SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Januari 10, 2013

Sukaneka 2012

Sukaneka mini yang di rancang di antara Kampung Batang Rokan dan Kg Ulu Rokan dengan kerjasama Sdr Anuar Ali, Penyelia Pembangunan dan Perhubungan Kemas DUN Gemencheh, PERKASA daerah Tampin serta Penyelaras Pemuda UMNO DUN Gemencheh berlangsung pada 25/12/2012 seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.30 ptg. Kehadiran kanak2, ibu bapa dan belia2 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Hampir 200 kehadiran dan sebahagian nya melibatkan diri dengan  aktiviti yang di rencanakan iaitu Bowling padang, isi air dalam botol, jalan bata, semakin jauh semakin sayang, gubahan bunga hidup, masakan ikan air tawar, kupas buah, dll . Walaupun hujan renyai, namun atas kebenaran ibu bapa pertandingan bagi kategori kanak2 di jalankan dengan jayanya pada sebelah pagi dengan melibatkan kanak2 dari umur 5 tahun hingga 12 tahun.

Antara gubahan bunga hidup yang di pertanding kan.
Masakan ikan air tawar. kebanyakan ee masak lomak cili api la. makanan tradisi orang nogori.
yg ni permainan bola musik namo e atau pun ado yg panggil bola beracun.
Seisi pendaftaran PERKASA
Antara beliawanis yang join kupas kulit epal terpanjang
Semakin jauh semakin sayang
Kehadiran warga kg amat menggalakan.
Cabutan bertuah di sampaikan oleh En Zainal
(Ketua UMNO Cawangan Kg Btg Rokan)
Cabutan bertuah di sampaikan oleh En Ghuzali Bin Othman
( Ketua UMNO Cawangan Kg Ulu Rokan )

Cabutan bertuah di sampaikan oleh En Jamaludin Bin Piee
( Pengerusi JKKK Kg Btg Rokan )
Cabutan bertuah sampaikan oleh En Jamalaili Bin Othman
( Setiausaha JKKK Kg Ulu Rokan )
Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa menyampaikan sumbangan bakul dari pihak KEMAS kepada 20 orang penerima yang layak.
Sekalung penghargaan dari pihak urusetia kepada Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa ( Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin )

Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar dan amat baik. Dengan kerjasama Pemuda, Belia, Wanita kedua2 kampung. sesuatu yang sukar akan menjadi mudah lain2 gambar boleh di lihat di Facebook admin,
Facebook Kg Btg Rokan telah tiada... harap maklum..

Jumaat, Januari 04, 2013

Belajar Masak Nasi Arab.

Program yang telah di jalankan pada 13/12/2012 tempoh hari iaitu belajar macam mana nak masak nasi arab, polik x? sekarang memang dah x polik lagi dah. Orang yang mengajar ni dari Seremban, Admin pun dah lupa nama dia. pasal dah lama simpan, catitan pun lesap.


sambutan amat menggalakkan. semua peserta dapat la bawak balik nasi arab dengan ayam berempah dan admin pun dapat la makan sikit. Program santai mcm ni memang bagus untuk wanita. harapan warga kampung akan banyak lagi program mcm ni khas untuk wanita2.

Khamis, Januari 03, 2013

Pencahayaan Kampung.

Pencahayaan Negeri Sembilan yang di lancarkan Oleh Menteri Besar Negeri Sembilan tempoh hari mendapat sambutan yang amat baik hingga ke peringkat akar umbi. Perlaksanaan menyeluruh walaupun mendapat tentangan segelintir pihak membuktikan bahawa kerajaan sedia ada memang membantu rakyat walaupun secara pelahan, namun faedahnya dan nikmatnya dapat dirasai bersama.

salah satu jalan rangkaian
Jalan utama

Terima Kasih tak terhingga buat semua yang terlibat. Bayangkan warga kg yang tinggal di luar kampung, bila balik tentu terperanjat.kato ee (maju dah aa kg den) hahahaa..

Isnin, November 12, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Seluruh  Warga Kampung menyambut baik segala bantuan2 yang di salurkan oleh kerajaan, Kg Btg Rokan akan terus membantu menyampaikan pada mereka yang amat memerlukan dengan keikhlasan.

  SILA KLIK :-
  • Isi rumah yang layak (RM500):
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah:
  3. Berkahwin;
  4. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  5. Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  6. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
  •  Individu yang layak (RM250) 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia
  • Sila kemukakan salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera jika memohon secara manual
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.