SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, April 15, 2011

Hand-on Mencantas dan Membaja siri 2.

Program bagi peserta dusun bebas kimia yang menggunakan baja organik berlangsung sekali lagi bagi sesi ke2 di Balai Raya Masjid Kg Btg Rokan pada 15hb 04.2011. Ini adalah siri kesinambungan pada 23hb 07.2010 kelmarin yang mana sesi pertama peserta di ajar teknik mencantas. Kali ini peserta di ajar teknik racun rumpai yang sesuai dan kaedah meracun yg sebenar.
Pn Nor Azizah Pem Pegawai Pertanian yang menjaga kawasan Kg sering kali membimbing peserta mahupun JKKK dalam apa jua program, Beliau menerangkan gred/kelas racun yg sesuai untuk petani2. Turut hadir Pem Pegawai Bahagian Operasi Sdr Mansor B Ghazali dan Nur Ain Pem Pegawai Pertanian Kawasan Air Kuning.
Sebahagian peserta wanita yang berkesempatan hadir
Peserta lelaki dusun organik yg hadir
Antara Belia yg bersama
Kaedah pakaian keselamatan sewaktu meracun di terangkan secara terperinci, menggunakan topeng mulut, sarung tangan dan pakaian keselamatan yang sesuai. Sdr Mansor juga menerangkan cara kitar semula bekas racun perosak. bekas yang kosong jangan di buang merata2. beliau menerangkan cara pembersihan bekas racun serta meminta agar bekas racun di hantar ke pusat pertanian untuk di kitar semula. Nantikan program pertanian akan datang pada 27hb 04 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan