SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Februari 01, 2010

Lawatan Penghulu Mukim



Terima Kasih kepada Penghulu Mukim Gemencheh Tn Zainal Arifin yang sudi meluangkan masa berjumpa dengan Pengerusi JKKK Kampung Batang Rokan pada 29hb kelmarin. Walaupun kehadiran beliau tidak rasmi, namun banyak perkara yang di bincangkan. Kepimpinan beliau untuk sentiasa bersama dengan akar umbi jelas membayangkan beliau sentiasa perihatin dengan apa jua permasalahan dan agenda dalam kawasan Gemencheh. Terpancar di raut wajah nya yang sentiasa mengharapkan semua JKKK Kawasan gemencheh agar bersama menunaikan kewajipan sebagai membela nasib rakyat, lebih2 lagi penduduk di kawasan sendiri. masalah penduduk kampung harus kita sebagai pemimpin mengambil tindakan yang wajar demi kepuasan mereka. Banyak juga ilmu, kesefahaman dan tatakerja yang di maklumkan oleh penghulu. Apa yang di harapkan olehnya pasti semua pengerusi JKKK dalam Gemencheh akan akur, kerana laporan tindakan JKKK dalam ADUN darinya akan di sampaikan ke kepimpinan yang lebih tinggi untuk rujukan pihak yang berkenaan.


berbincang isu semasa.


Walaupun kehadiran Penghulu melibatkan aduan permasalahan JKKK mahupun penduduk kampung, namun keluh kesah dari pihak JKKK sentiasa di terima nya. Beliau juga telah melihat sendiri akan lalat yang banyak di kampung ini..

Terima Kasih Dari Semua Penduduk Kampung Atas Keperihatinan beliau termasuk juga seorang wakil dari Pejabat Tanah Tampin En firdaus.


Copy link Dari Tok Nal.. Tanda keperihatinan beliau terhadap permasalahan masyarakat.

http://toknal.blogspot.com/2010/02/siasatan-aduan-awam.html

Monday, February 1, 2010

SIASATAN ADUAN AWAM

TOK Nal bersama dengan Penolong Pegawai Petempatan, Pejabat Tanah Tampin Encik Firdaus dan Ketua Kampung Batang Rokan Tok Din meninjau keadaan tanah yang di pohon oleh penduduk untuk dijadikan jalan kampong .

Permohonan pertama ialah membina satu jalan baru , bagi kemudahan pemilik tanah ke kebun mereka melalui estet dimana jalan ladang sedia ada yang dimiliki pihak estet , telah dipagar .

Dicadangkan supaya akta pengambilan balik tanah diguna pakai untuk tujuan itu dan kos sedang ditaksirkan oleh SO untuk pertimbangan kerajaan .

Jika bersesuaian dan kosnya tidak terlalu tinggi serta di persetujui Kerajaan Negeri , cadangan itu akan dilaksanakan dan jika tidak , jalan alternatif lain akan di pertimbangkan .

Begitu juga rezab jalan yang diguna pakai oleh pemilik tanah bersebelahan dengan rizab itu dan dipagar untuk tujuan keselamatan kebunnya .

Menurut Tok Din perbincangan dengan pemilik tanah sebelahan rizab itu telah diadakan dan pemilik itu bersetuju untuk membuka pintu pagar tersebut apabila di minta oleh penduduk kampong .

Tok Nal beranggapan bahawa isu itu selesai dan kerjasama JKKK Kg Batang Rokan dipohon bagi memaklumkan kepada orang ramai berhubung kedudukan dua isu dalam aduan awam tersebut .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan