SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Januari 07, 2010

AL - FATIHAH.

Salam Takziah kepada seluruh keluarga dan warga kampung. dan al-fatihah buat Arwah
Tn Hj Atan B Daud, Sufiah Katas, Ismail Awang dan Siti Khadijah Ismail........

SAMA-SAMA LAH KITA MENDOAKAN AGAR ROH MANGSA KEKEJAMAN INI, MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH....SEMOGA IA DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG2 YG BERIMAN...AMIN....

manusia sekarang mudah sangat hilang pertimbangan serta kewarasan, dimanakah terletaknya keimanan mereka, sanggup memperlakukan kekejaman sesama manusia. Namun hanya Allah yang maha mengetahui. Apa yang terjadi tetap akan terjadi, Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa.

Untuk makluman semua, Arwah Tn Hj Atan adalah bekas Ketua Kampung dan Imam Kampung yang bersikap Funny dan mudah mesra kepada sesiapa, dan Arwah memang mudah di fahami mahupun di dekati. Arwah telah banyak berjasa di kampung ini dari segi kemajuan dan lain2. Semenjak memegang jawatan tersebut arwah aktif dalam apa juga program samada melibatkan pihak ADUN mahupun Bahagian. Sejak Arwah Y.B Dato' Mohd Taha B Abd Talib menjadi ADUN
(Y.B telah meninggal pada 14 april 1982 )
dan kemudian di ambil aleh oleh Y.B Dato' Waad. Namun Arwah masih gagah meneruskan perjuangan untuk memajukan Kampung ini. Prasarana yang di perolehi atas usaha Arwah terus menjadi kenangan kepada warga kampung.

w.k ada bersama selepas kejadian, dan w.k juga adalah yang terawal mendapat maklumat selepas Siti Mariam memaklumkan kejadian kepada abg nya Md Jefri yang berada di Seremban. w.k sampai ke rumah mangsa tepat jam 4.15 di susuli oleh anggota polis dari pekan Gemencheh. w.k x dpt nak gambarkan keadaan mangsa, biarlah ia menjadi memori yang x lupus dari pandangan. Terlalu kelu lidah untuk di nyatakan kisah tragis ini. Lebih2 lg melihat Atok Atan telah rebah ...........

Suspek kejadian iaitu Rashidi adalah cucu kepada Arwah Tn Hj Atan, Beliau ini adalah seorang yang periang, penyayang dan rajin dlm menguruskan hal keluarga. Sejak kecil w.k bersama dng Rashidi, bermain bola, sekolah, mandi sungai sehingga beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah agama. apa yang w.k ingat, Rashidi sepatutnya melanjutkan pelajaran ke mesir, ttp w.k x pasti knp beliau x kesampaian untuk ke sana.Beliau juga adalah graduan dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) di Skudai Johor.

apa yang w.k faham, perangai beliau mula berubah selepas beliau putus tunang. w.k harap kpd bekas tunang beliau, ingat lah jasa yang beliau lakukan. Beliau terus berubah menjadi murung, pendiam, memencilkan diri dan jarang balik ke kg. Semenjak itu juga w.k semakin jauh dari beliau, begitu juga dng rakan/ kawan2 skg yang lain..

w.k kesal dng kejadian yang x sepatutnya berlaku ini. Berkemungkinan beliau terlalu emosi ataupun tekanan perasaan yang telah di pendam nya.???? Hanya Allah yang maha mengetahui.

ini adalah sebahagian foto yang w.k paparkan, emosi w.k begitu terharu dan kadang2 rasa x mampu untuk memaklumkan kisah yang menyayat hati ini.

paparan ini tidak sepenuhnya kepada mangsa.

Jcb dari Majlis Daerah Tampin

semua warga kampung bersama



pemuda / belia kampung bertungkus lumus

persiapan akhir

kawasan masjid sesak sewaktu menunggu jenazah


Y.B Dato' Kamil ( ADUN Gemencheh ) yang sentiasa bersama sejak awal kejadian.
turut serta Datin Isteri Y.B .( tiada gambar )

kesesakan yang terkawal.

terima kasih kepada pemuda kampung/belia2 yang bertungkus lumus menjaga lalu lintas

lokasi berhadapan masjid. anggaran hampir 3000 org datang menziarah.

trak askar yang membawa jenazah dari seremban.

lori yang membawa bekalan air. Masjid mengalami ganguan bekalan air.

gambar magsa yang di ambil melalui akhbar semasa.


sewaktu pengebumian jam 8 mlm



gambar yang di ambil dari akhbar

Wajah Rashidi B Ismail.


Terima Kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat samada tenaga, idea, derma dan sebagainya .. Lebih2 lagi Y.B Dato yang sentiasa bersama, dan kepada yang datang menziarah, sahabat handai, warga kampung yang jauh sudi balik untuk bersama, media2 masa dan x lupa penghulu mukim Gemencheh.


Y.B Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz ( ADUN GEMENCHEH )
Y.B Puan Zainab Bt Nasir ( ADUN GEMAS )
Penghulu Mukim Tn Zainal B Arifin
Semua Anggota Kem Tentera Sirajudin, Gemas
Semua Anggota Majlis Daerah Tampin
Semua Anggota Polis Negeri / Forensik / Bahagian Jenayah
Semua Anggota Polis Gemencheh /Daerah Tampin
Semua Kariah / Pemuda / Saudara mara
Media2 Masa..... dan
Semua yang terlibat.........

Marilah kita bersama berdoa dan memohon kepada Allah agar roh2 mereka di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.

Al fatihah...

2 ulasan:

  1. Ganezz org kg kao ni...

    BalasPadam
  2. boleh saya dapatkan maklumat, kalau boleh no fon siti mariam ismail ni...sy kawan sekolah rendah dia..nak sangat jmp dia...lama dah sy cari

    BalasPadam