SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Disember 09, 2010

Sistem Ekploitasi Ransangan Hasil @ LGM Wilayah Tengah N9

Sekali lagi Program bersama Jabatan iaitu Lembaga Getah Malaysia berlangsung di Kg Btg Rokan pada 09/12/2010 Khamis. ini adalah program kedua anjuran Lembaga Getah Malaysia Wilayah Tengah ( Seremban ) atas usahasama JKKK. Matlamat menyedarkan penduduk akan kaedah sebenar Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah bermula dari awal tanaman hingga mengeluarkan hasil. Teknik penyelenggaraan Kebun Yang Baik (GAP) dan Peningkatan Hasil telah di terangkan dengan terperinci.
Che Aziz Bin Che Omar menerangkan pelbagai kaedah penjagaan dan torehan berkualiti serta teknologi eksploitasi hingga peransangan hasil.
Peserta gelak ketawa akan celoteh Che Aziz ketika menyampaikan taklimat.
turut serta Pengerusi JKKK, dan Ketua UMNO Cawangan Kg.
sebahagian peserta wanita yang hadir sama.
En Mohd Sulaiman B Mohd Said menunjukan kaedah pemasangan Teknologi Eksploitasi iaitu Mortex untuk menstabil dan meningkatkan hasil, G-Flex dan Rrimflow untuk menambah ransangan hasil, serta Reactorrim di kebun getah salah seorang peserta.
Bergambar kenangan bersama Penolong Pengarah Lembaga Getah Malaysia Wilayah Tengah ( Seremban) Negeri Sembilan, Puan Mariyah Bt Ahmad.
Skuad Cakna Sinar Harian @ Ainna sedang menemubual peserta yang turut serta.

JKKK Kampung Batang Rokan mengucapkan Terima Kasih tak terhingga atas usahasama bersama LGM Wilayah Tengah ( Seremban ) N9 untuk menerangkan Amalan Pekebun Yang Baik, tentang pembajaan dan racun rumpai yang sesuai serta merawat penyakit utama yang menyerang pokok getah. Ilmu yang di curahkan kepada peserta yang hampir 50 org ini dapat di gunakan sepenuhnya nanti. Lebih2 lagi kepada para Belia yang sudi bersama sejak awal pagi lagi.
Terima Kasih sekali lagi kepada Penolong Pengarah Pn Mariyah Bt Ahmad yang sudi hadir bersama, Che Aziz B Che Omar, En Kamarozaman B Ibrahim serta En Mohd Sulaiman B Mohd Said.
Terima Kasih juga buat Y.Bhg Tuan Hj Mohd Sobran Bin Ibrahim (Pengarah Wilayah Tengah) yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan buat Kg Btg Rokan.
p/s : nantikan Program LGM di Simpang Durian Pada 23/12/2010. w.k akan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan