SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, September 06, 2010

Menyampaikan Amanah YBhg Datuk Nasarudin..

Semalam 05/09/2010 jam 5 ptg, Rombongan Ajk JKKK bersama Ketua Umno Cawangan En Zainal serta Gerakan Belia4B telah bersama menyampaikan amanah dari YBhg Datuk Nasarudin B Mahamud untuk menyampaikan sumbangan Ikhlas dari Hjh Kamariah ( Ibu Datuk ) kepada warga emas terlantas dan O.K.U di Kampung Batang Rokan.

Pengerusi JKKK En Jamaludin menyampaikan sumbangan kepada Pn Maimunah Bt Buyong hingga beliau sebak menitis air mata.
En Zainal B Abd Wahid menyampaikan sumbangan kepada Pn Siti Bt Lajin yang terlantar dan berusia 86 thn
Sdr Tahir B Saparuddin menyampaikan sumbangan kepada Nazawain B Abd Razak (o.k.u) sambil di perhatikan oleh ayahnya dan ahli2 belia kg.
En Saimin B Yusof  menyampaikan sumbangan kepada En Che Din B Aman yg pernah w.k siarkan kisah nya di blog dan akhbar..
Menyampaikan kepada Zakaria B Daud ( O.K.U )
Pn Norsyamsinar Bt Razali (setiausaha Gerakan Belia 4B) menyampaikan sumbangan kepada Pn Fatimah Bt Abd Rahman.
En Tahir menyampaikan sumbangan kepada En Anuar B Abdullah yang terlantar sakit ( Kencing manis,paru2,pinggang )

Alhamdulilah, segala yang di rancang telah terlaksana. Dan tanggungjawab yang di beri telah di sempurnakan. Semua barisan Ajk JKK,UMNO Cawangan serta gerakan Belia mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Datuk Nasarudin atas sumbangan tersebut.

dan nantikan susulan program berbuka puasa di Teratak CT ROSDIN Kg Btg Rokan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan