SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Oktober 20, 2010

Chemadee Mega Malam ( ASPS ) gegar Seremban

Link ASPS 
Sedutan dari Blog ASPS.. Terima Kasih Admin..
Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Sembilan baru saja melabuhkan tirai kejohanan petang tadi setelah bermukim 4 hari 3 malam (14~17 Okt) di Kompleks Sukan Seremban 2.

Antara pertubuhan yang bertanding adalah Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayung Fatani, Persatuan Seni Silat Abjad, Persatuan Seni Silat Tanah Baru NS, Persatuan Seni Silat Mega Chemandi Mega Malam dan beberapa persatuan lain.
(Upacara Penutup Kejohanan & Penyampaian Pingat)

Akademi Sukan Pencak Silat mewakili Persatuan Seni Silat Chemandee Mega Malam mempertaruhkan 20 peserta membentuk dua team (A & B) berjaya membawa pulang 8 emas, 7 perak dan 5 gangsa pada kejohanan berkenaan. Syabas bagi semua peserta juga "tabik spring" para kontinjen ASPS dalam membantu melicinkan perjalanan pesilat sepanjang kejohanan berlangsung.

(Sebahagian Kontinjen ASPS yg terlibat)

Kepada pesilat-pesilat yang berjaya merangkul emas, anda layak untuk mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 2 minggu mendatang (info lanjut sila rujuk jurulatih atau PESAKA NS).

(Suntikan semangat dari pelepas : Jemaah Kejurulatihan)

Lampiran Foto:
(Pengurus Kontijen)

Pegawai-pegawai Kontingen

Doa Pengiring diaminkan beramai-ramai.

Barisan pejuang bersama pingat masing-masing.

Lagi video & foto bakal dilampir tidak lama lagi.

Akademi Sukan Pencak Silat: Syukur, teruskan langkahmu.. perjuangan kita masih belum selesai!

Selasa, Oktober 19, 2010

Kenaikan Elauan Pengerusi JKKK di Sambut Baik

Kenaikan hampir 100 peratus elauan bulanan Pengerusi JKKK di sambut baik oleh semua Pengerusi JKKK dari RM400 ke RM800 sebulan... Selepas perbentangan bajet 2011 oleh PM Datuk Seri Najib di sambut dengan rasa syukur dan berterima kasih kepada PM atas keperihatinannya serta Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah... Pengerusi JKKK memikul tanggug jawab yang amat berat dalam peranan amanah yang di beri oleh penduduk kampung mahupun masyarakat setempat... Berat untuk melaksanakan demi membantu masalah penduduk dan kesejahteraan masyarakat... Tugas yang di pertanggungkan mengorbankan masa dan keluarga pengerusi tersebut...Peranan amat penting untuk memajukan kawasan jajahan JKKK tersebut... Dan elaun mesyuarat RM50.00 untuk setiap AJK JKKK setiap kali mesyuarat juga adalah langkah yang tepat... Seperti elaun sara hidup dengan kos yang tinggi sekarang sedikit sebanyak membantu dana tambahan pada mereka...Pengerusi JKKK tidak terkecuali di senaraikan dalam golongan mudah miskin sebelum ini boleh la menarik nafas lega... seluruh Ajk JKKK Kg Btg Rokan mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada PM atas tindakan wajar beliau...

Selasa, Oktober 12, 2010

ASPS tempah laluan ke Kejuaraan Pencak Silat

14hb-17hb 10 2010 adalah tarikh yang di nanti2kan oleh pelatih2 Akedemi Sukan Pencak Silat Gemencheh untuk menyertai kejuaraan Pencak Silat Negeri Sembilan Di Komplek Sukan Negeri, Seremban 2...
Akademi Sukan Pencak Silat di bawah Pertubuhan Seni Silat Chemandee Mega Malam Negeri Sembilan/ Melaka. ASPS telah di asas oleh Sdr Zulkarnain B Hj Ujang serta Mohd Nazri B Hashim pada awal tahun 1993 hingga sekarang.
YB Dato' Shaziman adalah penaung bagi Pertubuhan ini yang mana ASPS telah pun mempunyai 10 gelanggang di sekitar Gemencheh.
Kelihatan pesilat giat berlatih di balai raya Kg Btg Rokan sebagai persiapan untuk menghantar sepasukan pesilat Remaja dan Dewasa ke kejuaraan Pencak Silat NS.
AJK ASPS Gemencheh sentiasa bersama untuk memberi semangat buat pelatih2 yg akan bertanding nanti. Banyak program yg telah di rancang oleh ASPS sepanjang tahun untuk Belia2 sekitar Gemencheh mahupun daerah Tampin. Belia4b Kawasan juga sering tidak terkecuali akan bersama dengan ASPS dlm menjayakan apa jua program berjadual...

Selain dari Silat, ASPS juga membuka gelanggang Muay Thai yg di kendalikan oleh Jurulatih Tinju Siam yang berpengalaman. Pada sesiapa yang berada sekitar Tampin amat di galakan untuk bersama mempertahankan Warisan nenek moyang kita ini.
Hubungi Exco kami Sdr Rozaimi = 017 6657587 ( Cwg Kg Btg Rokan )

ASPS tempah laluan ke Kejuaraan Pencak Silat

GEMENCHEH – Akademi Sukan Pencak Silat (ASPS) ditubuhkan pada 1993, kini giat menjalankan sesi pemilihan peserta untuk mewakili dan menempah laluan akademi berkenaan sempena Kejuaraan Pencak Silat Negeri Sembilan 14 hingga 17 Oktober ini.

ASPS adalah rangkaian pertubuhan Seni Silat Chemandee Mega Malam Negeri Sembilan/Melaka dan kini dalam proses pendaftaran di bawah Suruhanjaya Sukan Malaysia untuk diiktiraf ke peringkat lebih tinggi.

Exco ASPS Cawangan Batang Rokan, Mohd Rozaimi Mohd Zaini berkata, menerusi kejuaraan peringkat negeri itu, seramai 20 pesilat bakal dipilih untuk diberikan amanah membawa nama ASPS di bawah pimpinan jurulatih, Zainal Abbas.

“Sejajar dengan persiapan kejuaraan berkenaan, kita giat melaksanakan sesi pemilihan pada waktu malam dan untuk pesilat terpilih mereka bakal menjalani Kursus Manual Kejurulatihan Silat Olahraga Peringkat Kebangsaan Tahap 1 selewat-lewatnya Disember 2010 ini di Dewan Majlis Daerah Tampin (MDT).

“Kursus bakal dijalani pesilat terpilih ASPS ini adalah kerjasama antara Majlis Sukan Negeri dan Pesaka serta Pertubuhan Seni Silat Tanah Baru Seremban,” katanya.

Rekod ASPS kini mempunyai 2,735 ahli dan mempunyai sepuluh gelanggang aktif sekitar Daerah Tampin.

ASPS diasaskan Zulkarnain Ujang dan Mohd Nazri Hashim serta dinaungi Ahli Parlimen Tampin, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Sementara itu, Mohd Rozaimi juga Exco ASPS Cawangan Batang Rokan bersama Mohd Jefri Ismail berkata, dia berharap pesilat terpilih dapat mengharumkan nama ASPS untuk kebaikan bersama.

“Kita mahu masyarakat menyayangi seni mempertahankan diri ini kerana silat adalah sebahagian daripada jati diri masyarakat Melayu,” katanya.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Jamuan Aidilfitri YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz

Petang ahad 03/10/2010 YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di dewan sri Gemencheh.. dengan di bantu oleh AJK perlaksanaan, majlis tersebut berjalan dengan lancar... kehadiran tetamu yang ramai dan sentiasa mengunjungi amat memberansangkan..

kehadiran Tuan Pegawai Daerah Tuan Razali di sambut oleh YB Dato'
Sebahagian tetamu yang asyik menjamu pelbagai hidangan
Bergambar kenangan dengan tetamu istimewa Dato' Muhammad Jan B Abdul Ghani.

Selamat Hari Raya dari seluruh warga kg btg rokan buat YB Dato' Mohd kamil serta Datin...

Jumaat, Oktober 08, 2010

Rumah Terbuka YB Dato' Shaziman

Pada 02.10.2010 ( sabtu ) jam 2.00 petang bermulanya Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri YB Dato Shaziman B Hj Abu Mansor di Padang Serbaguna Tampin. Di anggarkan lebih dari 5000 tetamu dari pelusuk kawasan tanpa mengira ideologi politik dan kaum hadir hingga ke petang hari tersebut..



YB Dato Shaziman serta Datin, YB Dato Hjh Zainab serta Sdr Hanafi mesra menyambut tetamu.
Kehadiran tetamu yang begitu ramai terkawal kerana persiapan terperinci telah di lakukan oleh pihak pengurusan Majlis tersebut. Pelbagai menu di sediakan dan banyak kiosk2 yg di sediakan telah memudahkan tetamu untuk menjamu selera..
Salam Aidilfitri buat YB Dato' Shaziman dari seluruh warga kampung daerah Tampin..