SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Mei 28, 2010

Bersama Program Rakan Pengguna....


Program yang telah di jadualkan di Bayu Beach Resort Port Dickson telah berlangsung pada 25 mei 2010 dari jam 9.00 hingga jam 2.00 petang, Walaupun bagaimana yang dirancang untuk sampai awal, Namun Tok Din sampai juga, cuma lewat setengah jam. Kehadiran peserta dari sekitar Daerah terpilih di Negeri Sembilan amat memberansangkan. Program ini telah di rasmikan oleh Y.B Datuk Hashim Bin Rusdi , Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Sembilan.

Tok Jamal, Penghulu dan Datin..

Tok Jamal adalah nama panggilan penghulu kepada pengerusi JKKK Kg Btg Rokan, Jelas lah mulai sekarang nama Tok Din akan terus di gantikan dengan nama Tok Jamal.. ok x ?

Selasa, Mei 25, 2010

Sarang Burung Walit..

Pihak JKKK sering terima aduan dan demi aduan tentang projek tandas Wanita yang sesuai untuk sarang burung walit di Masjid Kg Btg Rokan, Kekecewaan semua pihak dalam kampung ini amat merugikan kepada pengguna, lebih-lebih lagi wang rakyat. Projek tanpa peta, spek kerja mahupun draf ini adalah projek kelas F. Kontraktor berjayo la katokan.. Lebih baik bagi kami penduduk kampung buat gotong royong, mungkin boleh buat tandas tambahan untuk lelaki pula dari kos yang di nilaikan...

lubang untuk burung keluar masuk.

Dengan gambaran yang jelas pada Foto ni, menunjukkan satu lubang angin pun x ada. mcm stor pun ye juga, dan tandas pula mcm tandas awam. kalau tepi jalan tentu masyuk juga duit kan..
Sila la perihatin wahai kontraktor, guna la akal yang di beri. Elok lagi tandas kat rumah puan saya, itu pun atok yang buat tanpa spek, draf mahupun peta.. dan x guna lesen kelas F.. 
Paparan ni sebagai rujukan buat semua, beri la pandangan yang logik.. apa ke jadah nya kontarktor yang x fikir kerja akhirat.. 
Marilah pemimpin mahu pun pemimpin peringkat tertinggi datang buat lawatan atau MERASMIKAN projek burung walit ni. agar dapat menjana tabung Masjid

Mesyuarat Khas kali ke Tiga..

Jam 9.00 malam pada 22.05.2010 satu mesyuarat khas semua pertubuhan kali ke tiga Kg Btg Rokan telah berjalan lancar, Di pengerusi kan oleh Tok Jamaludin membentang dan menghuraikan segala program2, yang telah dan akan berlangsung termasuk segala permasalahan penduduk kampung yang harus di perjelaskan dari sudut kerohanian mahupun kemasyarakatan. Dengan kehadiran hampir semua ajk dalam pertubuhan telah memudahkan penyelesaian sesuatu perkara

Ajk Pemuda, Belia dan Ajk UMNO

Ajk Wanita, Ajk UMNO

Gaya Bebas Belia Kg..

Menghurai sesuatu masalah bukan perkara mudah, dan untuk mencari kata sepakat pun sukar jika semua ajk tidak bersama untuk mencari penyelasaian. 
Atas kata2 sepakat, semua akan berjalan lancar, namun perkara berbangkit akan di bawa ke mesyuarat khas kali ke empat pada penghujung bulan 6 ini. Segala usaha akan di mantapkan agar pentadbiran baru JKKK dan barisan pertubuhan yang lain mengorak langkah untuk mengubah persepsi kehidupan masyarakat agar terbuka luas.


Jumaat, Mei 21, 2010

Yang Berat Sama Di Pikul....

Pada 21hb 05.2010 tepat jam 12.20 tengahari w.k terima panggilan talipon , bergegas w.k ke lokasi yang di nyatakan, ingatkan w.k yang pertama. Rupanya lagi ramai dan pantas sebelum w.k sampai.. Begitu lah cekapnya peranan pemuda kg btg rokan apabila menerima sebarang permasalahan dalam kg ini. Kejadian yang di maksudkan ialah sebatang pokok tumbang dan menghalang keseluruhan jalan menghala ke Felda Bukit Rokan.

Apabila w.k sampai cantasan dahan pokok telah di lakukan oleh pemuda2 kg agar memudahkan kenderaan kecil melepasi halangan tersebut.

jam 12.45 pihak selia selenggara dari Gemencheh tiba membantu memotong dahan2 agar mudah di ketepikan, agak besar juga pokok ni.

Jam 12.55 segalanya selesai.. x sangka juga... atas usaha semua pihak yang berat tetap akan jadi ringan. Bakti tenaga yang semua pihak hulurkan amat di hargai. Kegigihan dan kemuafakatan begini harus di pupuk ke generasi akan datang.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Namun semua akan jadi ringan atas kesefahaman dan ikhlas dalam memperjuangkan yang Fardhu..

Bacaan Yassin Setiap Malam Jumaat

Mengikut Takwin masjid, setiap malam jumaat mengadakan majlis bacaan yassin. dan ini lah gambaran majlis yang berjalan lancar dan mendapat sambutan yang agak baik. walaupun di akui sambutan kadang2 bermusim, namun barisan pentadbiran akan sentiasa berusaha untuk terus memupuk semangat dan iltizam agar majlis begini akan mencuri hati penduduk kampung

hujan lebat turun pada lewat petang tersebut, dan secara tidak langsung aduan tentang masjid bocor yang dalam proses baik pulih tetap akan di paparkan sebagai bukti keadaan sebenar.
syiling yang telah reput dan lantai yang basah

hakisan syiling serta cat2 yang gugur akibat hujan

sekadar tatapan umum dan masalah ini sedang dalam proses untuk di baik pulih, kontraktor yang terlibat telah menilai kos kerja dan segala aspek yang perlu di perbaiki.
 

Mesyuarat JKKK kali ke 2 2010.

Mesyuarat JKKK kali kedua berlangsung pada 20hb 05 2010 khamis jam 3.00 petang. Hadir sama ialah Penghulu Mukim Tuan Zainalariffin Bin Salleh. Ada segelintir masalah berkaitan masyarakat dan pembangunan yang akan di panjangkan ke peringkat daerah, dan permohonan demi permohonan akan terus di susuli.

w.k lupa nak tangkap gambar pengerusi JKKK serta penghulu, namun yang penting mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah.. dan ada beberapa perkara yang akan di bawa ke mesyuarat semua pertubuhan dalam kampung yang akan w.k paparkan nanti.

Khamis, Mei 20, 2010

Mesyuarat Pertandingan Keceriaan Di Kg Tenai..

Mesyuarat Pertandingan Keceriaan Kampung Kawasan Dun Gemencheh kali ke dua telah berlangsung pada 19hb 05.2010 pada jam 2.30 petang. Di pengerusikan oleh Pengerusi JKKK Kg Tenai En Baharuddin B Ab Rashid merangkap pengerusi pertandingan keceriaan, En Anuar B Ali Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan KEMAS Dun Gemencheh serta Cik Darishawati dari PDT Daerah dan semua pengerusi JKKK dalam Dun Gemencheh.

Kg Btg Rokan tidak terkecuali dalam jemputan mesyuarat tersebut, Banyak perkara rumit yang telah di jelaskan secara terperinci oleh Pengerusi, di mana berlaku salah faham yang sebelum ini dapat di selesaikan. Semua pengerusi JKKK menyahut cabaran ini, lebih2 lagi 8 dari 10 kampung tradisi yang belum pernah masuk pertandingan.

 
Peruntukan hadiah yang di beri oleh Y.B adalah sebagai satu semangat kepada semua pengerusi menjalankan kegiatan2 di kg masing2. 3 kategori di bahagikan iaitu kampung tradisional, kampung dalam bandar dan Felda. Bermula dari 16 06 2010 hingga 16 09 2010. satu cabaran yang begitu padu buat semua pengerusi semua kg menjalankan kewajipan nya dalam tempoh 3 bulan tersebut. Harapan Tok Baharuddin adalah, ini merupakan satu perjalanan atau langkah baru untuk semua pengerusi JKKK serta ajk JKKK mengorak langkah ke satu industri keceriaan dalam kampung masing2. keyakinan begitu kuat akan mengubah infrastruktur dan kesefahaman dalam kampung masing2.

Dan semoga maju jaya...


Rabu, Mei 19, 2010

Program Membasmi Musuh Tanaman

Satu program membasmi musuh tanaman julung-julung kali di adakan dalam Dun Gemencheh pada 18hb Mei 2010 di Kampung Batang Rokan. Antara Jabatan Kerajaan yang terlibat ialah Bahagian Keselamatan Pejabat Tanah dan Daerah Tampin, Rela Daerah, Perhilitan Negeri, Majlis Daerah Tampin, Polis Gemencheh serta AJK JKKK dan penduduk kampung.


Taklimat ringkas oleh En Jamaludin ( Pengerusi JKKK ) pada sesi pagi serta En Saidi dan En Sobri untuk memudah dan melancarkan perjalanan operasi dan pembahagian kumpulan. Hampir 40 orang yang telah terlibat bersama dalam operasi ini.



Sekalung Penghargaan Terima Kasih dari YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz kepada semua yang terlibat sama dalam menjayakan program ini. Beliau telah menyatakan akan menyalurkan sumbangan bagi tahun 2011 sebanyak RM3k untuk program yang akan datang, dan beliau juga memaklumkan akan memberi sumbangan RM300 kepada Kampung Sungai Jernih/Air Rawa, Kampung Sri Jelai Sg Dua dan Kampung Pondoi Dun Repah untuk program yang sama. Beliau juga akan menyalurkan sebanyak RM2k kepada Perhilitan Daerah Gemas untuk membina perangkap monyet baru.




Ucapan Terima Kasih Dari Pengerusi JKKK, Ajk JKKK dan penduduk kampung batang rokan kepada terutama YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz, En Abdul Rahman B Unus ( Bahagian Keselamatan Daerah ), En Mohd Saidi B Mohd Sharir ( Pegawai Rela Daerah ), En Sobri B Abd Latif ( Perhilitan Daerah Gemas ), En Abas B Hj Ahmad ( Majlis Daerah Tampin ), En Karim ( OCS Balai Polis Gemencheh ) serta kakitangan jabatan-jabatan yang terlibat sama.

Walimatul Urus

Satu Kad Jemputan telah di terima oleh Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan. Kad yang menarik ini adalah kad jemputan ke Majlis Perkahwinan anak Y.A.B Dato Seri Utama Haji Mohamad B Haji Hasan dan Y.M Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin pada 06 Jun 2010 di teratak kediaman Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan.

Majlis Persandingan Amri Dato' Seri Utama Haji Mohamad 
dengan
Nurlita Ayu Tan Sri Adam

Siap peta lagi ke lokasi.

kami warga kampung mengucapkan 

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.......




Isnin, Mei 17, 2010

Lawatan Tapak....

Satu serbuan rombongan kontraktor dan Pegawai Felcra untuk melawat tapak telah berlangsung di Kg Btg Rokan pada 17 Mei 2010 jam 10.30 pagi. Rombongan bersama dengan pengerusi JKKK Kg Btg Rokan untuk melihat keseluruhan kawasan tanah kg yang telah terlibat dengan program tersebut. Seluas 45 Hektar kawasan yang terbiar di sekitar Kg Btg Rokan, Kg Ulu Rokan dan Kg Tengah. 2 kampung tersebut telah dimasukan dalam kelompok Kg Btg Rokan.

membincang dan menunjukan lokasi di dalam peta.

sebahagian kontraktor yang datang melawat tapak.

Pihak JKKK tidak mengharap atau memilih atau mencadangkan mana2 kontraktor yang terlibat dalam tender tersebut, apa yang di harapkan ialah semua projek pemulihan akan menjadi kenyataan dan mampu mengubah ekonomi pemilik tanah selepas hasil di keluarkan nanti, w.k akan sentiasa memaparkan kisah2 selepas ini. untuk pengetahuan umum serta masyarakat akan program kerajaan yang akan menjana ekonomi penduduk setempat.

Rabu, Mei 12, 2010

Terima Kasih TNB..

Selepas lawatan pihak TNB pada 7hb kelmarin, tindakan segera telah mereka lakukan, pada 11hb 5 sekali lg pihak TNB menyerbu masuk ke Kg Btg Rokan untuk melaksanakan kerja untuk rakyat. w.k hanya paparkan kisah di hadapan balai raya, di mana pengikat kabel tersebut telah tercabut. lokasi kerja mereka di Masjid, tiang2 di jalan rangkaian serta menukar lampu yang rosak telah mereka lakukan.

lebih dari 4 jentera kerja di hantar oleh TNB, membuatkan org kg tertanya2..
sekumpulan tenaga di kerah untuk menukar dan memasang pengikat kabel.

ini lah gambaran sebelum...

pihak w.k bagi lagi markah penuh kepada pihak TNB atas urusan mudah kerja yang mereka lakukan, dan secara tidak langsung segala kebaikan dan kebajikan yang kita sama2 lakukan tidak akan di kritik lagi. 
bukan mudah nak menyanjungi hati manusia. selagi nafsu menjadi raja. setelah apa yang pihak JKKK lakukan, tohmahan tetap ada. buruk dan baik tetap di terima.ini lah pengorbanan sebelah mata selepas hati diteroka oleh durjana.. 

Selasa, Mei 11, 2010

Belia menyahut cabaran..

Gerakan Belia 4B serta Pemuda UMNO kampung batang rokan akan mengadakan perlawanan Bowling tertutup pada tarikh yang di rahsiakan. Setelah aturcara program telah di perbincangkan, secara tidak langsung ramai ajk gerakan belia serta ahli belia/pemuda telah mula berlatih untuk merebut piala kemenangan yang tak ternilai dengan kasih sayang dan kemuafakatan. Semarak persahabatan yang tersemat di kalangan belia ini harus di pupuk dengan perkara ilmiah dan yang mendatangkan faedah buat mereka.

w.k sentiasa bersama dalam kepimpinan gerakan belia ini mahupun pemuda UMNO. walaupun mereka ini melakukan pelbagai aktiviti tanpa ditaja atau dana dari mana2 pihak mahupun dari PU Bahagian, namun semangat terus membara bersama2 untuk mengorak langkah generasi akan datang.

nantikan perlawanan bowling dan jamuan makan malam semua gerakan ahli Belia serta Pemuda UMNO kg btg rokan.

Isnin, Mei 10, 2010

Belia BBQ..

Jam 9.00 malam 8.05.2010 satu program Gerakan Belia Kg Btg Rokan telah berlangsung. tanpa penaja dan tanpa protokol, semua program berjalan lancar dan meriah. Malam tersebut w.k di jamu dengan ayam panggang serta makanan2 lain. Amat bermakna sekali program ini dan  bukan lah program yang pertama kali di lakukan oleh Belia2 kampung,asalkan ada kesepakatan semua akan jadi nyata, kegiatan begini sekali gus merapatkan siratulrahim antara sesama.

chef tanpa sijil.

foto x menarik, lokasi gelap.

Kegiatan begini adalah menjadi lumrah bagi belia2 kg ini sejak dahulu lagi dan kegiatan ini sering berulang pada masa yang tidak menentu. dan sememang nya harus si pupuk ke generasi akan datang.Syabas dan tahiah atas semangat yang telah semua lakukan.