SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, April 27, 2010

Salam Kasih Dan Salam Penghargaan


Sekalung penghargaan dan terima kasih tak terhingga dari Warga Kampung Batang Rokan buat Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ( Menteri Besar Negeri Sembilan ), Y.B Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz ( Adun Gemencheh ), Tuan Razali Bin Bakar ( Pegawai Daerah Tampin ),Tuan Zainal Ariffin Bin Salleh ( Penghulu Mukim Gemencheh ) Kesemua Ketua-ketua Jabatan Jabatan Kerajaan Daerah Tampin  serta Kakitangan Jabatan, Ajk yang terlibat, Ajk JKKK serta penduduk Kampung Batang Rokan yang bersama menjayakan Program Juara Rakyat pada 26hb April 2010 ( isnin ).
Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi atas apa yang di rancang menjadi mudah serta memberi kesan kenangan yang mendalam. Tak lupa juga Terima Kasih kepada para jemputan serta tetamu yang hadir, lebih-lebih lagi YB Dato’ Hajah Zainab Bt Haji Nasir
( Adun Gemas ), Saudara Mohd Isam Bin Mohd Isa ( Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin ) serta barisan Ajk Pemuda Bahagian dan Saudara Mohd Zaki ( Ketua Pemuda UMNO Dun Gemas ) 


Ucapan penghargaan yang tak dapat di nilai buat kakitangan Majlis Daerah Tampin yang sejak awal hingga selesai majlis ini, tanpa sokongan dan tenaga anda, Majlis ini juga tidak akan berjalan dengan terperinci.


Terima Kasih juga Buat Y.A.B Dato Seri atas kunjungan dan dan ramah mesra antara penduduk Kampung, Segala intipati akan terus menjadi kenangan buat semua masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Dan kepada yang menerima bantuan serta geran rumah, bersyukurlah kepada yang Maha Esa kerana impian anda telah di makbulkan.

Kami pihak JKKK juga mengucapkan terima kasih kepada semua Pengerusi JKKK dalam Dun Gemencheh serta Setiausaha masing2 yang terlibat hadir dan tak lupa kepada Tok Baharuddin Bin Rasid ( Pengerusi JKKK Tenai merangkap Pengerusi Ketua-Ketua Kampung Daerah Tampin ) yang sentiasa memberi bimbingan dan pandangan sejak awal program. Jasa Tok Din akan kami ingati.

Yang Berusaha YB Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz sentiasa memantau permasalahan dan kekurangan sebelum Majlis hingga akhir Majlis tersebut.

Tak Lupa Salam Takzim dan Terima Kasih dari Datok Nasarudin Bin Mahamud yang sedang menunaikan UMRAH buat semua hadirin dan hadiran terutama Y.A.B Dato’ Seri Utama serta Y.B Dato’ 2, Ketua2 Jabatan dan wakil2 jabatan. Beliau bersyukur kehadrat illahi atas usaha semua pihak atas segala yang di rancang telah berjaya. Dan Kami warga kampung juga mengambil kesempatan ini mendoakan Datok selamat menunaikan Ibadah Umrah dan selamat kembali.

Kami Warga Kampung memohon kemaafan sekiranya melakukan silap dan salah sepanjang mengendalikan Majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk adalah kelemahan daripada kami.

p/s :
lain2 gambar akan di paparkan dalam facebook kampung batang rokan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan