SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Mac 29, 2011

Sambung kisah Kubbah hilang...

Kisah panas tentang kubbah hilang kelmarin bukan lah isu benar, ada yang call admin bertanya tentang kisah ni, amat geli hati bila fikir perkara tu. kita tengok pada paparan kali ini, jelas bahawa kubbah Masjid tu hilang kerana di ganti dengan atap baru.. Peruntukan yang di perolehi kali ini amat besar manfaat nya. 
paparan hadapan masjid
paparan atas Masjid, di mana pertukaran Kubbah ke atap adalah langkah sebenar bagi kebocoran besar yang berlaku. Telah berkali2 masalah ini di ajukan, walaupun lambat akhirnya dapat juga peruntukan tersebut. Namun Rezeki di terima dengan syukur Alhamdulillah.. 

Ahad, Mac 27, 2011

Mesyuarat JKKK edisi 2/2011

Mesyuarat JKKK bagi edisi kedua tahun 2011 di jalankan pada 24.03.2011 yang mana di pengerusikan oleh Pengerusi JKKK En Jamaludin Bin Piee. Tiada masalah yang paling utama yang perlu di bawa cuma perkara2 berbangkit yang masih belum di laksanakan sahaja.
Kehadiran Pn Nor Azizah untuk membincang Program antara pertanian dengan YB Dato' Mohd Kamil yang di jangka akan berlangsung x lama lagi. 
Perbincangan dan laporan2 biro tersusun rapi dan amat memuaskan, komitmen yang di beri amat di hargai demi masyarakat kg. Pogram2 tersusun juga di perbincangkan juga bersama. Persidangan UMNO Cawangan juga akan berlangsung pada 26hb 03 ini. Nantikan paparan yg admin siarkan nanti. TK

Perlawanan Bola sepak antara Belia senior vs Belio junior / veteran

Pada 19.03.2011 jam5.00 petang satu perlawanan bola sepak antara Belia Senior lawan Belia Junior di adakan, pada perancangan awal pemenang akan bertemu dengan Belia Veteran yang selepas berumur 40thn. Satu acara tambahan juga berjaya di adakan iaitu perlawanan persahabatan antara Belia Junior bertemu Belia Junior dari Kampung Pondoi.
Sebahagian dari Belia Junior yang sempat bergambar. 
Koja.. jangan x koja...
ini pasukan belia Pondoi (kuning) vs Belia Kg Btg Rokan (hijau)
Hujan lebat pada petang tersebut, tidak menghalang perlawanan antara belia senior dengan belia junior kg btg rokan, akan tetapi tiada paparan yang dapat di siarkan. Harapan untuk berlawan dengan Belia Veteran juga gagal akibat hujan yang amat lebat. Namun, perancangan akan datang pasti akan disusuli dengan perlawanan yang lebih mantap..

Sabtu, Mac 19, 2011

Kubbah Masjid Hilang???

Kecoh satu kampung menyatakan kubbah masjid ilang di landa ribut baru2 ni. cerita gempar ni berlaku pada 14hb 03 2011 tempoh hari. Dalam paparan gambar di bawah ni, hanya kanvas di gantikan sebagai pelindung panas hujan untuk sementara menggantikan kubbah Masjid Kg Btg Rokan ini. Tapi bukan lah kerana ribut petir mahupun angin lintang sebagainya.
paparan jelas menunjukan kubbah masjid telah tiada dan hilang sekelip mata.
ini lah gambaran syiling yang telah reput akibat terkena tempias hujan yang berpunca dari kubbah masjid yang bocor...
Ini pula gambaran syiling yang sedang di buka untuk di baik pulih pada 14hb 03.2011 kelmarin
Ni pula keadaan dalam masjid yang sebenarnya sedang di baik pulih. Alhamdulilah setelah sekian lama aduan demi aduan di buat, akhirnya di makbulkan setelah dana peruntukan telah sedia ada untuk membaiki kubbah masjid kg btg rokan ini di ganti terus menjadi atap.. kubbah yang lama tersebut telah di tanggalkan dan tidak akan di gunakan lagi. memandangkan kekerapan berlakunya kebocoran hingga ke tahap kritikal.

Jumaat, Mac 18, 2011

Membasmi musuh tanaman

Membasmi musuh tanaman siri kedua giat di lakukan selepas aduan penduduk semasa program sepetang bersama masyarakat tempoh hari. Tindakan pantas pihak berkaitan apabila aduan yg melibatkan keselamatan dan nyawa kanak2 sekolah di ambil berat, Program di pengerusikan oleh En Rahman bahagian keselamatan daerah Tampin dan di amanahkan kepada Tn Saidi B Hj Shariff  pihak Pegawai RELA Daerah Tampin telah  berlangsung pada 17hb 03.2011 seawal jam 8.oo pagi
Hampir 30 orang ahli RELA serta Perhilitan yang hadir
Pengerusi JKKK menerangkan plan kg dan kawasan2 berisiko
Amanat Pegawai RELA Daerah Tampin, Tn Saidi lebih kepada ciri2 keselamatan kepada yang terlibat serta penduduk kg.  En Rahman (kiri sekali)
Dalam sesi operasi bersama belia RELA Kg.
Sempat bergambar kenangan selepas operasi berakhir jam 11.30 tengahari serta hasil2 musuh tanaman

Rabu, Mac 16, 2011

Skuad Muda Rela Kg

Skuad Muda Rela Kg sering kali mengadakan rondaan malam tanpa mengira jadual. Rondaan malam bersama semua ahli rela bersama Pengerusi JKKK serta biro keselamatan memberi cabarab minda kepada belia2 supaya berani dan kental ketika meronda di waktu malam, lebih2 lagi hingga jam 5 pagi.
Rondaan mengikut hari serta ahli yg akan terlibat
Jangan cuba tiru aksi ini.
membincang tugas sebelum meronda di laksanakan,
walaupun warga kampung masih tidak semua yg sentiasa dapat bersama, namun kegiatan ini akan terus di adakan dan sedikit sebanyak akan menarik minat mereka yg lain.sokongan dan dokongan dari pentadbiran harus di giatkan agar belia2 ini tidak terjerumus ke pribadi yg sosial.

Selasa, Mac 15, 2011

Mesyuarat AJK Belia 4B Kawasan Tampin

Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin mengadakan Mesyuarat Khas AJK kali ini di Kg Btg Rokan, di pengerusikan oleh Hj Zamrus serta membentangkan penyata akaun serta program2 terlaksana dan akan terlaksana. Belia 4B Cawngan sentiasa mengalu2alu kan kehadiran semua pihak dalam merancakan pelbagai intipati demi anak muda dalam daerah Tampin.Program ramah mesra juga akan di lakukan dlm masa terdekat ini, begitu juga Skuad Muda RELA, serta wakil2 yang bertanding dlm anugerah perdana penglibatan belia dlm daerah Tampin, dari sudut tani, kepimpinan, persatuan dan juga lain2 program
Kehadiran Ajk dari Dun Gemas, Repah serta Dun gemencheh membincangkan usul2 dari semua ajk gerak kerja.
tidak terkecuali, belia2 kg turut serta sewaktu mesyuarat tersebut. sedang tekun membentang kertas kerja dlm pertandingan anugerah perdana daerah Tampin.

Isnin, Mac 14, 2011

Sepetang bersama Masyarakat

Satu lagi program yang khusus buat penduduk kampung, program "sepetang bersama masyarakat" seperti program seisi mendengar masalah tahun lepas, cuma kali ini hanya perlaksanaan sahaja yang berbeza. Di mana selepas program ini, jabatan2 kerajaan yang berkenaan akan terus melawat ke tempat yang di katakan bermasalah. Lebih dari 30 wakil2 jabatan yang hadir dari Ybhg Tn Hj Razali (YDP/DO Tampin), Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz (ADUN Gemencheh), Sdr Zahirin (K.Penlg Pagawai Daerah), dan semua jabatan2 kerajaan dalam Daerah Tampin.
Amanat yang di sampaikan oleh YB Dato' Mohd Kamil kepada penduduk yg berkesempatan hadir
Sebahagian dari pegawai, dan wakil2 jabatan yang turut hadir seperti Kesihatan, Cik Darashwati(pembangunan), JPS, JKR, Perikanan, Felcra, Polis, SAINS, MARA, Kemas, dsbgnya
sebahagian penduduk yg bekesempatan hadir, walaupun hujan renyai dari awal pagi.
Satu simbolik bagi merasmikan program "sepetang bersama masyarakat", Tn Hj Razali B Bakar dan pengerusi JKKK En Jamaludin memerhatikan YB Dato' Mohd Kamil merasmikan LOGO Kampung Batang Rokan.
Salah seorang penduduk yang menyuarakan masalah dan pandangan ramai penduduk kg
Kaunter bayaran luar cukai tanah jiga di buka pada program tersebut, bukan mudah juga bagi pihak PTG untuk memindah2 kan peralatan pejabat semata2 untuk memudahkan penduduk menjelaskan cukai tanah yang hanya boleh di bayar di Pejabat Tanah Tampin. Bagi pihak JKKK amat berterima kasih kpd semua yg terlibat.
nantikan paparan mesyuarat ajk Belia Kawasan Tampin di kg btg rokan, paparan skuad muda rela, dll.

Ahad, Mac 13, 2011

Belia Gtg Ryg Bersih Balai Raya Masjid lama..

Gotong Royong membersihkan balai raya Masjid yang lebih dari 12 tahun tidak di gunakan di lakukan oleh gerakan Belia 4B Kg Btg Rokan pada 27.02.2011. Perancangan untuk menggunakan sebagai Bilik Gerakan Belia 4B dan menjalankan perbagai aktiviti samada silat, kompang, squad muda rela dan perkara2 yg di luar jangkaan. Berkemugkinan akan di gunakan buat sementara Masjid di ubah suai x lama lagi.
Banyak2 barang lama yg terpaksa di pindahkan ke ruang belakang untuk mengosongkan ruang utama balai raya ini.
BeliaWanis tidak terkecuali bersama membantu meringan kan beban
Membasuh lantai adalah perkara akhir selepas pembersihan mengeluarkan almari yang rosak, meja dsbgainya. Namun pembersihan kali kedua akan di lakukan sekali lagi untuk memastikan kawasan lantai cukup bersih sebagai persediaan untuk di gunakan tempat ilmiah dan solat sementara menunggu masjid yg x lama lagi akan di ubah suai.
paparan lain ada di FB

Selasa, Mac 01, 2011

Ceramah Agama sempena Maulidur Rasul bagi Zon Kg Btg Rokan 1432 H

Ceramah agama sempena Maulidur Rasul bagi Kampung Batang Rokan telah pun berlangsung pada 23.02.2011 rabu malam bermula seawal 7.20 mlm. 2 Hari sebelum berlangsungnya Ceramah Perdana DUN Gemencheh di Masjid As-Syakirin. Di mulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan terus pada agenda ceramah yang berkaitan kisah Nabi Muhammad S.A.W
Alhamdulillah.. sambutan amat menggalakan dan porgram berakhir pada lewat jam 10.30. dimana, selepas solat Isyak berjemaah, jamuan makan malam, di hidangkan dengan pelbagai juadah yang di bawa oleh penduduk dari rumah masing2.