SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Ogos 25, 2010

Skuad Cakna Menjelajah Danau Harapan...

Pada 24hb 08 2010 jam 4.40 petang kehadiran kereta Skuad Cakna Sinar Harian telah sampai ke Kg Btg Rokan, w.k di fahamkan tentang aduan Sdr Roslan B Md Akhir ( Kodir@awang ) berkenaan dengan bekalan air yang tiada di rumah beliau. Kehadiran 2 wartawan penting ini mungkin akan mengubah nasib sdr Roslan sekeluarga.

ini lah penyambungan air yang di lakukan oleh Sdr Roslan dan menggunakan meter ihsan dari jiran sebelah yang berjarak lebih dari 500 meter dari rumah beliau.

paip yang di sambung hanya sampai ke belakang dapur dan beliau terpaksa menadah air tersebut ke dalam besen sahaja.
inilah wajah 5 ahli keluarga yang sering mengharap ihsan KERAJAAN dari awal tahun 2009.

sesi temubual skuad cakna sinar harian dan dari Metro@berita harian.

w.k telah jelaskan beberapa kali di dalam Blog mahupun Facebook akan masalah yang di hadapi oleh Sdr Roslan ini dan Hari raya ini adalah kali kedua beliau menetap di rumah yang tiada bekalan air. Keistimewaan Kemerdekaan dan Aidilfitri tidak akan terasa nikmatnya buat beliau. Harapan yang tinggi pada janji-janji kabur sering di ajukan kepada pihak JKKK, tapi....
Buat kedua wartawan tersebut, Terima Kasih atas sokongan dan kehadiran anda berkemungkinan dapat meleraikan kekusutan yang Sdr Roslan alami. Lebih2 lagi di bulan Ramadhan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan