SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Jun 30, 2010

Kursus Teknologi Pembuatan Baja Cecair Natural Farming..

Satu taklimat dari Pn Norazizah dari Pertanian Daerah Tampin, Pegawai Stesyen Pertanian Asahan Gemencheh telah menerangkan Teknologi Pembuatan Baja Cecair Secara Natural Farming pada 30.06.2010 jam 8.30 pagi.Peserta melebihi 30 orang telah terlibat dalam Program ini.

Pn Norazizah sedang menyampaikan Taklimat
Peserta yang hadir, dan turut serta Pengerusi JKKK Tok Jamal.
Pn Norazizah sedang bagi Info Bertulis
Praktikal adalah cara yang berkesan
Anak Angkat Kg ni pun kena DERA.. Terlibat juga sebagai pembantu sambilan.
( nak masak apa agaknya yu?.. )

Terima Kasih x terhingga kepada Pn Norazizah, walaupun dah nampak sarat.. semangat dia masih kuat. dapat menerangkan serba lengkap akan modul program ini. dari aspek penggunaan baja hingga ke kawalan perosak. Nantikan program akan datang.. banyak agenda yang telah di susun dalam bulan keceriaan ini..

Isnin, Jun 28, 2010

Bengkel Pengurusan Pertubuhan Belia

Bengkel Pengurusan Pertubuhan Belia Mengikut Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia (AKTA 668) telah berlangsung pada 27 JUN 2010 di Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah. Dengan Objektif untuk meningkatkan kefahaman mengenai Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dalam tadbir urus pertubuhan kepada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia dan menyediakan khidmat nasihat dan garis panduan yang lengkap untuk rujukan pertubuhan-pertubuhan belia.

 Seramai 5 orang ahli Belia 4B Cawangan Kg Btg Rokan mewakili Daerah Tampin telah menghadirkan diri pada bengkel tersebut, secara tidak langsung ia akan menjana produktif belia generasi baru yang bakal menjadi pemimpin masyarakat.
Terima Kasih tak terhingga ucapan dari Pengerusi Gerakan Belia 4B Caw Kg Btg Rokan atas kesungguhan dan komitmem yang di berikan.





Ahad, Jun 27, 2010

Mesyuarat Agung Belia 4B Kawasan Tampin

Satu Persidangan Agung Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin telah berlangsung pada 26hb 06 2010 jam 8.30 malam di Dewan UMNO Tampin. Perasmian di sempurnakan oleh Ybhg Dato Hj Ayob Bin Yahya (Pengerusi Alumni Gerakan Belia 4B Negeri Sembilan) dan yang turut hadir bersama ialah Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa (Ketua Pemuda Bahagian Tampin), En Malek (Mantan Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Tampin) dan Sdr Zulhairi Bin Isnain ( Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin) serta Tn Haji Zamrus Bin Zakaria (Pengerusi Gerakan Belia Kawasan Tampin)

Pada malam tersebut Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Kg Btg Rokan hadir bersama 10 orang wakil dari Cawangan Kg Btg Rokan untuk bersama menjaya dan memeriahkan majlis persidangan tersebut. Segala berjalan dengan lancar dan mudah.. Tahniah buat semua tenaga kerja serta AJK Gerakan Belia Kawasan yang bertungkus lumus menyiap sediakan kelengkapan dan melicinkan perjalanan persidangan.


Sabtu, Jun 26, 2010

Jawatankuasa Kerja Persiapan Program Sihat Dan Ceria

 



  Satu perjumpaan semua pertubuhan berlangsung pada 25hb 06 2010 jam 9.00 malam untuk bersama berbincang akan tentatif program kemasyarakatan yang akan di jadualkan pada 04hb 07 2010 bersama anak2 angkat penduduk kampung. Walaupun ibu atau keluarga angkat kampung ini menerima 3 orang sahaja, seluruh warga kampung juga menganggap mereka juga adalah anak angkat bersama.
 Ramai juga ibu2 dan belia2 yang hadir untuk menjayakan perkara yang di putuskan bersama


ini dia beliawanis yang kian menerangi keindahan kampung. sedikit sebanyak sumbangan tenaga mereka akan menceriakan apa2 jua majlis dalam kampung. Peranan mereka amat bermakna sekali..

Mesyuarat bersama Pertanian

Mesyuarat bersama Jabatan Pertanian Kawasan Gemencheh telah berlangsung di Balai Raya Ulu Rokan pada 25 Jun 2010 pada jam 3.00 petang, Atas kerjasama yang mudah, 2 kampung di wakili pihak JKKK masing2 hadir untuk mendengar taklimat ringkas Pn Norazizah mewakili Ketua Stesyen Pertanian Asahan Gemencheh. Yang mana sebanyak sedikit menerangkan agenda Pihak Jabatan Pertanian yang sedia membantu para penduduk untuk memajukan kawasan tanah terbiar.

Ajk JKKK Kampung Batang Rokan bersama Ajk JKKK Ulu Rokan
Tidak terkecuali Kg Ulu Rokan juga telah menerima 6 orang anak angkat dari INTAN telah bersama dalam seisi penerangan tersebut. 

Terima Kasih w.k ucapkan buat Pn Norazizah serta pembantu beliau yang x putus2 memberi pandangan dan nasihat akan kaedah memajukan tanah terbiar ini.

Mesyuarat JKKK kali ke 3

Mesyuarat JKKK kali ke 3 telah berjalan dengan lancar pada 24hb 06 2010 hari Khamis dan membincangkan agenda-agenda tertentu. Menjelang bulan 7 adalah bulan yang hampir2 untuk kita menunggu ketibaan Tahun baru 2011. Apa yang jelas sehingga kini masih tiada satu pun projek yang di perolehi bagi kawasan Kampung Batang Rokan. Apa yang pasti.... Mesyuarat... mesyuarat...mesyuarat... perlaksanaan tiada. 

Sedang berbincang satu isu yang paneh..

perbincangan dengan En Sharif ( Lembaga Getah Malaysia ) dari penguatkuasa undang-undang yang sempat bersama dalam Mesyuarat JKKK kali ke 3 ini.


Jumaat, Jun 25, 2010

Belia Ramah Mesra

Satu perjumpaan Belia-belia kampung bersama anak-anak angkat berlangsung pada 23 Jun 2010 di Balai raya Kg Btg Rokan, seisi wawancara ini sedikit sebanyak dapat membantu belia2 mengenali anak-anak angkat serta mengetahui pengalaman yang di tempuhi oleh peserta INTAN ini.

Hadir sama Pengerusi JKKK Tok Jamal secara tidak langsung memeriahkan atur cara ramah mesra tersebut

Sebahagian belia yang hadir sama dan dapat juga membincang agenda program2 yang akan di laksanakan bersama nanti.. kita tunggu aje...

Majlis Perundingan Belia Daerah Tampin

Satu Majlis Perundingan Belia Daerah Tampin telah berlangsung pada 23 Jun 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Tampin di mana Program ini adalah anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin yang mana w.k hadir bersama pada program tersebut. Di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah iaitu Tn Razali Bin Bakar

Hadir sama ke Program ini ialah YB Dato' Mohd Kamil serta OCPD Daerah Tampin dan semua Ketua-ketua Jabatan Daerah Tampin
Sebahagian Ketua2 Jabatan yang ada bersama
Barisan Ajk Belia Daerah Tampin yang hadir
Seisi Taklimat Ringkas tentang Universiti Kuala Lumpur dan tentang Kursus2 Giat Mara untuk para Belia2 Lepasan SPM..

Banyak juga usul2 yang di bawa dan di bincang bersama dalam sesi perbincangan, harapan w.k semua itu akan menjadi kenyataan..

Rabu, Jun 23, 2010

Penerimaan Anak Angkat Dari Program Penempatan Daerah ( INTAN )

Daerah Tampin Telah Terpilih Akan Program Penempatan Daerah Kursus Diploma Pengurusan Awam Bil.1/2010 Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Bagi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik.

Program Penempatan Daerah Bermula Dari Tarikh Peserta Di Serah Menjadi Anak Angkat Pada 22 Jun Hingga 6 Julai 2010.

Anak-anak Angkat Tersebut  Telah Ditempatkan Dikampung-Kampung Seluruh Daerah Tampin Termasuk Kg Btg Rokan. Seramai 107 Peserta Mengikuti Program Ini.

Kampung Batang Rokan Tidak Terkecuali Dari Program Tersebut Dan Telah Menerima 3 Orang Anak Angkat.


Sebahagian Keluarga Angkat Dan Pengerusi JKKK Yang Hadir

Sewaktu Majlis Penyerahan Bersama YB Zainab

Ini lah 3 Keluarga Yang Menerima 3 Orang Anak Angkat

Selasa, Jun 22, 2010

Mesyuarat Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin

w.k terpanggil bersama dengan seluruh AJK Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin untuk bermesyuarat di Balai Raya Felda Bukit Rokan pada 21.06.2010 jam 9.00 malam untuk membincangkan agenda program dan Jawatankuasa kerja persiapan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin. Tn Hj Jamlus B Zakaria sebagai Pengerusi 4B Kawasan telah menerangkan dengan terperinci akan perjalanan program tersebut.


Perasmian akan di sempurnakan oleh YBHG Dato' Hj Ayob B Yahya telah di jadualkan pada 26.06.2010 jam 8.30 malam di Dewan UMNO Tampin.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti DUN dan Program Meraikan Keluarga Angkat Peringkat DUN






Satu Perbincangan Satu Sepakat satu tujuan untuk bersama merencanakan 2 Mesyuarat serentak iaitu, Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Pengerusi dan Setiausaha JKKK kawasan Dun Gemencheh yang telah berjaya membuat keputusan muktamad. Dan juga mesyuarat agenda Program Meraikan keluarga anak angkat seramai 60 org di DUN gemencheh sahaja.Hampir kesemua JKKK dalam Dun telah terlibat dalam pengambilan anak angkat tersebut, meskipun program anak angkat ini seramai 107 orang anak angkat yang terlibat dalam kawasan Daerah Tampin. Mesyuarat ini berlangsung pada 21.6.2010 Isnin jam 3.00 ptg di Balai raya Kg Sg Jernih dengan di Pengerusikan oleh Tn Baharuddin.

Jumaat, Jun 18, 2010

YB Jelajah DUN......

Warga Kampung Batang Rokan Ucap Tahniah Buat kepimpinan dan Keperihatinan YB Dato' Mohd Kamil Adun Gemencheh yang sanggup turun padang, pergi ke rumah2 setiap pelusuk kampung di bawah kawasan Beliau, Kg Btg Rokan juga tidak akan ketinggalan cuma masa je lum sampai. w.k paparkan foto copy dari link Y.B dan link ke :-http://adungemencheh.blogspot.com/2010/06/felda-bukit-jalor-di-serbu.html#comments


Tahniah sekali lagi buat YB.... semoga apa juga pengorbanan yang di lalui akan mendapat Hidayah dan Rahmat dariNya. Aminn.....

Selasa, Jun 15, 2010

Belia dan warga kampung aktif

Alhamdulillah. Pemuda mahupun belia kg ini masih lagi aktif bersama dalam apa jua program kampung ini. Paparan ini sekadar makluman kepada generasi akan datang bahawa akan tiba masanya anda akan berada di satu peringkat perubahan di luar sedar. bayangkan jika anak muda tidak didik untuk mengamalkan kewajipan bermasyarakat. apa kan jadi pada generasi akan datang. Kg Btg Rokan masih bertuah mempunyai tenaga generasi baru yang kuat dan memainkan peranan yang benar sebagai pejuang wakdah akan datang.

Kemasyarakatan begini harus terus dipupuk agar tidak akan memecah belahkan generasi pelapis dan kaedah begini akan mengeratkan lagi silaturahim antara dua generasi.


 Ahli belia yang aktif juga dalam pasukan kompang

 foto telah menggambarkan segalanya.. harapan w.k agar perkara begini akan terus menjadi satu kekuatan pada generasi akan dtg..

Isnin, Jun 14, 2010

Persidangan UMNO Tahun 2010

Persidangan UMNO Cawangan Kg Btg Rokan telah berlangsung pada 13hb 06 2010 tepat jam 3.30ptg hari ahad. Persidangan kali ini telah berjaya menambat hati anak muda agar terus menyertai UMNO. Matlamat agar anak2 muda terus memahami akan tujuan UMNO.

kemeriahan yg terpapar menunjukan semangat yg kuat bagi penduduk kampung.
Ucapan ringkas dari En Zainal B Abd Wahid.

Sebahagian Wanita yg hadir, foto x berapa menarik dan lupa nak snap foto yg lain.

Banyak usul yang di bawa untuk tahun ini. Dan harapan agar usul tersebut akan di terima oleh kepimpinan peringkat tertinggi.

Mesyuarat Gerakan Belia 4B Kg Btg Rokan

Pada 9hb 06 2010 berlangsungnya satu program ramah mesra Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin serta Pengerusi2 Cawangan Gerakan Belia 4B bersama YB Dato' Mohd Kamil di Balai Raya Kg Jelawai.( belum di paparkan ). dan atas tindakan yang wajar, gerakan belia 4B kg btg rokan telah mengadakan mesyuarat yang berlangsung pada 11hb 06 2010 pada jam 9.00 mlm.



Usaha bersama untuk menjadikan Belia generasi baru aktif  yg di sarankan oleh Pengerusi Sdr Azhari bersama AJK yang terpilih harus di segerakan. perlbagai cadangan dan program telah di rancang. nantikan sahaja program yg akan dipaparkan.