SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Sabtu, Januari 16, 2010

Lalat oh Lalat..

makan kenduri bertemankan lalat.

Adakah lalat berpunca dari bangkai ayam yang di buang...??????

Kisah tokey ayam atau tokey lalat pernah w.k paparkan pada 31 Disember 2009. Janji w.k akan paparkan gambar lalat. Kerana lalat ni x tau apa2. X payah byr royalti la kan....

Masalah lalat ni memang sukar kita jangka kan, mungkin punca kekotoran sekitar kampung. Namun lalat ni x sentiasa ada. Musim ayam keluar je dari kilang, masa tu la lalat ni ada.. Untuk pengetahuan semua, sekitar kampung ni termasuk kampung ulu rokan yang berhampiran, ada 6 kilang ayam di sekeliling,

Kg Rokan / Ulu Rokan pernah ajukan masalah ni di sinar harian dan mendapat respon dari YB termasuk Jabatan Kesihatan. Ini Bermakna lalat bukan lah menyerang Kampung Batang Rokan sahaja. Memang menarik... Terima kasih juga kepada penduduk kampung rokan / Ulu Rokan kerana mengambil tindakan yang agresif.







( ini bukan iklan susu. ni hanya sekadar iklan lalat)

Bukan lah niat w.k untuk persalahkan mana2 pihak. w.k paparkan atas keluh resah penduduk Kampung Batang Rokan dan Kampung rokan / Ulu Rokan tentang keganasan lalat ni. Kilang ayam terbuka masih lagi beroperasi walaupun di sarankan mengubah ke kilang ayam tertutup.

harapan w.k agar adanya pihak yang prihatin tentang isu ini, kemungkinan wabak yang di khuatiri akan berjangkit dari serangga halus ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan