SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Sabtu, April 30, 2011

Program Zon Hijau @ Penyerahan anak pokok kepada penduduk taman.

Kehadiran YB Dato' Mohd Kamil dalam program pertanian yang di adakan di Balai Raya Kg Btg Rokan pada 27hb 04.2011 jam 2.30 petang kelmarin memberi kesan mendalam terhadap penduduk kampung yang hadir bersama dalam program Zon Makanan Lembah Klang yang di ajnurkan oleh Pertanian Daerah Tampin, yang mana program ini melibatkan 3 kg iaitu Kg Btg Rokan sebagai tuan rumah, Kg Mantai serta Taman Sri Intan pekan Gemencheh.
Pengerusi JKKK sedang memberi ucapan kata aluan, bersama yang hadir Pegawai pertanian Daerah Tampin Pn Sharifah , YB Dato' Mohd Kamil ( ADUN ) serta Pengerusi JKKK Kg Mantai En Abdullah
Penduduk yg hadir serta wakil2 dari penduduk Taman Sri Intan dan Kg Mantai. Kehadiran penduduk kg berbangsa india ini jelas bahawa mereka telah mula bersetuju akan program yg di anjurkan.
YB Dato' menyampaikan amanat sempena program Zon Makanan Lembah Klang ini serta merasmikan program tersebut.
YB Dato' menerima benih pokok dari pegawai pertanian Daerah Tampin Pn Sharifah
En Abdullah Pengerusi JKKK Kg Mantai mewakili penduduk kg menerima anak benih pokok.
YB Dato' menggali serta menanam sebatang anak pokok limau kasturi sebagai simbolik program ini.
YB Dato' menyiram anak benih pokok.
Setiap peserta yang hadir dari 3 kampung akan membawa balik anak benih pokok untuk satu isi rumah, program zon hijau menggalakan penduduk kampung menanam pokok.

Khamis, April 28, 2011

Program Taqarrub JASA

Pada 25hb 4 2011 isnin jam 3.00 ptg berlangsungnya program Taqarrub di bawah perlaksanaan Pegawai Khas JASA DUN Gemencheh iaitu Sdr Khanafee B Mohd Riffa. Taklimat yang di sampaikan bertujuan sebagai penghubung perantaraan antara kerajaan dengan masyarakat.
Sdr Khanafee B Mohd Riffa sedang menyampaikan taklimat, turut serta Pengerusi JKKK serta Ketua UMNO Cawangan.
Sebahagian penduduk yg berkesempatan hadir di awal program
Taklimat yg di sampaikan amat berkesan pada penduduk yg hadir serta kehadiran penduduk india bersama dalam program JKKK kali ini memberi kesan bahawa mereka juga amat  bersetuju dengan corak pentadbiran JKKK mahupun Kerajaan.

Jumaat, April 22, 2011

Battle Of The Band Pemuda UMNO Bahagian Tampin

Pertandingan Battle Of The Band anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tampin pada 23-24 hb 04 2011 pada sabtu dan ahad di Dataran Kg Tengah amat berjaya. Walaupun program julung kali dia adakan, ia nya mendapat sambutan yg amat menggalakan dari golongan pemuda2 UMNO.
Kumpulan The Last Songs dari Kg Btg Rokan.
Timbalan Ketua UMNO bahagian Datuk Nasarudin, Ketua Pemuda UMNO Sdr Mohd Isam serta pengerusi JKKK Kg Tengah Tok Joe.
Urusetia2 program dari beliawanis Kg Btg Rokan
Kumpulan Sweat Chearity
Penyanyi dari Kg Btg Rokan mendapat hamper penyertaan.

Rabu, April 20, 2011

Komuniti Policing @ Keselamatan Kampung

Perbincangan kepolisian dan keselamatan bagi Kg Btg Rokan di adakan semula selepas mesyuarat Penubuhan Kepolisian peringkat DUN pada 6.04.2011 di perkarangan balai Polis Gemencheh yg lalu, Atas usaha untuk menjaga keamanan dan permasalahan kg, Pengerusi Biro keselamatan mengambil tindakan agresif untuk menubuhkan ajk baru bagi kepolisian Kg btg rokan yang telah lama tidak berjalan dari tahun 2007. Pada 16.04.2011 jam 9.00 malam, perbincangan penubuhan berjalan dengan lancar walaupun sambutan amat menduka citakan.
Dari kiri :- Sdr Azhari (S/U JKKK/Pengerusi Belia merangkap Pengerusi Skuad Muda RELA), Tn Zulkifli 
(Imam Masjid merangkap Pengerusi Keselamatan JKKK), En Jamaludin (Pengerusi JKKK), Tn SM Abd Karim (Ketua Balai Polis), Kpl Mohd Yunus (balai polis Gemencheh) dan En Zainal (Ketua UMNO Cawangan).
Sebahagian Belia dan warga kg yg berkesempatan hadir.Sebilangan ahli belia adalah ahli RELA yang sering meronda mlm tanpa bersama dengan jawatankuasa kepolisian yang dahulu. Atas rasa keperihatinan, Skuad Muda RELA di wujudkan bagi memantau keselamatan serta menghindarkan kegiatan mencuri dan sebagainya, Selepas mesyuarat penubuhan ajk ini, satu mesyuarat khas sekali lagi akan di adakan dalam masa terdekat bagi membincang perjalanan dan susun atur perrlaksanaan. "S.M.RELA mengharapkan kerjasama dari penduduk kg yang bukan terdiri dari kalangan AJK komuniti" kata Sdr Zaidani merupakan S/U bagi S.M.RELA.

Sabtu, April 16, 2011

Program Khidmat Bakti Pemimpin Bersama Masyarakat @ Gotong Royong Membaiki Rumah

Yb Dato' Hj Shaziman, Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kawasan Tampin, Ketua UMNO Bahagian Tampin hadir bersama dalam program khidmat bakti permimpin masyarakat bersama penduduk Kg kolam Air Tampin, gerakan belia 4b kawasan serta belia2 4B sekitar Tampin,Pemuda UMNO Bahagian, wakil PPP, MIC, MCA serta RELA bertungkus lumus dalam gotong royong baik pulih rumah di kolam air tampin.Walaupun kita tidak mengenali tuan rumah, namun atas dasar masyarakat dan hidup berjiran. program2 sebegini harus di teruskan.
Amanat dari YB Dato' Hj Shaziman B Hj Abu Mansor.
Antara anggota RELA yang bersama
Beliawanis Kg Btg Rokan sempat berposing lagi.
Belia Kg yang sedang mengecat dalam rumah.
Para belia yang mengecat di luar rumah.
YB Dato' Sempurnakan tanda ingatan dari Parlimen Kawasan Tampin.
Pengerusi Belia 4B Kg Btg Rokan menerima saguhati dari YB Dato' Hj Shaziman. turut serta Tn Hj Zamrus B Hj Zakaria, Pengerusi 4B Kawasan Tampin. Baju hijau belia kg btg rokan akan sentiasa menjadi tarikan mata dalam apa juga program yg terlibat. mlm ini akan adanya mesyuarat penubuhan komuniti policing yg akan admin paparkan pula. dan banyak lagi program2 lain yg dlm perancangan.
Banyak lagi gambar2 lokasi program dlam Face Book Kg Btg Rokan. jadilah rakan FB untuk maklumat lanjut. tk.

Jumaat, April 15, 2011

Hand-on Mencantas dan Membaja siri 2.

Program bagi peserta dusun bebas kimia yang menggunakan baja organik berlangsung sekali lagi bagi sesi ke2 di Balai Raya Masjid Kg Btg Rokan pada 15hb 04.2011. Ini adalah siri kesinambungan pada 23hb 07.2010 kelmarin yang mana sesi pertama peserta di ajar teknik mencantas. Kali ini peserta di ajar teknik racun rumpai yang sesuai dan kaedah meracun yg sebenar.
Pn Nor Azizah Pem Pegawai Pertanian yang menjaga kawasan Kg sering kali membimbing peserta mahupun JKKK dalam apa jua program, Beliau menerangkan gred/kelas racun yg sesuai untuk petani2. Turut hadir Pem Pegawai Bahagian Operasi Sdr Mansor B Ghazali dan Nur Ain Pem Pegawai Pertanian Kawasan Air Kuning.
Sebahagian peserta wanita yang berkesempatan hadir
Peserta lelaki dusun organik yg hadir
Antara Belia yg bersama
Kaedah pakaian keselamatan sewaktu meracun di terangkan secara terperinci, menggunakan topeng mulut, sarung tangan dan pakaian keselamatan yang sesuai. Sdr Mansor juga menerangkan cara kitar semula bekas racun perosak. bekas yang kosong jangan di buang merata2. beliau menerangkan cara pembersihan bekas racun serta meminta agar bekas racun di hantar ke pusat pertanian untuk di kitar semula. Nantikan program pertanian akan datang pada 27hb 04 2011.

Khamis, April 14, 2011

Mesyuarat Bulanan JKKK Dun Gemencheh

Mesyuarat JKKK Bulanan yang masih berlangsung setiap bulan ke rumah setiap pengerusi JKKK dalam DUN Gemencheh adalah ilham terbaik dari YB Dato' Mohd Kamil (ADUN ) yang mana kali ini rumah pengerusi JKKK Kg Tengah iaitu Tok Joe nama sebenar En Johari Bin Majid. 
Dari kiri : Tn Hj Zainal Ariffin Bin Salleh (penghulu mukim Gemencheh), Dato' Badarudin Bin Rasid (YDP Pengerusi JKKK Daerah Tampin @ Pengerusi JKKK Kg Air Gelugor/Tenai), YB Dato' Mohd Kamil B Aziz (ADUN Gemencheh), Tok Hamzah B Pondot (Setiausaha JKKK DUN @ Pengerusi JKKK Kg Sungai Jernih), Tok Anjang @ Tok Ghazali B Arshad (Bendahari JKKK DUN @ Pengerusi JKKK Kg Jelawai)
Sebahagian Pengerusi serta Setiausaha JKKK dalam DUN Gemencheh yang berkesempatan hadir. Isu dari setiap kg akan di aju terus ke YB Dato' serta Penghulu Mukim. Perbincangan yang telus dan tersusun dan dapat di kongsi bersama oleh semua Pengerusi dalam DUN. Ada isu yang telah di selesaikan dan ada yang baru serta perbincangan program2 yang akan di laksanakan seperti menyambut kehadiran YB Dato' Seri Utama Hj Mohammad Bin Hj Hassan bulan 5, serta penubuhan Komunity Policing bagi DUN Gemencheh yang berlangsung pada 6hb 04 kelmarin.

Jumaat, April 01, 2011

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan

Persidangan UMNO Cawangan Kg Btg Rokan berlangsung pada 26hb March 2011 pada jam 3.00 ptg yang mana di hadiri oleh kepimpinan peringkat bahagian serta penduduk kampung pada hari sabtu di balai raya Kg Btg Rokan.

Bersama2 menyanyikan lagu Kebangsaan Negaraku, UMNO serta lagu Warisan

Dari kiri : Pn Khairani Bt Abdul Latif (AJK Wanita Cwg), Pn Syarifah Bt Abdulah ( K.Wanita Cwg), Pn Rosnah Bt Dato' Mohd Taha (AJK Wanita Bahagian), En Jamaludin ( Penegrusi Tetap merangkap Pengerusi JKKK ), En Zainal B Wahid ( K.UMNO Cwng), Ybhg Datuk Nasarudin B Mahamud ( Tmbln Ketua UMNO Bahagian ) dan En Johari B Abd Majid ( AJK Bahagian).
Antara wanita2 UMNO yg berkesempatan hadir.

Ucapan dari Ybhg Datuk Nasarudin yang menyentuh perpaduan, keakraban perjuangan dari akar umbi akan ketelusan memperkasakan gagasan serta mempertahankan parti keramat ini. Banyak isu2 berkaitan moral dan hala tuju ummah serta prinsip jati diri di bangkitkan.
Sebahagian wakil2 yang semat hadir
Mari daftar kehadiran di sini, keahlian seramai 169 orang dan yang berkesempatan hadir melebihi 1/4.
Sape yg datang dapat makan Satey..
Bagi menjanjikan usul mahupun cadangan biro pendidikan untuk menyumbang sedikit saguhati kepada pelajar cemerlang untuk tahun PMR dan SPM, waktu dan hari persidangan adalah yg terbaik, yg mana ia di sempurnakan oeh Ybhg Datuk Nasarudin. 2 Pelajar dari tahun PMR dan seorang dari PMR