SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, April 30, 2010

Kisah Belia Lagi...

Sekali lagi Belia2 Kampung bertungkus lumus membantu menyimen lantai perkarangan Balai Raya Kg, Sumbangan simen dari Saudara Zuhaimi sering di gunakan untuk kegunaan pelbagai lebih2 lagi kecerian balai raya. Banyak jasa Sdr Zuhaimi hulurkan kepada warga kampung.



Ajk JKKK yang bersama pada hari itu hanya sekadar memerhatikan anak2 buah buat kerja. Secara tidak langsung, ini akan merapatkan barisan jentera pentadbiran. ( 21/04/2010 )

Selasa, April 27, 2010

Salam Kasih Dan Salam Penghargaan


Sekalung penghargaan dan terima kasih tak terhingga dari Warga Kampung Batang Rokan buat Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ( Menteri Besar Negeri Sembilan ), Y.B Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz ( Adun Gemencheh ), Tuan Razali Bin Bakar ( Pegawai Daerah Tampin ),Tuan Zainal Ariffin Bin Salleh ( Penghulu Mukim Gemencheh ) Kesemua Ketua-ketua Jabatan Jabatan Kerajaan Daerah Tampin  serta Kakitangan Jabatan, Ajk yang terlibat, Ajk JKKK serta penduduk Kampung Batang Rokan yang bersama menjayakan Program Juara Rakyat pada 26hb April 2010 ( isnin ).
Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi atas apa yang di rancang menjadi mudah serta memberi kesan kenangan yang mendalam. Tak lupa juga Terima Kasih kepada para jemputan serta tetamu yang hadir, lebih-lebih lagi YB Dato’ Hajah Zainab Bt Haji Nasir
( Adun Gemas ), Saudara Mohd Isam Bin Mohd Isa ( Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin ) serta barisan Ajk Pemuda Bahagian dan Saudara Mohd Zaki ( Ketua Pemuda UMNO Dun Gemas ) 


Ucapan penghargaan yang tak dapat di nilai buat kakitangan Majlis Daerah Tampin yang sejak awal hingga selesai majlis ini, tanpa sokongan dan tenaga anda, Majlis ini juga tidak akan berjalan dengan terperinci.


Terima Kasih juga Buat Y.A.B Dato Seri atas kunjungan dan dan ramah mesra antara penduduk Kampung, Segala intipati akan terus menjadi kenangan buat semua masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Dan kepada yang menerima bantuan serta geran rumah, bersyukurlah kepada yang Maha Esa kerana impian anda telah di makbulkan.

Kami pihak JKKK juga mengucapkan terima kasih kepada semua Pengerusi JKKK dalam Dun Gemencheh serta Setiausaha masing2 yang terlibat hadir dan tak lupa kepada Tok Baharuddin Bin Rasid ( Pengerusi JKKK Tenai merangkap Pengerusi Ketua-Ketua Kampung Daerah Tampin ) yang sentiasa memberi bimbingan dan pandangan sejak awal program. Jasa Tok Din akan kami ingati.

Yang Berusaha YB Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz sentiasa memantau permasalahan dan kekurangan sebelum Majlis hingga akhir Majlis tersebut.

Tak Lupa Salam Takzim dan Terima Kasih dari Datok Nasarudin Bin Mahamud yang sedang menunaikan UMRAH buat semua hadirin dan hadiran terutama Y.A.B Dato’ Seri Utama serta Y.B Dato’ 2, Ketua2 Jabatan dan wakil2 jabatan. Beliau bersyukur kehadrat illahi atas usaha semua pihak atas segala yang di rancang telah berjaya. Dan Kami warga kampung juga mengambil kesempatan ini mendoakan Datok selamat menunaikan Ibadah Umrah dan selamat kembali.

Kami Warga Kampung memohon kemaafan sekiranya melakukan silap dan salah sepanjang mengendalikan Majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk adalah kelemahan daripada kami.

p/s :
lain2 gambar akan di paparkan dalam facebook kampung batang rokan


Ahad, April 25, 2010

Selamat Datang Ke Kampung Batang Rokan

Persiapan sedang rancak di lakukan untuk menjayakan program penyerahan hak milik rumah rakyat Kg Btg Rokan, sumbangan berbentuk bakul kepada warga emas, oku serta ibu tunggal dan pemberian dividen peserta spkr oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan yang di jadualkan pada 26hb 04 2010 ( isnin ) bertempat di Padang Sekolah Rokan. Kami Mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis tersebut. Datang la beramai-ramai...

Khamis, April 22, 2010

Mesyuarat persiapan program Juara Rakyat

Pada 21hb April 2010 jam 3.00 petang satu mesyuarat khas untuk membincang persiapan akhir program Juara Rakyat pada 26hb ni. Program julung2 kali penyampaian Geran Hak milik Rumah Rakyat Kg Btg Rokan, serta sumbangan untuk OKU, ibu tunggal dan warga emas termasuk juga penyerahan dividen PPRT kepada peserta yang akan di sempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad B Hj Hassan Mneteri Besar Negeri Sembilan. Segala atur cara telah di halusi secara terperinci dan mengharapkan komitmen kepada semua jentera.

seisi perbincangan YB bersama ajk terlibat.

Setelah pemantauan dan perbincangan demi perbincangan, atur cara program akan di laksanakan di padang Sekolah Rokan setelah perancangan pertama di cadangkan berhadapan balai raya dan padang kg. Sebagai tuan rumah, segala persiapan akan di pergiatkan lagi untuk melancarkan urusan pentadbiran program agar terlaksana dengan jayanya.. Terima Kasih kpd YB yang telah memberi penerangan terperinci akan tentatif program tersebut. dan bagi pihak warga kampung walau di mana jua program diadakan segala persiapan dan aturcara harus di laksanakan.

Rabu, April 21, 2010

Perbincangan Program dengan Pentadbir Daerah

Pada 21hb April 2010, Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan hadir ke Mesyuarat Penyelaras Majlis Penyerahan HakMilik Rumah Rakyat Kg Btg Rokan di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Tampin jam 9.00 pg. Program penyerahan geran akan disampaikan oleh Menteri Besar YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hj Hassan yang di jadualkan pada 26hb 04 2010 bertempat di Kampung Batang Rokan.

seisi mesyuarat



Jam 11.00 pg seisi lawatan Pegawai Daerah, YB Dato' Mohd Kamil serta ajk bertindak ke kawasan Rumah Rakyat Kg Btg Rokan. setelah perbincangan selesai, kawasan yang di harapkan tidak menepati citarasa dan tidak bersesuaian untuk menjayakan program yang julung2 kali diadakan ini.

Atas hasil perbincangan dan keputusan bersama, kawasan program telah cadangkan ke padang Sekolah Kebangsaan Rokan, perjumpaan bersama Tn Guru Besar sekolah untuk memaklumkan akan perkara tersebut agar Program Juara Rakyat akan mengikut jadual yang di tetapkan.
sebagai tuan rumah, kami sentiasa mengharapkan kerjasama yang akrab agar segala perancangan akan teratur. jam 3.00 petang ini akan berlangsungnya mesyuarat tuan rumah bersama dengan YB Dato' untuk membincang program dan susun atur persiapan akhir dan keputusan sebenar tapak program tersebut. dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Tuan Razali B Bakar yang sering memberi tunjuk ajar.

Projek Kerajaan Negeri

Pada 18hb 04 2010 ( ahad ) satu projek dari Kerajaan Negeri Sembilan melalui Dana Khas Menteri Besar iaitu peruntukan mengganti atap rumah yang uzur. Kebajikan Kerajaan yang di agihkan hampir ke semua pelusuk kampung dalam dua DUN di Daerah Tampin. Bantuan kepada penduduk yang miskin ini amat di hargai oleh pentadbir JKKK Kg termasuk juga kepada pemilik rumah tersebut.
Jumlah peruntukan yang begitu besar menunjukan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat dengan memberikan bantuan membaiki rumah mereka terutamanya yang mengalami kerosakan teruk dibahagian atap, dinding dan lantai. Kampung Batang Rokan juga tersenarai dalam pemilihan MB akan bantuan baik pulih rumah ini melalui Dana Khas Beliau.

Pihak JKKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz yang sentiasa berperihatin tentang masalah penduduk setempat. Lebih2 lagi kepada Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan..

Selasa, April 20, 2010

Mesyuarat Khas kali ke dua.

Pada 19hb 04 2010 jam 9.00 malam satu perjumpaan semua ajk pertubuhan dalam kampung telah di adakan untuk membincang program KHAS pada 26hb 04 2010 ( isnin ) minggu hadapan. Mesyuarat perlantikan AJK bertindak sebagai tuan rumah telah berjalan dengan lancar, kehadiran ajk gerakan belia 4B, ajk wanita, ajk Masjid serta ajk JKKK telah memberi keputusan bekerjasama.


w.k mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan mengharapkan Program ???? pada 26hb ini akan berjalan dengan lancar dan Tok Din juga memaklumkan akan memanjangkan organisasi sementara ini ke mesyuarat bersama Pentadbir Daerah dan YB Dato' Mohd Kamil pada esok hari untuk membincang lebih lanjut akan tentatif sebenar.

Isnin, April 19, 2010

Program Gotong Royong Kemasyarakatan Kali ke dua 2010

Program Gotong Royong Kemasyarakatan Kali Ke Dua telah berlangsung pada 18hb 04 2010 ( ahad ), walaupun jadual program bermula jam 3.00 petang, Namun tentatif program telah di ubah oleh gerakan belia 4B kg, di mana program meracun jalan rangkaian kampung sejauh 5264meter ( 5KM ) telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Kaedah meracun menggunakan lori Cikgu Mohd Nor dan pam engin Pak Mok ( adik Datuk Nasarudin ), telah memudahkan proses meracun seluruh jalan rangkaian kampung, sekitar taman rumah rakyat, padang permainan serta tanah perkuburan. Inilah program julung2 kali pihak pentadbir lakukan setelah mendapat dana dari YB Dato' Mohd Kamil ( ADUN Gemencheh ) kelmarin untuk pengurusan dalam kampung.

pada jam 3.00 petang pula program membersih masjid, sekitar halaman masjid serta dusun buah-buahan berlangsung hingga jam 5.00 petang, dengan kehadiran penduduk kampung hampir 60 orang telah memudahkan segala pengurusan pembersihan termasuk Spy Penanggah

kelibat spy penanggah berbaju putih.www.penanggah.blogspot.com

Walaupun makan minum telah di sediakan oleh pihak JKKK, namun masih ada yang sudi sponsor makanan tambahan seperti cendol serta apam balik panas...


Pihak JKKK Kampung Batang Rokan serta AJK Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat sejak awal hingga selesai program kemasyarakatan ini. pentadbir akan jadualkan program yang sama selepas 3 bulan ini. Dan Terima Kasih kepada sponsor makanan tambahan serta Gerakan Belia yang sanggup bermula awal pagi hingga selesai.

Terima Kasih Kepada YB Dato' Mohd Kamil atas sumbangan dana tempoh hari.

Rabu, April 14, 2010

Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen 2010

Satu Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen Tampin yang telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di MRSM Gemencheh.Kejohanan anjuran bersama Akademi Sukan Pencak Silat UMNO Bahagian Tampin,JASA Negeri Sembilan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin,Gerakan Belia 4B Tampin,Pesaka Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diadakan secara sederhana dan telah berjaya menarik perhatian YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia, Adun Gemencheh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dan beberapa Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia dan rombongan Belia 4B diikuti dengan majlis menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin .....Persediaan bermula dengan mesyuarat AJK kerja dan pembentangan kertas kerja... yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Isam b Mohd Isa selaku Penasihat Kejohanan Pencak Silat kali ini..
sebahagian ajk program tersebut adalah Ahli Gerakan Belia 4B Kampung Batang Rokan, syabas w.k ucapkan atas usaha anda semua untuk bersama menjayakan program tersebut.

Mendengar Permasalahan Penduduk Daerah Tampin Di Kg Btg Rokan


Pada 13hb April 2010 jam 3.00 petang ( selasa ) satu pertemuan penduduk Kg di Balai Raya Kg Btg Rokan bersama ketua2 jabatan serta wakilk2 jabatan dalam Daerah Tampin iaitu wakil dari Jabatan Pertanian, Rela, Sains, Felcra, Jabatan Kebajikan Masyarakat, TNB, Veterinar, Majlis Daerah Tampin, JKR dan lain2 serta Penghulu Mukim Gemencheh, Tuan Zainal B Ariffin.


Program Mendengar Permasalahan Rakyat Daerah Tampin yang membabitkan permasalahan penduduk Kg dengan semua jabatan adalah julung2 kali di adakan oleh Pentadbir Daerah. Walaupun Pegawai Daerah Tuan Hj Razali B Bakar tidak hadir, namun semangat juang wakil2 dari semua jabatan telah memberi komitmen yang tinggi, lebih2 lagi wakil beliau yang mempengerusikan program ini iaitu Tn Anirwan Fauzee B Mohd Aini Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin serta barisan Ajk beliau.



Warga kampung mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pertemuan ini,Program ini juga dapat menjalin dan mengeratkan silaturrahim dan membina hubungan persaudaraan di antara semua yang terlibat bahkan sekaligus memperluas pengalaman dan memperkayakan pengetahuan kita semua.



Program ini juga adalah hasil dari sumbang bakti yang kerajaan kita lakukan dalam usaha memaju dan membangunkan prasarana perkhidmatan bagi pihak jabatan masing2. inilah juga program yang terbaik iaitu semua perkara berkaitan kelemahan kedua2 pihak atau prasangka mana2 jabatan dapat diselesaikan secara begini. Namun kawasan luar Bandar tidak akan memperlihatkan kemajuan kejayaan sekiranya tidak mendapat sokongan dari penyertaan rakyat di peringkat akar umbi.

Kami pihak JKKK Kg Btg Rokan memohon maaf sekiranya berlaku silap dan salah sepanjang mengendalikan Majlis dan tak lupa kepada Penghulu Mukim Gemencheh yang setia bersama sejak awal Majlis sehingga selesai dan tunjuk ajar yang beliau berikan kepada w.k..

Ahad, April 11, 2010

Perbincangan Khas..

Pada 11 april 2010 ( ahad ) tepat jam 9.00 mlm. satu perjumpaan pihak JKKK bersama Ajk Wanita UMNO serta Ajk Gerakan Belia untuk membincang segala kekusutan dan permasalahan serta program2 yang harus di ambil tindakan atau sebaliknya.

Warga Kampung sentiasa mengharapkan semangat gigih Ajk yang bertanggungjawab untuk sentiasa peka terhadap perbincangan yang harus di laksana. perbincangan tentang Aturcara, Program Mendengar Permasalahan Rakyat Daerah Tampin pada 13hb. 04 2010 bersama semua Jabatan. Program Keceriaan Kampung yang akan di pertingkatkan. Program ?????? yang di jangka pada bulan 5 ini, Program Gotong Royong yang harus segera di laksanakan. dan semua program2 kemasyarakatan yang akan sentiasa di lakukan demi perpaduan.

Terima Kasih Hospital Tampin


Pada 10hb 04 2010 lebih kurang jam 12.10 minit tengahari satu panggilan ke Klinik Kesihatan Gemencheh telah di buat oleh remaja kg dan memaklumkan seorang warga emas berumur 86 tahun telah pengsan dan memerlukan ambulan untuk di bawa ke klinik berhampiran. 
Amat DUKACITA nya pihak warga kampung akan jawapan yang diberi. " sila hubungi pihak Hospital Tampin ". Jelas keperihatinan pihak Klinik Kesihatan Gemencheh mungkin mengikut komitmen tatacara kerja.

Panggilan terus ke Hospital Tampin telah di buat dan Ambulan tiba pada jam 01.05 minit. Walaupun warga kampung kecewa atas kelewatan masa, namun Ucapan terima kasih secara terbuka harus di ajukan kepada Pihak Hospital Tampin. Semangat juang begini harus dipupuk demi menjaga Kerjaya yang beramanah tinggi.


JKKK Kg Btg Rokan mengucapkan Terima Kasih kepada Pihak Hospital Tampin yang bertindak pantas membantu, lebih2 lagi pesakit adalah warga emas. Segala kebajikan yang anda lakukan akan mendapat hidayah di dunia dan akhirat.. Insyaallah... Amin...

Sabtu, April 10, 2010

Lawatan Jabatan Pertanian

Pada 07/04/2010 ( Rabu ) jam 10.00 pagi. Satu lawatan susulan dari Jabatan Pertanian Daerah Tampin ke Kg Btg Rokan. Kehadiran Pn Norazizah Bt Md Yusof dari Pusat Pertanian Stesyen Asahan untuk memantau dan mengambil keterangan bergambar atas permohonan JKKK melalui Jabatan Pertanian. JKKK mengharapkan agar permohonan ini diluluskan oleh Pengarah Pertanian Negeri Sembilan. Kemudahan yang di perolehi nanti akan dapat merealisasikan harapan Kerajaan Negeri yang sering menyatakan harapan tinggi pada rakyat agar meneruskan agenda " Kebun Org KL ". Langkah yang diambil ini akan  menggalakan penduduk Kg ini menceburi bidang pertanian walaupun secara kecil-kecilan. Namun peranan kami Pihak JKKK akan sentiasa membantu untuk menjana tarif ekonomi penduduk Kg ini.

Terima Kasih atas sokongan Pihak Jabatan Pertanian kepada Pihak JKKK kampung. Pemantaun yang sering di lakukan bersama dapat mencapai hasrat pencapaian diutamakan..

Jumaat, April 09, 2010

Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK DUN Gemencheh

Hari Isnin 05/04/2010 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK Dun Gemencheh di Kampung Batang Rokan..Tuan Rumah untuk bulan ini telah di sambut baik oleh Pengerusi Kg Btg Rokan iaitu En Jamaludin B Piee di Teratak Kediamannya. Walaupun ruang sempit, namun kehadiran Pengerusi JKKK serta Setiausaha seluruh Dun begitu ramai tidak melemahkan semangat untuk meneruskan Mesyuarat tersebut.

YBDato' Kamil telah mengambil pendekatan yang tepat dimana  mesyuarat bulanan Pengerusi2 JKKK kampung Dun Gemencheh diadakah di rumah Pengerusi JKKK kampung itu sendiri ...beliau mengambil  kesempatan tersebut untuk berada lebih dekat bersama dengan pemimpin-pemimpin di bawah pentadbiran beliau..Selain mendengar permaslahan kampung , hubungan antara mereka juga lebih akrab.


ini lah sumbangan bakti dan keperihatinan YB Dato' Mohd Kamil kepada semua pemimpin2 di bawah pentadbirannya. YB mengharapkan kerja setia rakyat yang harus dipertingkatkan oleh semua JKKK dalam Dun Gemencheh agar seiring dengan slogan rakyat di dahulukan..

Pihak JKKK  Kg Btg Rokan mengucapkan terima kasih yang x terhingga kepada YB Dato' Mohd Kamil ADUN kawasan Gemencheh yang sering turun padang dan sentiasa berusaha membantu saf kepimpinan beliau untuk menerajui semangat memperjuangkan nasib rakyat.Semoga Rahmat dan Hidayah melimpah ke atasmu... Aminn.....

Rabu, April 07, 2010

Temuduga Terbuka.....


Satu seisi Temuduga kilang OHARA DISK (M) SDN BHD akan berlangsung pada 11/04/2010 jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari ahad di Balai Raya Kampung Batang Rokan.
Kepada sesiapa yang berminat boleh lah hadir pada tarikh tersebut.
Hanya Operator Wanita Sahaja..

Selasa, April 06, 2010

Harapan Tanpa Suara ( Kami Perihatin )



Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan

Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah

Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah


Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan