SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Januari 25, 2011

Mesyuarat Penyelaras Pemuda UMNO Dun Gemencheh

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin akan mengadakan mesyuarat tersebut mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Januarai 2011,  Masa   : 8.30 malam,   Tempat  : Balai Raya Kg Btg Rokan, Gemencheh.
Barisan AJK Pemuda UMNO Bahagian yang berkesempatan hadir
 dari kiri : Sdr Saiful (S/U P.Bahagian merangkap wakil DUN Repah), Fandhi@bob ( AJK P.Bahagian wakil Dun Gemas), Sdr Mohd Isam B Mohd Isa ( K.P UMNO Bahagian Tampin), Azhari (Bendahari P.Bahagian, merangkap tuan rumah), Ridhuan ( AJK P.Bahagian merangkap K.P Cwng Pekan Gemencheh), Sdr Azli ( AJK P.Bahagian merangkap K.P FBRU Mutiara)
 Sebahagian Pemuda DUN Gemencheh yang bekesempatan hadir dalam mesyuarat Pemuda Dun gemencheh kali pertama untuk 2011 ini. Banyak isu yang di kupas dan di huraikan dalam mesyuarat, lebih2 lagi permasalahan Pemuda/Belia2 cawangan masing2. Agenda yang di usul seolah2 seperti mesyuarat JKKK, kerana semua perlaksanaan untuk jawapan mereka di tuju pada Pentadbir Daerah.
tidak akan ada Perlaksanaan dalam penyelesaian mereka...

Rabu, Januari 19, 2011

Tangki Fiberglass untuk pengurusan jenazah

Pihak Masjid mengambil satu langkah terbaik untuk kariah Kg Btg Rokan memudahkan pengurusan Jenazah bagi setiap umat Islam di sekitar Kg Btg Rokan ini dengan menempah satu takung mandi jenazah serta meja kapan jenazah yang baru. Takung mandi jenazah yang lama telah terlalu usang dan Pihak Masjid telah mengambil langkah yang amat tepat demi memudahkan masyarakat dalam menguruskan jenazah nanti.
Nazir masjid mendengar dengan teliti penerangan dari pengarah urusan Alang Fiber glass
En Rawi siap bagi contoh dan membuktikan kekuatan meja jenazah hasil ciptaan beliau.
Ini juga salah satu lagi hasil tangan Alang Fiber Glass di Tanjung Bidara, Melaka.. untuk makluman para pengunjung, admin serta kan alamat dan web syarikat sebagai rujukan dan menjana ekonomi ummah.

Alang Fibreglass Production
Batu 24, Jalan Balik Batu 1,
Tanjung Bidara,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
 www.alangfibreglass.com.my (klik je kat sini)
MALAYSIA

Dengan kos yang mencecah ribuan ringgit, tetapi peralatan di jamin boleh di gunakan dalam masa yang panjang. admin juga harapkan semua penduduk Kampung dapat menerima faedah bersama ini.

Ahad, Januari 09, 2011

Mesyuarat Khas AJK Masjid pertama tahun 2011

Sebagai pembukaan tahun baru, Pada 7hb 01 2011 bersamaan 2 Safar 1432H satu mesyuarat khas ajk masjid serta penduduk kg telah di jalankan di balai raya Masjid Kg Btg Rokan yang di pengerusikan oleh Nazir Masjid En Zainal B Ab Wahid. walaupun segelintir sahaja penduduk kampung yang hadir, namun mesyuarat yang membincangkan permasalahan, keewangan dan takwim program di bentangkan dengan sebulat suara serta dapat pandangan dan program2 baru yg akan di laksanakan dalam tahun 2011 ini.
Sdr Zulkarnain B Rashid sedang membentang penyata kira2 akaun Masjid bersama Nazir serta Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan.
sebahagian ajk wanita serta Ketua Wanita UMNO Cawangan Pn Syarifah Bt Abdullah.
turut serta mantan Imam Masjid Tn Malik B Shamsudin yang mana di cadangkan supaya menerajui kembali jawatan imam 2 di Kg ini, Siak Masjid En Maarof Bin Ujang (memegang kertas) dan Imam Masjid Tn Zulkipli Bin Nayan
Alhamdulillah sebagai pembukaan 2011 pihak Masjid telah memulakan pembentangan perancangan serta penyelesaian perkara2 yang berbangkit serta motif2 sosial belia yang di fokuskan untuk tahun ini dapat di jadikan agenda pertama.