SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, April 20, 2011

Komuniti Policing @ Keselamatan Kampung

Perbincangan kepolisian dan keselamatan bagi Kg Btg Rokan di adakan semula selepas mesyuarat Penubuhan Kepolisian peringkat DUN pada 6.04.2011 di perkarangan balai Polis Gemencheh yg lalu, Atas usaha untuk menjaga keamanan dan permasalahan kg, Pengerusi Biro keselamatan mengambil tindakan agresif untuk menubuhkan ajk baru bagi kepolisian Kg btg rokan yang telah lama tidak berjalan dari tahun 2007. Pada 16.04.2011 jam 9.00 malam, perbincangan penubuhan berjalan dengan lancar walaupun sambutan amat menduka citakan.
Dari kiri :- Sdr Azhari (S/U JKKK/Pengerusi Belia merangkap Pengerusi Skuad Muda RELA), Tn Zulkifli 
(Imam Masjid merangkap Pengerusi Keselamatan JKKK), En Jamaludin (Pengerusi JKKK), Tn SM Abd Karim (Ketua Balai Polis), Kpl Mohd Yunus (balai polis Gemencheh) dan En Zainal (Ketua UMNO Cawangan).
Sebahagian Belia dan warga kg yg berkesempatan hadir.Sebilangan ahli belia adalah ahli RELA yang sering meronda mlm tanpa bersama dengan jawatankuasa kepolisian yang dahulu. Atas rasa keperihatinan, Skuad Muda RELA di wujudkan bagi memantau keselamatan serta menghindarkan kegiatan mencuri dan sebagainya, Selepas mesyuarat penubuhan ajk ini, satu mesyuarat khas sekali lagi akan di adakan dalam masa terdekat bagi membincang perjalanan dan susun atur perrlaksanaan. "S.M.RELA mengharapkan kerjasama dari penduduk kg yang bukan terdiri dari kalangan AJK komuniti" kata Sdr Zaidani merupakan S/U bagi S.M.RELA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan