SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Julai 08, 2010

Kg Sihat Ceria...

Program Kg Sihat Ceria anjuran Gerakan Belia 4B Caw Kg Btg Rokan bersama semua pertubuhan dalam kg serta Peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam, INTAN Bil 1/2010 telah berlangsung pada 04 julai 2010 seawal jam 7.30 pagi. Program yang telah di rancang awal dan di tetapkan pada tarikh 30 julai ni di pinda se awal mungkin agar program bersama anak angkat akan lebih meriah. Tentatif seperti senamrobik, poco-poco, pemeriksaan kesihatan, merentas desa serta ramah mesra telah di jadualkan dengan jayanya.

Pemeriksaan kesihatan percuma dari jabatan Klinik Kesihatan Gemencheh turut bersama sejak awal pagi dan lebih dari 70 orang yang menerima rawatan tersebut.

Sdr Shamin (anak angkat) mengisi masa lapang berkaraoke dengan beliawanis kg..
Sembang-sembang antara pengerusi Belia Cwg dengan Pengerusi 4B Kawasan Tampin ( Tn Hj Zamrus ) serta ajk kawasan dan wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah ( Sdr Jasni )
Kanak2 yang mendapat cenderahati bagi pertandingan mewarna.

sekadar tatapan saje.. hehehe. sebahagian beliawanis yang aktif dlm program kg.
akan di paparkan kegiatan aktif merentas desa, senamrobik dll dlm paparan akan dtg.

w.k mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua secara langsung atau tidak dlm menjayakan program2 dlm kg ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan