SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, April 09, 2010

Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK DUN Gemencheh

Hari Isnin 05/04/2010 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK Dun Gemencheh di Kampung Batang Rokan..Tuan Rumah untuk bulan ini telah di sambut baik oleh Pengerusi Kg Btg Rokan iaitu En Jamaludin B Piee di Teratak Kediamannya. Walaupun ruang sempit, namun kehadiran Pengerusi JKKK serta Setiausaha seluruh Dun begitu ramai tidak melemahkan semangat untuk meneruskan Mesyuarat tersebut.

YBDato' Kamil telah mengambil pendekatan yang tepat dimana  mesyuarat bulanan Pengerusi2 JKKK kampung Dun Gemencheh diadakah di rumah Pengerusi JKKK kampung itu sendiri ...beliau mengambil  kesempatan tersebut untuk berada lebih dekat bersama dengan pemimpin-pemimpin di bawah pentadbiran beliau..Selain mendengar permaslahan kampung , hubungan antara mereka juga lebih akrab.


ini lah sumbangan bakti dan keperihatinan YB Dato' Mohd Kamil kepada semua pemimpin2 di bawah pentadbirannya. YB mengharapkan kerja setia rakyat yang harus dipertingkatkan oleh semua JKKK dalam Dun Gemencheh agar seiring dengan slogan rakyat di dahulukan..

Pihak JKKK  Kg Btg Rokan mengucapkan terima kasih yang x terhingga kepada YB Dato' Mohd Kamil ADUN kawasan Gemencheh yang sering turun padang dan sentiasa berusaha membantu saf kepimpinan beliau untuk menerajui semangat memperjuangkan nasib rakyat.Semoga Rahmat dan Hidayah melimpah ke atasmu... Aminn.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan