SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Februari 19, 2010

Demi Keselamatan


Tepat jam 11.55 Malam 18hb 02 2010 satu tangkapan di buat atas keperihatinan dan sikap demi bersama telah di lakukan di Kampung Batang Rokan dengan kerjasama Belia2 kg, Ajk JKKK serta 2 orang Wakil Balai Polis Gemencheh. 2 orang suspek yang membawa motor lari sejauh anggaran 1 km di sekitar kampung berjaya di tahan oleh Belia2 di Jalan Sentang. Suspek di tahan untuk soal siasatan dan teguran oleh Kpl Rosly dengan Abg lan. Tindakan Belia kg wajar, walaupun kes tidak dapat di sangkutkan, Pihak JKKK mengucapkan terima kasih tak terhingga atas keperihatinan dan tanggungjawab bersama mencegah yang mungkar..Dan terima kasih juga kerana tidak melakukan keganasan.



Dua orang suspek yang di tahan di lepaskan selepas di bawa ke balai polis.. Teguran dari ahli belia dan polis harus di jadi kan ikhtibar di lain masa. Aduan dan rungutan dari masyarakat setempat harap dapat di selesaikan. Rondaan malam tersebut di lanjutkan hingga awal pagi..

1 ulasan:

  1. lopeh ni budak² kg boleh la mohon RELA...lopeh tu mintak senapang..kg kito patut ee dah ado senapang asyik org bukan Melayu yo dapek...

    BalasPadam