SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, September 29, 2009

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah...tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah...tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah...tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah...tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah...selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah...asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS.
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah...asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah...asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah...asalkan jangan sampai MENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah..asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan kita tidak akan miskin selama-lamanya. Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya.

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta. Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya, bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia.

Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan. "
Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin,
menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil,
beribadahlah jangan sampai semakin jahil...

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut." Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus.
Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhana adalah jawapan kepada segala......

Rabu, September 16, 2009

Kehangatan Menyambut Syawal

Pada 16hb september 2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H, telah genapnya 26 Hari kita menunaikan puasa. setelah syawal kian menjelang, Pengerusi JKKK bersama Pihak masjid sebulat suara untuk bersama mengadakan Program Gotong Royong membersihkan sekitar masjid dan mengadakan jamuan berbuka Puasa bersama Kariah kampung batang rokan pada hari dan waktu yang sama.
program yang diadakan serentak ini mengeratkan siratulrahim sesama penduduk kampung dengan Barisan Ajk Masjid dan JKKK kampung. seawal jam 3pm penduduk kampung hadir membersihkan sekitar dan dalam masjid. Alhamdulillah... semua berjalan lancar atas keikhlasan dari semua.
Harapan Pihak JKKK agar program penduduk bersama pemimpin dalam kampung akan sentiasa diadakan dan berterusan.


Pn Zubaidah membersihkan tingkap

membersih perkarangan luar masjid.
alang bayin dengan Abg Jelani

Hebat gak Abg ajoi ni, semua dia sapu bersih.

seisi berehat.
Abg Jimie, Abg Tahir, abg saimin dan Karim

Abg Ajoi membasuh lantai luar masjid

Karim selaku pengawal merangkap mandor.

Abg Jimie Raslim sedang membuang sawang di syiling.


Abg Kasim dan Aboy ( siak mudo ) sibuk memodified vakium.

siak mudo merasmikan program mevakium permaidani.



Pian bertungkus lumus nak membantu.

Jimie@pian mencuba penyedut hampagas yang baru di modified.

Apa lah yang nak diejas lagi tu...

Bro Ajoi, Seisi temubual bersama w.k

Cikgu Zainal mencuba menyumbang suaranya.

puyau . ( Juru Audio) sewaktu mengubahsuai PA sistem

Pengerusi JKKK ( Tok Din ) hadapan bersama beberapa penduduk sewaktu menunggu saat tibanya waktu berbuka.
Foto seisi berbuka puasa









Pengerusi JKKK mewakili semua pihak mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Muhibbah ini. Beliau juga mengalukan semua yang terlibat akan sentiasa bersama dalam apa jua tindakan menjayakan agenda yang akan datang.

Warga Kampung telah bersama dalam menjayakan program ini, Harapan w.k juga agar pihak JKKK dan ajk Masjid sentiasa komitmen dalam menjayakan apa juga program.



Jumaat, September 11, 2009

Terima Undangan

Warga kampung mengucapkan SELAMAT HARI RAYA GAK KEPADA KELUARGA SAUDARA NASARUDIN, dan w.k mewakili Pihak Jemputan menjemput semua Warga Kampung Batang Rokan yang merantau atau pun yang ada di sekitar Malaysia ni, harap dapek datang ngabih an lauk pauk, kuih gayo yang di idang dek abg Kudin ni. Dan

MAAF ZAHIR kiro ee w.k ado buek silap yo..

Salam Aidilfitri...
Dengan Tulus Ikhlas..
Maaf Zahir Dan Batin
Daripada Kami Sekeluarga
Nasarudin Mahamud DSM, ANS, PMC, PJK
Nayaros, Muhamad Rosdin, Muhamad Addin, Muhamad Din dan Siti Hajar

Jemputan Ke Rumah Terbuka Beliau pada 26 September 2009 ( sabtu )

Bermula jam 8.00 mlm.

Bertempat di :-

Teratak CT Rosdin

Kampung Batang Rokan
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Terima Kasih juga w.k Ucapkan kepada En Nasarudin atas sumbangan beliau kepada warga emas dan anak yatim kampung ini yang mengalami kesusahan dan kegawatan. Beliau sentiasa membantu dalam apa jua masalah dlm kampung ini mahupun dlm apa2 program.

Rabu, September 09, 2009

PULANGLAH WAHAI ANAK PERANTAU


Selamat Hari Raya Aidilfitri


Warga kampung mengambil Kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah, Dan kesempatan ini juga Warga kampung mewakili semua pihak dalam kampung memohon Maaf andai tanpa disedari adanya kesilapan text mahupun percakapan.

Salah silap yang tidak tersengaja ini melambangkan kelemahan kita sebagai hamba Nya. Tiada rasanya akan membangga diri mahupun sombong dan bongkak, namun kita di lahirkan seadanya.

Warga kampung menyeru kepada semua anak2 Kampung Batang Rokan agar pulanglah ke Kampung halaman ( Begayoo laa kek kampung taun ni ).. kok lobih ulur ulur laaa.

Dengan harapan, Berhati2 lah ketika memandu semasa dalam perjalanan balik kampung, Yang penting Selamat Tibanya dan Ingat Lah Orang Tersayang.




DI LARANG BAWA BALIK MERCUN, PIHAK JKKK AKAN TANGKAP ANDA.................



Nikmatilah Juadah Ketupat ni nanti.



Lomang Tongah Jorang. Sabar yooo

Gondang Ayam ni dah siap aaa...

meh la makan.

sobolum makan jangan lupo baco Bismillah...

Selasa, September 08, 2009

TERIMA KASIH TNB TAMPIN.


Alhamdulillah.. Terima Kasih kepada PIHAK TNB yang telah menyambung meter ke rumah Pn Bidah. Semoga kebajikan ikhlas yang diberi di berkati oleh Nya.
Ini bermakno Pn Bidah tidak lagi bergelapan dan boleh lah menjamu juadah berbuka tanpa lilin.
selamat menyambut syawal dalam keterangan jiwa mauhupun hati
Tahniah atas kerjasama semua pihak..

Masalah Paip Air

ini saluran paip air dari rumah En Md Darus ke rumah En Kodir










paip air melalui anak sungai untuk melintas jalan untuk ke rumah en darus.





Foto rumah mesra rakyat en Kodir. beliau telah menetap hampir 6 bulan, masallah beliau ni pernah di utarakan ke JKKK, dan pihak JKKK telah maklumkan kepada YB Dato' Kamil, Pihak Pegawai Daerah Tampin. namun sehingga hari ni belum ada apa2 berita. Beliau menetap disini bersama 4 orang anak nya yang masih bersekolah rendah. w.k harapkan adanya pemantauan dari pihak kerajaan terhadap masaalah rakyat. 52 tahun kemerdekaan telah di sambut, namun kesal kerana tindakan kerajaan terhadap keistimewaan rakyat yang lambat.


w.k ucapkan terima kasih kepada en md Darus yang sudi membantu.




kesal dengan sikap kontrakter...

foto ni di ambil pada jam 11.15am, 7hb 09.2009.
setelah beberapa aduan telah diterima oleh pihak JKKK dari masyarakat kampung.


ini lah dia tiang pagar baru yang diganti oleh kontrakter
gambar di ambil pada jam 2.00pm 08hb 09 2009.

w.k di maklumkan oleh pihak JKKK bahawa aduan telah diperolehi dan pemantauan telah di buat. pihak JKKK telah mendapati bahawa tiang pagar tanah wakaf telah patah pada 06 hb 09 2009.. Pada jam 11.27 pagi 07hb 09 2009. wakil pihak JKKK telah menghubungi pihak kontrakter. Hasil perbincangan telah diputuskan bahawa kontrakter akan mengganti dengan tiang baru.
w.k ucapkan terima kasih atas keperihatinan pihak kontrakter kerana telah berjanji dan menggantikan pagar tersebut, namun harus di ingat !!!!!!
pagar sebatang bukan hak milik JKKK mahupun individu, tetapi tiang tu adalah milik semua ahli kariah dalam kampung ini mahupun yang dah meninggal. itu adalah harta awam yang telah di minta agar pihak JKKK yang menjaganya sebagai amanah dari semua.
Doa org kampung akan termakbul. Insyallah.. Sedarlah wahai kontrakter yang berfikir keuntungan tanpa menghiraukan masyarakat.


Mana Janji ????

MANA JANJI ANDA ???



Harapan W.k agar ada pihak yang telah berjanji tu, tunaikan lah janji. lagi beberapa hari lagi syawal akan tiba. Jangan lah time mcm ni sibuk dengan sedekah sana, sedekah sini. semua nak kuar surat khabar, semua nak kuar tv. Sebelum tibanya Ramadhan pun boleh kita lakukan kerja amal, Fardhu kifayah mahupun bersedekah. Namun sedekah yang lebih afdal bagaimana???

x perlu bangga diri... w.k kesal dengan segelintir pihak...



W.k pernah paparkan kisah Pn Bidah ni, Alhamdulillah... ada segelintir pihak yang sudi membantu dengan ketelusan jiwa.. namun ada juga pihak yang sambil lewa. 16hb Ogos telah berlalu, telah 21 hari namun pihak yang berurusan dengan TNB masih tiada berita.
Kesian lah insan Warga emas bermalam dan menyambut Ramadhan dalam keadaan gelap gelita...????



Renung2 kan lahhhh....

Ahad, September 06, 2009

Sambut Syawal Menjelang.

Pada 05.09.2009 ahli belia terpaksa dipaksa bersama bergotong royong mengecat Masjid sempena untuk menyambut tibanya Syawal menjelang. Hari Lebaran yang sentiasa dinantikan.
Namun pelapis belia bwh umur pun terjebak sama.
syabas gak kepada pelapis belia iaitu naqiudin, debab, arif dan halim. 2 adik beradik yang bersemangat membantu ketika seisi program berlangsung. Bulan Ramadhan tidak menghalang belia2 ni melakukan kebajikan tanpa keluh kesah.
w.k mendoakan keredhaan dariNya agar rahmat sentiasa di sisi Insan yang mulia.
karim

seisi menyembur cat lama menggunakan pum air

am dan ijat.

ibot, bakal bilal kampung
sedang meninjau dan memastikan tangga berkualiti.


keadaan Masjid sebelum dicat
keadaan tempat wuduk sebelum dicat

membaiki kebocoran kubah

menampal zink baru.
lokasi yang disyaki puncanya kebocoran.

beristirehat

mengecat tepi bumbung
aksi gaya bebas

pemandangan atas masjid


seisi mengecat tiang tempat wuduk

muhairul dan ina
ina satu-satunya wakil beliawanis yang perihatin terhadap kerjaya amal.
sudut bumbung
jefri @ ciput
seisi mengecat tiang tempat wuduk
ina dan cepui
seisi membasuh lantai
debab, naqiudin dan halim
seisi penutup. gambaran baru masjid selepas dicat


Nazir Masjid En Zainal B Abd Wahid mengucapkan timo kacih kepada belia2 yang sanggup melapangkan masa pada bulan ramadhan ni untuk bersama2 mengecat masjid.

Harap sambutan Syawal akan meriah pada tahun ni.

Warga Kampung juga di maklumkan, tradisi ini sepatut akan sentiasa di lakukan agar sikap prihatin, keikhlasan jiwa, ketelusan budi dapat di bentuk dalam akhlak diri untuk sentiasa perihatin terhadap timbang balik di akhirat yang akan menanti pada semua umat manusia. Lakukan kan lah kebajikan amal ibadah dengan tulus.

Warga Kampung juga ucap syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat..