SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Disember 30, 2010

Pertanian membantu peserta dusun organik

Pemindahan dan pengagihan baja kepada peserta dusun organik Kg Btg Rokan telah masuk ke fasa dua, di mana pengagihan baja tambahan telah di lakukan pada 29/12/2010 sebagai agihan akhir tahun kepada peserta dusun organik bebas kimia Kg Btg Rokan.Terima kasih x terhingga kepada Pn Norazizah yang bertungkus lumus membantu pihak JKKK mahupun individu bagi merencanakan hala tuju pertanian maju di Kg Btg Rokan. Bimbingan terperinci amat mudah di perolehi dari beliau.
 Tenaga belia memindah baja dari stor pertanian asahan Gemencheh ke atas lori.
memindahkan baja ke salah satu dari 12 buah rumah yang terlibat dalam program dusun bebas kimia.
Hasil buah kedondong di salah sebuah rumah peserta dusun bebas kimia
Tengok tu buah mata kucing siam..
Buah mata kucing siam yang lebat ranum, hasil baja organik bebas kimia.Pihak JKKK juga mengambil berat akan permasalahan peserta dusun bebas kimia ini agar perancangan yang di atur terhasil. Walaupun peserta ada yang mengadu bahawa hasil banyak di rosakkan oleh kera dan monyet. tapi itu bukan lah alasan untuk tidak menambah hasil buah2 an peserta tersebut..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan