SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Februari 23, 2010

Lawatan Perhilitan


Pada 11 Februari 2010,surat dari JKKK telah di hantar ke Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan setelah aduan dari penduduk menyatakan masalah beruk, kera yang banyak. Hingga menggangu ayam ternakan, buah buahan hingga kan menyerang kanak2 sekolah. walaupun gangguan menyerang kanak sekolah tidak menyebabkan sebarang masalah, Namun tindakan harus di buat. Pihak JKKK telah di beri tanggung jawab akan masalah tersebut. Lantas kerana rentetan penduduk masalah tersebut di ajukan ke Jabatan Perhilitan.

Hari ini 23hb Februari 2010, Pihak JKKK telah menerima lawatan dari Jabatan Perhilitan untuk bersama memantau masalah binatang liar ini.



 


  
 Tok din sedang menceritakan masalah penduduk berhubung tentang beruk, monyet dan kera liar kepada 3 org wakil dari Jabatan tersebut.

 Pihak JKKK mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan dan kerjasama segera yang telah pihak Jabatan Perhilitan lakukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan