SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Februari 22, 2010

Akademi Sukan Pencak Silat

Salam Hormat buat tetamu Kampung Batang Rokan.

Syukur atas ke hadrat illahi, Pemuda dan Gerakan Belia Kampung Rokan dapat bersama dengan Akademi Sukan Pencak Silat pada 21hb 02 2010 ( Ahad malam ). Dengan Kehadiran Saudara Zul, En Hanafi, Ayang, Mana dan Abg Yusri dan dari cawangan2 lain seperi Bukit Rokan, Gemas, Jelai, Gemencheh dan pelbagai lagi.
kehadiran mereka semua untuk memberi sedikit sebanyak taklimat akan program dan tujuan sebenar untuk pembukaan gelanggang di Kampung Batang Rokan.
Konsep yang di bawa harap akan dapat merubah kehidupan remaja2 kg ini agar sentiasa aktif dalam pelbagai program.





  


  


  
 Abg Zul begitu asyik menerangkan agenda dan tujuan beliau.

  
 persembahan mo tai..

terlalu ramai wakil-wakil yang hadir dan tidak dapat dinyatakan kesemuanya.
malam tersebut di persembahkan dengan Langkah Silat, Mo Tai dan permainan Api..
( foto x beberapa menarik, x dapat di siarkan. harap maaf )

Namun hasrat yang di utamakan.. nantikan kisah kemunculan gelanggang pada akan datang.

terima kasih tak terhingga buat Sdr Md Jefri dan Sdr Rozaimi sebagai pengerusi Akademi pencak silat cawangan Kg Btg Rokan yang banyak membantu Gerakan Belia 4B/ Pemuda dan JKKK Kg.

kesungguhan beliau akan sentiasa di dokong dan di sokong oleh semua pihak. Dan beliau berharap agar ada pihak yang akan sudi menghulurkan sumbangan keewangan ataupun penaja baju dan sebagainya nanti.


 

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama14 Julai, 2010

    tahniah buat abang nain,abg mana dan penduduk kampung batang rokan,semoga dengan adanya pembukaan gelanggang baru ini dapat mendidik anak belia untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah,TAHNIAH!

    BalasPadam