SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Ogos 30, 2010

Konvoi Bantuan Ramadhan,Kemerdekaan dan Berbuka Puasa Pemuda UMNO Bahagian Tampin

Seperti yang di maklum dan di rancangkan, satu Program 3 Dimensi anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tampin telah berlangsung pada 28hb 08 2010 (sabtu) seawal jam9.00 pagi, semua AJK dan peserta konvoi telah berkumpul di Dataran Tampin. Dengan matlamat untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim seramai 60 org untuk setiap cawangan dan konvoi akan berhenti di chek point yang telah di tetapkan di susuli pula dengan sambutan kemerdekaan di mana bendera akan di agihkan juga kepada semua cawangan serta penerima bantuan dan di akhiri dengan berbuka puasa bersama YB Dato Shaziman dan penyampaian bantuan cawangan akhir di Masjid Bangkahulu.
 Konvoi 4x4 Pemuda singgah di Masjid Kg Btg Rokan
turut hadir En Zainal B Abd Wahid ( Nazir Masjid merangkap ketua UMNO Cawangan Kg Btg Rokan, serta Semua Pemuda UMNO Cawangan iaitu Felda Bukit Rokan Utara,Felda Bukit Rokan, Gemencheh lama, Kg Air Rawa, Kg Sungai Jernih dan Kg Ulu Rokan..
Sumbangan Ikhlas dari Sdr Mohd Isam B Mohd Isa (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin) kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Btg Rokan
Sumbangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian kepada salah seorang anak yatim, di sebelah Sdr Mohd Isam ialah Sdr Zakee ( Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin )
Sumbangan kepada penerima wakil Kg Btg Rokan, di serahkan kepada En Md Shah B Md Noh wakil kepada anak beliau Sdr Zolkipili B Md Shah yg mana masih terlantar sakit dan pernah w.k paparkan di dalam blog kisah beliau, Sdr Zolkipili Klik di sini  dan beliau juga adalah salah seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Btg Rokan..

W.k ucapkan terima kasih atas segala yang terlaksana dan mewakili semua penerima sumbangan tersebut, Dengan limpah Doa dan Di murahkan Rezeki semua akan betemu semula Dalam Ramadhan tahun hadapan andai di panjangkan usia..

Terima Kasih kepada Sdr Fadhil Asyraf yang bertungkus lumus sebagai s/u penyelaras Pemuda Dun yang banyak membantu bagi pihak Kg Btg Rokan..                    KLIK untuk gambar2 lain....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan