawan TV1 yang sudi hadir ke Kg Btg Rokan.

w.k di maklumkan bahawa segala kos di salurkan Oleh YB Dato Seri Utama Hj Mohamad B Hj Hassan yang hampir mencecah RM10k. Itulah Jasa kerajaan buat rakyatnya. untuk satu keluarga kerajaan menghabiskan kos yang tinggi. Jadi ingatlah pada yang menerima dan bersyukur atas apa yang di kurniakan.

Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Mohd Kamil.

Satu Majlis berbuka puasa bagi kariah Kampung Batang Rokan berlangsung pada 06hb 9 2010 dari jam 6.30 petang lagi. Kehadiran YB Dato' Mohd Kamil B Aziz ( ADUN ) menyerikan lagi majlis tersebut, dan merapatkan ikatan ukhwah sesama islam.
 YB berbual mesra bersama Pengerusi JKKK dan Bilal Masjid
 Sewaktu menikmati pelbagai juadah yang di masak secara gotong royong dan bekalan dari rumah oleh kariah yang hadir.
 YB Dato' menyampaikan sumbangan peribadi serta sumbangan dari Majlis Agama Islam untuk anak2 Yatim.
 Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.

Terima Kasih pada yang terlibat dan YB Dato" yang sudi hadir di Majlis Ringkas ini....

Isnin, September 06, 2010

Majlis Berbuka Puasa di Teratak Ct Rosdin

Pada ahad 05/09/2010 jam 6.30 petang berlangsung satu program Jamuan Berbuka Puasa, sumbangan Ramadhan dan Bertarawikh di Kediaman Ct Rosdin di Kg Btg Rokan
Sila jemput duduk abg2 semua..( sibuk jugak Datuk ni )
Sekumpulan Pelajar Tahfiz turut di undang
Barisan AJK Gemencheh Lama ( Tok Kamarudin )
YBhg Datuk Nasarudin dan Datin Nayaros
Datin menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal Kg Btg Rokan
Datin menyampaikan sumbangan kepada anak2 yatim Kg Btg Rokan dan beramah mesra.

Bersyukur pada Hadrat illahi, seramai 16 ibu tunggal, 16 anak yatim, 5 o.k.u dan 9 warga emas terlantar menerima sumbangan Ikhlas dari YBhg datuk Nasarudin B Mahamud sekeluarga.
w.k mewakili seluruh warga kg mengucapkan terima kasih kepada datuk sekeluarga.

nantikan program kenduri masjid dan berbuka puasa.

Menyampaikan Amanah YBhg Datuk Nasarudin..

Semalam 05/09/2010 jam 5 ptg, Rombongan Ajk JKKK bersama Ketua Umno Cawangan En Zainal serta Gerakan Belia4B telah bersama menyampaikan amanah dari YBhg Datuk Nasarudin B Mahamud untuk menyampaikan sumbangan Ikhlas dari Hjh Kamariah ( Ibu Datuk ) kepada warga emas terlantas dan O.K.U di Kampung Batang Rokan.

Pengerusi JKKK En Jamaludin menyampaikan sumbangan kepada Pn Maimunah Bt Buyong hingga beliau sebak menitis air mata.
En Zainal B Abd Wahid menyampaikan sumbangan kepada Pn Siti Bt Lajin yang terlantar dan berusia 86 thn
Sdr Tahir B Saparuddin menyampaikan sumbangan kepada Nazawain B Abd Razak (o.k.u) sambil di perhatikan oleh ayahnya dan ahli2 belia kg.
En Saimin B Yusof  menyampaikan sumbangan kepada En Che Din B Aman yg pernah w.k siarkan kisah nya di blog dan akhbar..
Menyampaikan kepada Zakaria B Daud ( O.K.U )
Pn Norsyamsinar Bt Razali (setiausaha Gerakan Belia 4B) menyampaikan sumbangan kepada Pn Fatimah Bt Abd Rahman.
En Tahir menyampaikan sumbangan kepada En Anuar B Abdullah yang terlantar sakit ( Kencing manis,paru2,pinggang )

Alhamdulilah, segala yang di rancang telah terlaksana. Dan tanggungjawab yang di beri telah di sempurnakan. Semua barisan Ajk JKK,UMNO Cawangan serta gerakan Belia mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Datuk Nasarudin atas sumbangan tersebut.

dan nantikan susulan program berbuka puasa di Teratak CT ROSDIN Kg Btg Rokan.

Sabtu, September 04, 2010

Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Ramadhan Peringkat DUN.

03.09.2010 jam 6.00 petang semua wakil2 UMNO, Pemuda,Wanita,MIC,MCA,KK dan penerima setiap cawangan dalam DUN Gemencheh telah hadir bersama dalam Program Majlis berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadhan Parlimen Tampin & UMNO Bahgaian Tampin Peringkat DUN Gemencheh telah berlangsung di Masjid Kg Air Kuning Selatan Gemencheh.

Hadir sama YBhg Datuk Nasarudin (Timbalan Ketua UMNO Bahagian),Sdr Amin Rifa (Naib Ketua UMNO Bahagian) dan barisan AJK UMNO Bahagian, YB Dato' Hjh Zainab (ADUN Gemas), Sdr Mohd Isam B Mohd Isa (K.P UMNO Bahagian serta AJK) S/U YB Dato Shaziman,
Sumbangan Yg disampaikan oleh YB Dato' Shaziman. Tidak terkecuali wakil dari Kg Btg Rokan.
Tidak terkecuali dari bangsa asing seperti India dan Cina. mereka pun dapat sumbangan berupa bakul dari YB Dato.
w.k dan Nazir Masjid En Zainal B Abd Wahid hadir bersama dengan penerima bantuan bagi cawangan Kg Btg Rokan. Terima Kasih Buat YB Dato dan UMNO Bahagian Tampin..

Rabu, September 01, 2010

Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Seri Utama.

Pada 31hb 08 2010 jam 6.45 petang di Masjid Kg Air Rawa dengan kehadiran orang kampung mahupun tetamu melebihi 500 orang menanti ketibaan YB Dato' Seri Utama Hj Mohamad B Hj Hasan dalam program yang mengeratkan silatulrahim iaitu berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan.
Di majlis itu YB Dato' Seri bukan sahaja berbuka puasa dengan orang ramai , tetapi juga menyampaikan sumbangan kepada nazir-nazir masjid dari seluruh daerah di Tampin , fakir miskin dan juga bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat .

Kehadiran YB Dato Seri sentiasa di alu2 kan..
Turut Hadir Sama YBhg Datok Nasarudin B Mahamud (Tim. Ketua UMNO Bahagian Tampin), Setiausaha UMNO Bahagian, Naib UMNO, AJK UMNO dan Barisan AJK Pemuda UMNO Bahagian Tampin.
Turut hadir termasuk YB SU Kerajaan Negeri , Pegawai Daerah , Ketua Jabatan Negeri dan Daerah , Dato Kamil B Abd Aziz ( ADUN Gemencheh), Penghulu Mukim (Tok Nal) dan Barisan Pengerusi JKKK Kg dsbg.
Terima Kasih YB Dato' Seri atas sumbangan kepada semua Masjid2 termasuk Masjid Kg Btg Rokan..
Memang x dapat di nafikan ramai tetamu yg tidak dapat menjamu selera, berkemungkinan tatamu yang hadir di luar jangkaan, namun segala yang terancang telah terlaksana dengan jayanya.. Alhamdulillah...