SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Ahad, Februari 28, 2010

Keceriaan Fasa Pertama

Sumbangan Anak Jati Kampung

Sumbangan bunga yang di beri oleh abg Kudin sebagai tanda beliau adalah anak jati Kampung Batang Rokan. Beliau sering bersama untuk mengindahkan Kampung ini, dan kerap memberi pandangan dan Idea agar Kampung ini akan bertambah ceria.

 
 merancang sebelum menanam.

  
 seisi menyusun

  


  
 seisi memindah
 
  
 pokok pertama yang ditanam oleh barisan AJK JKKK.

  
 Belia dan warga kampung bertungkus lumus menanam pokok bunga di sekitar mercu tanda.

  
 seisi beristirehat

 kisah gotong royong membersih sekitar kawasan, serta membina tembok sekitar mercu tanda telah w.k paparkan. Hari ni pada 27hb 02 2010 sekali lagi w.k paparkan kisah gotong royong. Peristiwa yang berlaku adalah merupakan atas keikhlasan penyumbang pokok bunga serta sanggup bersama menanam bunga tersebut.

w.k paparkan kisah anak jati ini, walaupun beliau tinggal di bandar namun masih dapat meluangkan masa dan tenaga bersama berpanas terik dengan warga kampung untuk melihat perubahan demi perubahan di dalam kampung ini.

JKKK, UMNO, Gerakan Belia dan Warga Kampung mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Abg Kudin ( Datuk Nasarudin ) di atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah jualah yang dapat membalas atas jasa baik dan sumbangan yang beliau berikan.
Semoga Allah memudahkan segala urusan Abg Kudin semasa dan akan mendatang...
Insyaallah.. Amin..



Sabtu, Februari 27, 2010

Ceramah Maulidurrasul 1431H / 2010

 
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi.12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.



Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Sempena menyambut Maulidurrasul 1431H, pihak masjid mengadakan seisi ceramah yang berteraskan kisah, ciri-ciri kepimpinan serta sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


 

  

  

  

  
Uztaz Kamarudin B Abdullah

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Segala apa yang di sampaikan akan terus disemat di dalam jiwa para pendengar dan di ikuti sepanjang zaman.
Tok Imam Kg Btg Rokan iaitu Tn Zulkifli B Nayan amat berterima kasih atas segala maklumat dan ceramah yang telah disampaikan. Dan terima kasih pada masyarakat yang hadir mlm tersebut, walaupun hujan turun..

kita semua akan berjumpa pada 6hb ini di sungai dua..




Jumaat, Februari 26, 2010

Kejayaan Bermuafakat

Bermuafakat dan berpadu tenaga dalam pogram gotong royong belia secara rela selama 4 petang telah membuahkan hasil dan kebanggaan buat penduduk kampung. Gotong royong mengeratkan jiwa di kalangan belia kg dan pelapis2.

 
 Foto asal sekitar mercu tanda

  
 Hari pertama pecah tanah.
 

  


  



  


  


  


  


  

  
 Inilah hasil kejayaan sepakat oleh belia2 kg. 

w.k amat bangga dengan kudrat ikhlas yang telah di usahakan oleh belia2 kg. walaupun mengambil masa berhari2, namun semangat sayangkan kg membuatkan mereka tidak mengeluh kesah. Kejayaan selepas semua selesai tidak dapat digambarkan. Konsep gotong royong akan terus di jajah dalam hati sanubari belia2 kampung ini. 

w.k mengucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga atas kerjasama yang diberi oleh semua pihak. Terima Kasih atas sumbangan Batu bata dari penduduk kg serta peralatan yang diberi guna pakai.







Rabu, Februari 24, 2010

Kerjasama Telekom

Terima Kasih atas kesungguhan Telekom Malaysia Daerah Tampin yang cepat membantu pihak JKKK menyelesaikan masalah penduduk. Aduan dari penduduk yang di terima oleh JKKK kerana tiang kayu Telekom ini telah reput pada pangkal dan di khuatiri akan tumbang.

Tindakan pantas Telekom amat di hargai. Terima Kasih banyak2 dari penduduk taman di Blok C dan D atas keperihatinan Telekom.

 

kayu lama telah di ganti dengan tiang simen

  


 


 

 Syabas dari pihak JKKK terhadap pihak Telekom atas kerjasama pihaknya dengan segera. Ini langkah terbaik demi penduduk. utamakan masalah dan aduan dan keluhan akan meningkatkan prestasi kaki tangan kerajaan.

Pihak JKKK juga mengalu-alukan agar pihak Telekom dapat menyediakan Liputan Stremxy pula selepas ini.

Terima Kasih..
23hb 02.2010

Selasa, Februari 23, 2010

Lawatan Perhilitan


Pada 11 Februari 2010,surat dari JKKK telah di hantar ke Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan setelah aduan dari penduduk menyatakan masalah beruk, kera yang banyak. Hingga menggangu ayam ternakan, buah buahan hingga kan menyerang kanak2 sekolah. walaupun gangguan menyerang kanak sekolah tidak menyebabkan sebarang masalah, Namun tindakan harus di buat. Pihak JKKK telah di beri tanggung jawab akan masalah tersebut. Lantas kerana rentetan penduduk masalah tersebut di ajukan ke Jabatan Perhilitan.

Hari ini 23hb Februari 2010, Pihak JKKK telah menerima lawatan dari Jabatan Perhilitan untuk bersama memantau masalah binatang liar ini.



 


  
 Tok din sedang menceritakan masalah penduduk berhubung tentang beruk, monyet dan kera liar kepada 3 org wakil dari Jabatan tersebut.

 Pihak JKKK mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan dan kerjasama segera yang telah pihak Jabatan Perhilitan lakukan.


Isnin, Februari 22, 2010

Akademi Sukan Pencak Silat

Salam Hormat buat tetamu Kampung Batang Rokan.

Syukur atas ke hadrat illahi, Pemuda dan Gerakan Belia Kampung Rokan dapat bersama dengan Akademi Sukan Pencak Silat pada 21hb 02 2010 ( Ahad malam ). Dengan Kehadiran Saudara Zul, En Hanafi, Ayang, Mana dan Abg Yusri dan dari cawangan2 lain seperi Bukit Rokan, Gemas, Jelai, Gemencheh dan pelbagai lagi.
kehadiran mereka semua untuk memberi sedikit sebanyak taklimat akan program dan tujuan sebenar untuk pembukaan gelanggang di Kampung Batang Rokan.
Konsep yang di bawa harap akan dapat merubah kehidupan remaja2 kg ini agar sentiasa aktif dalam pelbagai program.





  


  


  
 Abg Zul begitu asyik menerangkan agenda dan tujuan beliau.

  
 persembahan mo tai..

terlalu ramai wakil-wakil yang hadir dan tidak dapat dinyatakan kesemuanya.
malam tersebut di persembahkan dengan Langkah Silat, Mo Tai dan permainan Api..
( foto x beberapa menarik, x dapat di siarkan. harap maaf )

Namun hasrat yang di utamakan.. nantikan kisah kemunculan gelanggang pada akan datang.

terima kasih tak terhingga buat Sdr Md Jefri dan Sdr Rozaimi sebagai pengerusi Akademi pencak silat cawangan Kg Btg Rokan yang banyak membantu Gerakan Belia 4B/ Pemuda dan JKKK Kg.

kesungguhan beliau akan sentiasa di dokong dan di sokong oleh semua pihak. Dan beliau berharap agar ada pihak yang akan sudi menghulurkan sumbangan keewangan ataupun penaja baju dan sebagainya nanti.


 

Ahad, Februari 21, 2010

Gotong Royong Keceriaan Fasa 1.

20hb 02 2010 Gotong Royong kemasyarakatan dan keceriaan Fasa 1 mendapat sambutan yang amat baik dan dapat merialisasikan akan program yang akan di jadualkan tidak lama lagi. Sebagai menyahut cabaran NKRA inilah langkah awal yang harus masyarakat setempat pupuk dalam jiwa dan hidup berjiran. Lupakan darjat dan taraf hidup agar kecemerlangan dan keharuman dapat di rasai bersama.



 

  
 sebahagian belia dan pelapis2 muda yang terlibat.

  
 kaum ibu yang bertungkus lumus bersama membersihkan sekitar balai raya.

  
 seisi memindahkan batu2 yang tidak boleh diguna dan di pindahkan


  
 Belia pelapis yang tekun bersama mengubah struktur mercu tanda Nama Kg

  

  
 Sumbangan Batu bata dari Saudara Rozaimi @ Along untuk menceriakan mercu tanda.

 
wajah2 kepenatan

w.k ucapkan Terima Kasih yang tak terhingga atas kudrat ikhlas yang di sumbangkan oleh semua yang terlibat 
secara langsung atau tidak langsung, samada buah fikiran, tenaga dan pelbagai.

20hb 02.2010 adalah hari yang sibuk dengan jadual yang padat, Pagi di sekolah, petang gotong royong
namun semua titik peluh yang di keluarkan tidak ternilai dengan pahala yang diterima Insyaallah...

w.k akan paparkan lagi foto menarik tentang gotong royong ini.



Sumbangan Ikhlas


Sumbangan Ikhlas En Affandi memberikan 2 Unit Lampu Limpah kepada Gerakan Belia Kampung Batang Rokan amat dihargai. 2 unit lampu limpah tersebut pernah digunakan oleh beliau, namun setelah agak lama tidak dipakai, beliau dengan ikhlas nya memberikan kepada Gerakan Belia Kampung untuk menggunakannya.

Dengan adanya lampu tersebut dapatlah gerakan belia menggunakan di padang permainan yang sememangnya tiada lampu. kemudahan tersebut juga amat di hargai oleh saudara Md Jefri selaku pengerusi Akademi Sukan Pencak Silat Kampung Batang Rokan. Di maklumkan bahawa malam ini 21hb 02.2010 bersamaan hari ahad, beliau bercadang mengadakan Taklimat Pembukaan Gelanggang.
 secara tidak langsung beliau dan ahli2 persatuan Pencak silat dapat bersma menggunakan Lampu tersebut untuk kemudahan latihan malam.

 

  

  
En Affandi menunjukan lampu kepada ahli belia kg


  
Sdr Md Jefri bersama untuk memindahkan lampu limpah ke padang permainan.

  
En Affandi membantu belia2 kampung memindahkan lampu.

w.k amat tertarik dengan sikap semangat masyarakat yang melambangkan perpaduan kejiranan. Bangga rasanya w.k kerana mempunyai penduduk kampung yang mempunyai sikap mengambil berat terhadap belia2 kg. Ini juga sebagai langkah yang menggalakan belia ke arah kebaikan dan tidak leka dengan arus zaman.

pihak JKKK kampung mengucapkan Terima Kasih atas sumbangan tersebut.



Berkibarnya Bendera Kemegahan

Telah berkibarnya kembali bendera kemegahan kita sebagai rakyat Malaysia.

Inilah satu-satunya tiang bendera yang tertinggi dalam kawasan Kg Btg Rokan yang kira boleh di anggap sebagai mercu kemegahan selagi adanya rasa jiwa kita sebagai anak Malaysia.

Semoga Kepimpinan pertubuhan dalam Kampung ini akan terus bersemangat untuk mengubah hala tuju matlamat yang di rancangkan.

 
 Wajah Tok Din yang Ceria dan mungkin adanya rasa bangga atas keperihatinan anak2 buah nya untuk memperjuang dan membela nasib masyarakat Kg.

  

 w.k turut menumpang gelak tawa tangisan bersama barisan pertubuhan dalam Kg ini yang sedang berusaha merubah inspirasi dan matklamat ke arah kecemerlangan.

dengan konsep yang di bawa " Merancang, Membina dan Mencapai Kejayaan Bersama-sama, dan Bekerja bersama bukan untuk saya tetapi untuk semua "



Sabtu, Februari 20, 2010

Sukan Sekolah

  

  
Cikgu Razali, Cikgu Zainal, En Ismail ( YDP PIBG ), Tn Hj Norizan ( Guru Besar ), Datuk Nasaruddin, En Razali Bin Buang ( Mantan Guru Besar Sekolah Rokan )  dan En Rashaid ( Pengerusi JKKK Ulu Rokan )


  
 3 Kumpulan Merah Bendahara, Kuning Laksamana Biru Shah Bandar.
  
Sebahagian Ibu bapa Yang bersama sejak awal pagi

  
 Pengetua Sekolah
Tn Hj Norizan B Pilus

  
 Datuk Nasaruddin

Datuk Nasaruddin yang memegang jawatan Timbalan UMNO Bahagian Tampin merangkap Naib Pengerusi Majlis Belia Malaysia yang telah merasmikan majlis penutup temasya sukan Sekolah Kebangsaan Rokan. 
Sebanyak 34 acara khas untuk pelajar sekolah telah berlangsung dan 2 acara untuk pegawai sukan dan 2 untuk belia Kampung Batang Rokan serta Belia Kampung Ulu Rokan.

Temasya sukan Sekolah Kebangsaan Rokan telah berlangsung pada 20hb 02 2010 iaitu hari sabtu. Sejak jam 7.50 pagi di mulakan dengan raptai barisan kontijen dan di rasmikan oleh YDP PIBG iaitu En Ismail b Harun.

Program yang mengeratkan hubungan kekeluargaan serta masyarakat kedua-dua kampung ini amat penting dan dapat merapatkan ibu bapa pelajar dengan guru-guru sekolah serta barisan AJK PIBG serta Pertubuhan kedua-dua Kampung.