SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Februari 03, 2010

Belia Kompang..


Kompang
ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing


Pasukan belia kompang telah lebih lama di tubuhkan di Kampung Batang Rokan, dari satu generasi ke satu generasi pasukan kompang ini beralih. Namun pasukan ini masih aktif walaupun hanya sekadar berhibur untuk penduduk kampung. Untuk tahun 2010 pengambilan peserta baru telah di adakan untuk menyambung sejarah tradisional ini agar tidak lenyap.


kelibat hero plak dalam ni..

sifu x do sijil. ( Ciput )








Persatuan Belia Kompang Batang Rokan telah mengambil tenaga baru, iaitu bakal pelapis akan datang. Sejak pendaftaran di buka pertengahan Januari 2010, telah hampir 20 orang peserta baru yang mendaftar. Ini adalah sebahagian langkah memupuk remaja agar tidak membuang masa melepak dan sebagainya ketika malam minggu. Hasil perbincangan bersama dengan ajk belia kg, waktu latihan telah di tetapkan setiap hari sabtu malam ahad sahaja. Kerana ia tidak melibatkan jadual lain, seperti kelas agama di masjid, kelas tuisyen dan sebagainya.

memimpin remaja sekarang bukanlah perkara yang mudah seperti remaja tahun 80an. Zaman kini remaja lebih giat kepada sosial dan sebagainya. Masalah ini melibatkan kesemua aspek masyarakat. Bermakna masyarakat adalah subjek utama yang lebih memberi tumpuan demi masa hadapan anak2 muda ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan