SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Januari 10, 2013

Sukaneka 2012

Sukaneka mini yang di rancang di antara Kampung Batang Rokan dan Kg Ulu Rokan dengan kerjasama Sdr Anuar Ali, Penyelia Pembangunan dan Perhubungan Kemas DUN Gemencheh, PERKASA daerah Tampin serta Penyelaras Pemuda UMNO DUN Gemencheh berlangsung pada 25/12/2012 seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.30 ptg. Kehadiran kanak2, ibu bapa dan belia2 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Hampir 200 kehadiran dan sebahagian nya melibatkan diri dengan  aktiviti yang di rencanakan iaitu Bowling padang, isi air dalam botol, jalan bata, semakin jauh semakin sayang, gubahan bunga hidup, masakan ikan air tawar, kupas buah, dll . Walaupun hujan renyai, namun atas kebenaran ibu bapa pertandingan bagi kategori kanak2 di jalankan dengan jayanya pada sebelah pagi dengan melibatkan kanak2 dari umur 5 tahun hingga 12 tahun.

Antara gubahan bunga hidup yang di pertanding kan.
Masakan ikan air tawar. kebanyakan ee masak lomak cili api la. makanan tradisi orang nogori.
yg ni permainan bola musik namo e atau pun ado yg panggil bola beracun.
Seisi pendaftaran PERKASA
Antara beliawanis yang join kupas kulit epal terpanjang
Semakin jauh semakin sayang
Kehadiran warga kg amat menggalakan.
Cabutan bertuah di sampaikan oleh En Zainal
(Ketua UMNO Cawangan Kg Btg Rokan)
Cabutan bertuah di sampaikan oleh En Ghuzali Bin Othman
( Ketua UMNO Cawangan Kg Ulu Rokan )

Cabutan bertuah di sampaikan oleh En Jamaludin Bin Piee
( Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan )
Cabutan bertuah sampaikan oleh En Jamalaili Bin Othman
( Setiausaha JKKK Kg Ulu Rokan )
Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa menyampaikan sumbangan bakul dari pihak KEMAS kepada 20 orang penerima yang layak.
Sekalung penghargaan dari pihak urusetia kepada Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa ( Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin )

Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar dan amat baik. Dengan kerjasama Pemuda, Belia, Wanita kedua2 kampung. sesuatu yang sukar akan menjadi mudah lain2 gambar boleh di lihat di Facebook admin,
Facebook Kg Btg Rokan telah tiada... harap maklum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan