SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, November 12, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Seluruh  Warga Kampung menyambut baik segala bantuan2 yang di salurkan oleh kerajaan, Kg Btg Rokan akan terus membantu menyampaikan pada mereka yang amat memerlukan dengan keikhlasan.

  SILA KLIK :-
  • Isi rumah yang layak (RM500):
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah:
  3. Berkahwin;
  4. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  5. Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  6. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
  •  Individu yang layak (RM250) 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia
  • Sila kemukakan salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera jika memohon secara manual
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Khamis, November 08, 2012

Ibadah Korban 2012

Ibadah korban pada tahun ini di sambut baik serta mendapat kesepakatan dalam menjayakan kewajipan tersebut. Sebanyak 5 ekor lembu di korban kan pada tahun 2012 ini. Di laksanakan pada hari sabtu seawal jam 8.30 pagi di perkarangan Masjid Kg Btg Rokan pada hari raya ke dua.

proses penyembelihan
 
 proses menimbang dll.
Tenaga yang di hulurkan seikhlas jiwa dalam menghayati ibadah korban akan mendapat hidayahNya. Moga perpaduan ummah yang di kecapi ini akan berlangsung selamanya.

Selasa, November 06, 2012

Futsal Crazy Friendly PDM P133/N35/03 Kg Rokan

Program yang di rancang oleh PDM Kg Rokan pada 27hb 10 2012 iaitu Crazy Friendly telah berlangsung dengan jayanya. Pada pagi raya ke dua tersebut semua warga Kg telah terlibat dengan program Ibadah Korban, dan pada jam 5 petangnya pula warga Kg Btg Rokan dan Kg Ulu Rokan telah berkumpul di Gelanggang Futsal 1 Malaysia di Kg Btg Rokan.

Seisi pendaftaran dan Taklimat
Perlawanan Kanak2 bawah 12 tahun (3 pasukan)
Pasukan Wanita + Beliawanis 2 team.
Pasukan Veteran + pemuda + VIP lawan 2 team shj. ( Ketua Pemuda BN Bahagian Tampin dan Ketua Pemuda MIC Bahagian)
Ni Pasukan Pemuda Juara dan Naib Juara.
Cenderahati serta Cabutan Amal di sampaikan oleh Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa ( Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin)

Modul operandi yang jelas, di mana program Crazy Friendly Futsal ini bukan menentukan kemenangan menjuarai perlawanan. Setiap pasukan yang di bentuk terdiri dari peserta yang di rojak antara 2 kampung. Dan kutipan derma dan cabutan amal pada malam tersebut juga berjaya dan segala kutipan di serah terus ke wakil penerima yang memerlukan..