SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Julai 08, 2011

Perlawanan Bola Sepak 7 Sebelah Zon Rokan 2011

Perlawanan Persahabatan 7 sebelah bagi Zon Rokan 2011 pada 3hb 07 2011 telah berlangsung di padang Sekolah Rokan yang mana melibatkan 5 buah Kampung iaitu Kg Rokan, Btg Rokan, Rokan Utara serta Kg Tenai dan Kg Pondoi yang menyaksikan 9 pasukan berlawan secara liga.
Sdr Azhari Ketua Pemuda Cwg Kg Btg Rokan membantu Sdr Mazudin Ketua Pemuda Cwg Kg Rokan ketika menjayakan program perlawanan ini.
Kaunter pendaftaran peserta di bantu oleh Beliawanis Kg Btg Rokan
sewaktu perlawanan menentukan tempat ke tiga dan ke empat yang melibatkan pasukan dari Kg Tenai yang di ketuai oleh Ketua Pemuda Bahagian Sdr Mohd Isam B Mohd Isa (seluar panjang) dan bertemu Kg Rokan C yang di ketuai oleh Sdr Mazudin B Ahmad Ketua Pemuda Cwg Kg Rokan.
Sesi bergambar sebelum perlawanan akhir antara Kg Btg Rokan (baju kuning) dan Kg pondoi (baju hitam)
Azhari selaku urusetia membantu Kg Rokan sebagai tuan rumah program 7 sebelah dan Sdr Mazudin (ketua Pemuda baju putih) adalah penganjur Utama dan di sokong Pengerusi JKKK En Rashid (baju belang) dan di Bantu oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian (baju biru).
Sebahagian pemain yang bersama
Bergambar kenangan Naib Johan Zon Rokan iaitu Kg Btg Rokan A
Johan Zon Rokan dari Kg Pondoi
Cenderahati dari Ketua Pemuda serta Pengerusi JKKK.
Program persabahatan bola sepak 7 sebelah Zon Rokan 2011 yang di anjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Rokan berjalan dengan lancar. Yang melibatkan 9 pasukan dari 5 Kg. program begini sedikit sebanyak merapatkan silatulrahim antara sesama pemuda2 umno dari cawangan yang terlibat.

Khamis, Julai 07, 2011

Malam Mesra Di Teratak Ct Rosdin

Jam 4.00 petang 2hb 07.2011 sabtu,Program malam mesra yang di jadualkan berlangsung dengan program memancing kategori wanita dan di ikuti lelaki dari jam 4.30 hingga jam 6.30 petang. Pada jam 6.45 petang acara mencokau itik di dalam kolam pula akan berlangsung, yang mana itik akan di lepaskan oleh tuan rumah iaitu Ybhg Datuk Nasarudin B Mahamud.
Sebahagian peserta wanita yang memancing
Kaunter pendaftaran
Sebahagian peserta lelaki yang turut serta
Acara Cokau Itik dalam Air
Tanda Kenangan dari Warga Kampung Batang Rokan buat Ybhg Datuk Nasarudin Bin Mahamud @ Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin merangkap tuan punya rumah Teratak Ct Rosdin.
Program anjuran bersama semua pertubuhan dalam Kampung yang melibatkan UMNO Cawangan, Belia 4B Cwng, Wanita dan Pemuda UMNO amat meriah. dengan pelbagai hadiah yang di sediakan termasuk cabutan bertuah. Ybhg Datuk Nasarudin sebagai tuan rumah telah menyediakan juadah makan malam iaitu nasi lemak, Ikan Bakar dll. Warga Kg juga melayarkan Slide Show pelbagai program dalam kg sebagai tatapan umum serta permainan In door game.
Warga Kg amat merasa bangga atas kerjasam semua pihak secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan program tersebut, lebih2 lagi kepada Datuk nasarudin yang membantu dari awal hingga akhir program tersebut. tak mustahil program begini boleh di jadikan acara tahunan.
gambar lain dlm Face Book Kg Btg Rokan.