SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Mac 09, 2010

Felcra Menceroboh ????....


Felcra Berhad telah menceroboh masuk ke Kampung Batang Rokan pada 05/03/2010 pada jam 8.30 pagi untuk tindakan memantau masalah tanah terbiar di sekitar Kg. Permohonan pemilik tanah untuk menyertai Felcra telah diberi kepada Felcra pada tahun lepas secara mesyuarat berskala. Tindakan yang pihak Felcra hulurkan amat wajar bagi pihak JKKK kampung. Permasalahan tanah terbiar akan berkurangan walaupun tidak sepenuhnya pemilik menyertai Felcra. Hampir 130 ekar tanah terbiar di kawasan kampung ini. berkemungkinan separuh darinya akan di serah kepada Felcra.
 operasi awal mencari batu sempadan




 berehat di salah satu batu sempadan pemilikan.

 Amat teruja juga akan pihak JKKK jika matlamat untuk memajukan tanah terbiar ini berjaya, dapat mengurangkan binatang liar seperti kera dan beruk yang kerap menghampiri kawasan perumahan. dan dapat menaik taraf sosioekonomi pemilik tanah tersebut. Imbuhan yang peserta dapat akan di ibaratkan seperti durian runtuh. Telah bertahun masalah tanah ini menjadi isu, w.k harap tidak ada lagi masalah tanah terbiar yang akan di bawa ke mesyuarat JKKK mahupun tindakan Daerah. 

w.k ucapkan terima kasih kepada pihak Felcra yang sedia membantu dan kepada En Hashim (Felcra Pondoi) yang bersama memantau dan mengambil tindakan yang tepat.

terima kasih.

 

1 ulasan:

  1. tahniah.. semoga x do lai tanah terbiar di kmpung kito...

    BalasPadam