SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Julai 08, 2010

Sembang-sembang

Foto di ambil pada 4.07.2010 jam 6.30 ptg di perkarangan teratak Ct Rosdin iaitu rumah Datuk Nasarudin di Kg Btg Rokan. Sewaktu anak angkat Peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam ( INTAN ) berkampung dalam Daerah Tampin, hanya 3 orang yang telah di terima oleh penduduk Kg Btg Rokan, Pada asal nya 2 perempuan 1 lelaki, berkemungkinan ada masalah dari agihan tugas oleh INTAN, pertukaran berlaku pada awal sabtu minggu lepas. Kg Btg Rokan akur menerima siapa sahaja, 2 lelaki 1 org perempuan.
 
Sdr Shamin Said B Ghulam Shaid dan Sdr Faisal mengambil kesempatan untuk meramah mesra Datuk Nasarudin di rumah Datuk sendiri. Banyak fakta dan sejarah yang di pelajari oleh mereka, lebih2 lagi Datuk adalah seorang yang berpengaruh dan banyak pengalaman2 manis dan pahit yang telah di rasai dalam pelbagai sudut samada Belia, Kepimpinan , Pengurusan, Perniagaan, Pentadbiran dan kisah silam beliau.
Apa yang pasti peranan peserta kursus harus mengambil langkah berani berubah. kok lagu tu juga, mungkin piawaian penyertaan atau pun modul ni x akan berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan