SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Ogos 24, 2010

YB Singgah Sahur..

Seawal jam 4.00 pagi YB Dato Mohd Kamil bersama isteri tersayang dan rombongan beliau hadir ke Kg Btg Rokan dalam program DUN iaitu singgah sahur pada 23hb 08 2010. Kg Btg Rokan telah terpilih untuk tahun ini, walaupun program ini telah terancana sejak tahun yang lepas, dan YB pecahkan mengikut zon. JKKK kg mengalu-alukan kehadiran semua yang bersama pada pagi tersebut. dan rumah pilihan JKKK ialah rumah Che Din B Aman di jalan Dato' Sati.Kehadiran YB bukan sekadar bersahur, malah beliau membawa bekalan dapur serta sedikit perbelanjaan bagi pihak tuan rumah berbelanja.

 Ini lah wajah rumah En Che Din.
sebahagian tetamu subuh yg sempat hadir bersama termasuk Datin.
 Sedikit ucapan aluan buat halwa telinga dari pengerusi JKKK Kg Btg Rokan
 Alhamdulilah.. Syukur ke Hadrat mu illahi..
Sesi sahur bermula
Kelibat Ainna dari Sinar Harian, Kak Faz dan Fadhil (K.Pemuda FBR)
sory kak faz x kuar gambar hehehehe.
Sedikit ihsan dari Datin Buat Pn Zaitun yg sedang sebak...

En Che Din B Aman telah terlantar sakit lebih dari 5 tahun dan sejak tahun lepas beliau mengidap penyakit paru-paru dan hati dan Isteri beliau Pn Zaitun Bt Hj Shamsudin terlantar sakit jantung dan tiada upaya untuk bergerak. Mereka mengaharapkan IHSAN belaian dari anak2 nya. mujur lah ada anak yang setia menemani mereka. Pada mereka yang berhajat untuk menyalurkan bantuan boleh la menghubungi pengerusi JKKK di talian 013 2837553. Sekadar mampu dan ikhlas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan