SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, September 01, 2010

Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Seri Utama.

Pada 31hb 08 2010 jam 6.45 petang di Masjid Kg Air Rawa dengan kehadiran orang kampung mahupun tetamu melebihi 500 orang menanti ketibaan YB Dato' Seri Utama Hj Mohamad B Hj Hasan dalam program yang mengeratkan silatulrahim iaitu berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan.
Di majlis itu YB Dato' Seri bukan sahaja berbuka puasa dengan orang ramai , tetapi juga menyampaikan sumbangan kepada nazir-nazir masjid dari seluruh daerah di Tampin , fakir miskin dan juga bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat .

Kehadiran YB Dato Seri sentiasa di alu2 kan..
Turut Hadir Sama YBhg Datok Nasarudin B Mahamud (Tim. Ketua UMNO Bahagian Tampin), Setiausaha UMNO Bahagian, Naib UMNO, AJK UMNO dan Barisan AJK Pemuda UMNO Bahagian Tampin.
Turut hadir termasuk YB SU Kerajaan Negeri , Pegawai Daerah , Ketua Jabatan Negeri dan Daerah , Dato Kamil B Abd Aziz ( ADUN Gemencheh), Penghulu Mukim (Tok Nal) dan Barisan Pengerusi JKKK Kg dsbg.
Terima Kasih YB Dato' Seri atas sumbangan kepada semua Masjid2 termasuk Masjid Kg Btg Rokan..
Memang x dapat di nafikan ramai tetamu yg tidak dapat menjamu selera, berkemungkinan tatamu yang hadir di luar jangkaan, namun segala yang terancang telah terlaksana dengan jayanya.. Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan