SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, November 08, 2011

Ibadah Korban 2011

Salam AidilAdha 2011 buat semua pengunjung blog Kg Btg Rokan, Alhamdulilah tahun ni semua warga kg bertungkus lumus seperti tahun2 yang sudah melakukan Ibadah Korban di Masjid Kg Btg Rokan. Pada tahun ni juga 5 ekor lembu di korbankan atas nama persendirian mahupun perkongsian. Admin bersama semua warga belia, pemuda, wanita mahupun JKKK serta kariah kg saling bekerjasama menjayakan program ibadah korban. Seronok sangat bila melihat keakraban diantara satu sama lain. Suasana yang cukup memperlihatkan bertapa nilai-nilai ketimuran masih lagi ada dalam masyarakat walaupun pelbagai perkara yang berlaku namun sikap dan semangat perpaduan masih tetap utuh di hati setiap orang Islam dan masyarakat melayu sendiri.
Sebahagian warga belia yang bersama
Barisan Ahli kariah bersama Imam Masjid ( kanan sekali )