SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Jun 01, 2010

Takziah...

Dua lemas dipukul ombak besar di pantai Masjid Tanah

2010/05/30

MASJID TANAH: Dua sekeluarga ditemui lemas dipercayai dipukul ombak besar ketika cuba memasang jaring untuk menangkap ikan di Pantai Padang Kemunting dekat Pengkalan Balak, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, kedua-dua mangsa yang dikenali Abu Muthalib Abu Bakar, 42, dan Mohd Norizal Mohd Yusof, 31, masing-masing dari Taman Gunong Mas dan Taman Clonlee 2, Tampin, Negeri Sembilan dipercayai maut selepas gagal berenang ke pantai sejurus dipukul ombak kuat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, berkata ketika kejadian mangsa bersama seorang abang ipar, Mohd Nor Mohd Yusof cuba memasang jaring di pantai berkenaan jam 7.30 pagi apabila tiba-tiba mereka dihempas ombak kuat.

"Bagaimanapun, Mohd Nor, 44, berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan tetapi tidak sempat membantu dua lagi iparnya yang kemudiannya ditemui lepas oleh anggota skuba Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Masjid Tanah tidak jauh dari kawasan muara dengan mangsa pertama Mohd Norizal ditemui jam 9.30 diikuti mangsa kedua pada jam 9.55 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.petikan dari berita harian :-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DualemasdipukulombakbesardipantaiMasjidTanah/Article

Salam Takziah dan ziarah YB Dato serta Datin ke rumah Pn Jamaliah Bt Sarip Ibu kepada Arwah Mohd Norizal Mohd Yusof di Kg Btg Rokan. Arwah adalah pemuda kg ini yang ceria dan aktif dalam apa jua aktiviti masyarakat. Telah berkahwin dengan seorang gadis dari Kg Pondoi dan mempunyai 2 cahaya mata. w.k redha dengan ketentuan illahi, dan arwah ada bersama dengan w.k pada hari sabtu sebelum kejadian tersebut di Felda Bukit Rokan Barat di Majlis Persandingan kawan2 sekolah.

SAMA-SAMA LAH KITA MENDOAKAN AGAR ROH ARWAH, MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH....SEMOGA IA DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG2 YG BERIMAN...AMIN....

1 ulasan: