SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Ogos 31, 2009

Gurau Sejenak.

TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum
masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????




NENEK UDIN.

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.


Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek. Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.
Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: Nenek pegang pagar rumah.
Udin: "$%^&(%=#....."


MASALAH PENDENGARAN

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?"

Tak ada jawapan..

Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. "Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan berlinangan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, SAYA MASAK KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Ahad, Ogos 30, 2009

Renung Sejenak



DI DALAM hidup manusia,
yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segiduniawi malah ukhrawi.

Insya-Allah... )

Jumaat, Ogos 28, 2009

lu-memang-teruk-la-mat-connet....


Melihat dirinyer diserang bertalu-talu tanpa pilih kasih.. Mat Koneck pun membuka langkah seribu melarikan diri ke Bachok Kelantan utuk bertemu abang Bachok kampung Kedai Buluh dengan menaiki sebuah lori tanker yang disewa khas dari persatuan nelayan kampung Kok Lanas dengan harga yang masih lagi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan...

Semaso dalam perjalanan ke Kelantan untuk bertemu abang Bachok sahabat lamo beliau.. Mat Koneck di beritakan telah sempat merembat beberapo buah bendera di kampung Batang Rokan yang telah siap di gantung oleh persatuan belio 4B kampung tersebut.. di beberapo tiang letrik dan pokok kelapo dalam usaha untuk menyambut bulan kemerdekaan...

Ini membuatkan beberapo orang budak belio kampung yang agak skema diketuai oleh Balok begitu marah diatas kejadian tersebut lalu melakukan satu usaha mencari.. mengintai dan memburu Mat Koneck bagi membalas dendam dan menuntut gantirugi diatas kehilangan bendera tersebut yang dianggarkan hampir dua ratus ribu ringgit tunai...

Hasil dari intaian dan hendapan selamo beberapo jam di kampung Kedai Buluh oleh......... ikuti sambungan berita ni kat http://www.penanggah.blogspot.com/ .

Khamis, Ogos 27, 2009

Terima Kasih...

Terima Kasih atas keperihatinan mana2 pihak yang sudi memberi sumbangan idea yang bernas, komen kecemerlangan, mahupun kata2 yang melemahkan. Namun perjuangan harus diteruskan. Matlamat Warga Kampung hanya sekadar menyampaikan info ke satu arah kejayaan yang di kongsi bersama penduduk kampung. Perubahan minda sedar dalam diri harus di kawal agar perasaan tiada hasad dengki. Marilah kita melangkah ke satu tapak ke satu tapak seiring agar kecapi nikmat tiada curiga.
Terima Kasih dan salam hormat Warga Kampung termasuk Ajk JKKK mahupun penduduk kampung kepada Tok Nal (Penghulu Mukim) yang selalu memberi pandangan dan dokongan yang padu agar blog ini ke arah matlamat yang benar.



Terima Sejambak Bunga Kasih dan Rama2 ikhlas dari Warga Kampung buat semua pengunjung blog. Keindahan Rama2 anugerahNya yang sentiasa adil memberi keistimewaan kpd kehidupan dunia. Hargai lah keindahan, kecantikan ini bersama.

Rabu, Ogos 26, 2009

Apa Nak Jadi ????

Kesal Warga Kampung terhadap Masyarakat sekarang. Adakah tiada kemampuan atau perasaan bangga diri mencapai sesuatu dengan mudah. Tindakan segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan adalah perkara yang akan menjerumusnya kearah kejahilan.
Belum sempat belia-belia kampung melihat bendera yang berkibar di sepanjang jalan akan megah berkibar menunggu saat tibanya ulang tahun kemerdekaan, namun memang amat dikesali. Ada segelintir masyarakat yang sanggup mengambil bendera tersebut. Hampir 30 helai bendera di pasang pada malam 21hb, x sampai seminggu pun. anggaran lebih 15 helai yang telah hilang. W.K juga terbabit ketika memasang bendera tu, sampai jam 11.30 mlm belia-belia ni buat kerja. Adakah tiada nilainya ????


hanya tinggal tiang buluh sahaja.


Warga Kampung berharap agar ahli belia kampung ni bersabar, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni. Harap mereka yang mengambil tu jadikan pedoman untuk masa hadapan. Sejarah pasti berulang.

Foto Menarik Program Gotong Royong.

Sekadar untuk tatapan...

ini adalah foto tambahan semasa program gotong royong baiki rumah Pn Bidah. W.K paparkan foto2 yang x disiarkan kelmarin untuk santapan mata sahaja.



jam 8.00 pagi ahli belia / pemuda memasang kemah termasuk tok ketua kg.


seisi wanita wat sarapan pagi


pakej permulaan, merobohkan zink lama.


penggantian paip air baru.

sekadar melepaskan lelah atau ape-ape lah..


alang bayin menaikan ardek baru.


seisi membuat dinding baru untuk dapur.


makan tengahari ni.

lepak kepenatan. jam 3.00 pm


asyik je puyau tu.


kepada yang gambar tidak tersiar, harap maaf yo..
atas permintaan ramai, ini sahaja untuk tatapan anda semua.


terima kasih kepada semua.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Belia Kibar Jalur Gemilang

Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 52

lolok.

hairul @ karim

ayie

jeff, lolok dan cepui.

jeff @ ciput

sewaktu memasang bendera di sekitar jalan kampung.
ni group lg satu.

belakang dari kiri :- Gg, Karim, Baluk, Ciput.
depan dari kiri :- Judin, Lolok, Cepui, Ayie

Salam Kemerdekaan kepada semua penduduk Kampung Batang Rokan dan seluruh penduduk Malaysia, mahupun kepada pengunjung blog ni.
Terima Kasih juga kepada belia yang terlibat dalam operasi memasang bendera dari petang hingga waktu malam.
semoga semangat kemerdekaan tersemat di jiwa anda. perjuangkan semangat bumi melayu ini.
kepada para sahabat belia yang tidak terlibat, harap di lain masa anda akan dapat memahami apa yang tersirat. kukuhkan jiwa perpaduan

Jumaat, Ogos 21, 2009

Majlis Bacaan Yasin Sambut Ramadhan

Majlis Kenduri Bacaan Yasin sempena menyambut Bulan Ramadhan telah di jadualkan pada khamis 20.Ogos 2009 dari jam 7.20 hingga jam 10.00 mlm. Sambutan yang amat memberansangkan. Wanita juga tidak berkecuali untuk bersama pada program mulia ini.
Warga kampung difahamkan, kerap juga Masjid ni wat program setiap minggu. Namun w.k tiada kesempatan untuk memaparkan di dalam blog ini. Insyaallah di lain masa, x kira apa jua Program di dalam Kampung ini akan w.k cuma paparkan dan di kongsi bersama.


Sewaktu Imam menyampaikan taskirah Ramadhan.

Ketua kampung ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat ketika menjayakan program Gotong Royong tempohari.

Pihak wanita sedang menyusun juadah.


Terima Kasih kepada penduduk yang hadir, dan yang telah sudi membawa sedikit juadah untuk di jamu bersama.
Warga Kampung mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh kesabaran, ketakwaan dan sentiasa beribadah kepadaNya.

Selasa, Ogos 18, 2009

Khidmat Kebajikan Masyarakat

Program Gotong Royong anjuran bersama JKKK, UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda, Belia, AJK Masjid serta penduduk Kampung Batang Rokan membaik pulih rumah Pn Bidah Bt Idris telah dilaksanakan pada 16hb Ogos 2009, hari ahad dari jam 8.00 pagi hingga selesai.
Warga Kampung telah memaparkan kisah Pn Bidah pada 09hb Ogos 2009 untuk memohon sumbangan atau apa juga bentuk untuk Pn Bidah.
Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat illahi atas Rahmatnya segala perancangan yang diatur terlaksana akhirnya.
Terima Kasih kepada individu yang telah menderma samaada wang ringgit ataupun peralatan mahupun barang keperluan dapur.
Terima Kasih juga kepada Wanita kampung yang telah sudi bergotong royong menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.
Terima Kasih juga kepada semua yang terlibat pada hari berlangsungnya program tersebut. Tanpa anda semua segala yang dirancang tidak akan terlaksana dengan sempurna. Segala kerja yang berat telah menjadi ringan.
Marilah kita mensyukuri nikmat dariNya.

Cik zaman, Cikgu Zainal dan En Ibrahim

Abe dan Abg Kasim.

Abg Puyau.

Foto hadapan, Zink telah ditanggalkan.

Membaiki dinding bilik.

Bilik telah siap.
Tok Din dengan Alang Bayin.

Foto belakang rumah.

Dalam, ruang dapur.
Abg Tahir.
Memotong papan dinding.
Abg Omar dan Abg Ayie.
Wanita-wanita yang terlibat.
sedang makan tengahari.
Sedang bersantai istirehat.
otai paip sedang mandi manda.

Alang Bayin menukar paip baru dari miter hingga ke dalam rumah.

perkarangan sisi rumah.
mamat, napi, muhairul.

Abe dan Kasim.

seisi membasuh lantai. setelah selesai membaik pulih.
ajim ( juru kamera ), baluk, bg jat.

foto belakang rumah.
setelah selesai.
foto hadapan rumah.
Lihat lah wajah rumah Pn Bidah yang telah di perbaiki bersama. Semoga Pn Bidah dapat tinggal dengan tenang dan mengharungi kehidupan akan datang dengan kesabaran. Semangat jiwanya yang kental menghadapi apa juga dugaan dari Yang Maha Esa. Banyak lagi Foto menarik yang tak dapat dipaparkan di sini. kepada mereka yang tidak tertera gambarnya, harap jangan kecil hati. Di lain-lain masa w.k akan paparkan.




Ahad, Ogos 16, 2009

Naik Taraf Jalan Utama.

Warga Kampung dimaklumkan, projek naik taraf jalan sepanjang 10 km dari simpang rumah rakyat Kampung Batang Rokan hingga ke felda Bukit Rokan menelan belanja jutaan ringgit. Syabas kepada keperihatinan pihak kerajaan yang memandang serius tentang kemudahan awam. Pihak w.k hanya sekadar untuk memaklumkan kepada semua warga kampung yang telah berhijrah agar mereka tahu keistimewaan penduduk kampung perolehi ketika ini.

terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato' Shaziman, Menteri Kerja Raya yang sentiasa inginkan kemajuan masyarakat di nikmati bersama.



Goyang bendera tu bang..


Persimpang Jalan Sentang


Lori memindahkan batu


Kesesakan Lalu Lintas menghala Gemencheh



Kesesakan Dari arah Felda.


Sebuah Lori sangkut adalah punca kesesakan. Timbunan batu tidak terkawal menyebabkan kesesakan berlaku sekitar hampir sejam. Namun segalanya hanya lah sementara. Pihak Kontrak juga mengambil langkah segera mengatasi kesesakan tersebut.



Persimpang Kuala Pilah, Felda Bukit Rokan.


projek ini di jangka siap selewatnya-lewatnya dalam bulan Ramadhan. Harap masyarakat setempat akan menikmati keistimewaan sebelum nya Syawal ini.


Kepada pengguna jalan raya, banyakan bersabar ketika menempuh jalan yang sedang diperbaiki ini.