SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, September 28, 2010

Rumah Terbuka Teratak Ct Rosdin

Tepat pada 25.09.2010 ( sabtu ) jam 8.00 malam lebih dari 2000 tetamu hadir ke rumah terbuka YBhg Datuk Nasarudin B Mahamud di Teratak Ct Rosdin Kg Btg Rokan. Beliau yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin merangkap Ketua UMNO Cawangan Gemencheh Lama telah merancang dan menjadualkan pada tarikh tersebut amat sesuai buat beliau sekeluarga menyambut Aidilfitri bersama semua sahabat2 dan kenalan2 beliau dari pelusuk tanah air dan Daerah Tampin.
 gambar2 lain di Facebook.(klik)

Persembahan Ghazal di Majlis jamuan Aidilfitri
Tetamu terhormat, iaitu pelajar Anak Yatim dari Sekolah Agama Gadong Rembau.
Sebahagian tetamu yang hadir dari pelbagai bangsa. India, Cina di layan sama rata.
Bersama YB Dato' Hjh Zainab ( ADUN Gemas ), Sdr Mohd Isam ( K.P UMNO Bahagian Tampin ) dan Sdr Ujang ( S/U YB Dato' Shaziman ) dan ramai2 lagi yang hadir pada malam tersebut.

persiapan menghidang lemang
Belia2 Kg Bertungkus lumus membuat persiapan sejak awal lagi hingga lewat malam tersebut. pelbagai menu di sedia kan seperti satey, mee laksa, rendang ayam/daging, lemang, ketupat, apam balik garing, nasi tomato, pelbagai jenis kuih muih, kuih raya dan kek.w.k begitu kagum dengan kahadiran tetamu di luar jangkaan, dan membuat kan para belia memang keletihan melayan kerenah tetamu pada malam tersebut, namun semua menjadi seronok atas kemesraan dari semua pihak.

Ucapan Terima Kasih dari YBhg Datuk Nasarudin pada semua yang terlibat dan bekerja kuat untuk bersama menjayakan Majlis Jamuan Aidilfitri di Rumah Terbuka Teratak Ct Rosdin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan