SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Julai 09, 2010

Mesyuarat JKKK DUN Gemencheh

Pada 6.07.2010 Mesyuarat Pengerusi dan Setiausaha JKKK bulanan DUN Gemencheh telah berlangsung di rumah Pengerusi JKKK Kg Air Rawa iaitu En Rejab. Di pengerusikan oleh YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz. Banyak perkara di bawa dan banyak juga perkara yang telah selesai. Dan Terima Kasih pada YB yang rajin turun padang sekarang ni. Sergah sana Sergah sini untuk memantau aktiviti mahupun kekalutan dan rungutan masyarakat setempat.

Isu yang Kg Btg Rokan bawa ialah Isu Air yang x sampai ke rumah En Roslan Md Akhir, isu yang masih panas hangat selagi x selesai, walaupun dah di taburi janji dan janji.. Kemerdekaan masih lagi x dikecapi jika kemudahan kerajaan yg dah swasta tu pun masih x dapat dirasai oleh rakyatnya. Wajar kah omong kosong lebih bermakna dari perlaksanaan ???
Kami sebagai pemantau atau pemerhati atau wakil kepada kerajaan, adalah satu jana kuasa akar umbi yang sepatutnya di beri harapan memberi impian buat masyarakat, namun redha dengan kehendak keadaan.
Matlamat membantu hanya igauan..

Jika akar umbi x di bajai, x di jagai....  pohon, dahan mahupun pokok akan tumbang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan