SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, April 21, 2010

Projek Kerajaan Negeri

Pada 18hb 04 2010 ( ahad ) satu projek dari Kerajaan Negeri Sembilan melalui Dana Khas Menteri Besar iaitu peruntukan mengganti atap rumah yang uzur. Kebajikan Kerajaan yang di agihkan hampir ke semua pelusuk kampung dalam dua DUN di Daerah Tampin. Bantuan kepada penduduk yang miskin ini amat di hargai oleh pentadbir JKKK Kg termasuk juga kepada pemilik rumah tersebut.
Jumlah peruntukan yang begitu besar menunjukan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat dengan memberikan bantuan membaiki rumah mereka terutamanya yang mengalami kerosakan teruk dibahagian atap, dinding dan lantai. Kampung Batang Rokan juga tersenarai dalam pemilihan MB akan bantuan baik pulih rumah ini melalui Dana Khas Beliau.

Pihak JKKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz yang sentiasa berperihatin tentang masalah penduduk setempat. Lebih2 lagi kepada Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan