SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Februari 22, 2011

Paparan kegiatan Belia siri 1.

Pelbagai kisah Belia yang admin paparkan buat tatapan semua. terutama tentang program2 mahupun aktiviti semasa pada awal tahun ini

MAJLIS PENYERAHAN BAJU KERJA GERAKAN BELIA 4B
penyerahan baju Belia kepada Sdr amie (OKU) yang sentiasa aktif dan bersama dengan belia2 kg.
antara belia yang menerima baju belia
Masjlis penyerahan baju kerja kepada semua belia2 kampung di sempurnakan oleh Sdr Azhari (pengerusi 4b Cwng) pada 25.01.2011 jam 9.00 malam, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian dari ahli2 belia yang hadir pada mlm tersebut. Ahli belia yang telah di daftar semula hampir 60 orng yang melibatkan belia yang berumur dari 14 tahun hingga 40. Selepas baju kerja di agihkan, akan amat jelas bahawa setiap program samada dalam kg atau luar akan dapat di lihat secara nyata dan secara tidak langsung akan membakar semangat anak2 belia Kg ini.


BELIA MELAKAR BANNER SERTA BERSAMA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMUDA BN TAMPIN

Belia2 sedang memikir ilham untuk melakar banner tersebut
Sedang mewarna dan sebagainya
Banner yang hampir siap telah di lakarkan dalam tempoh 5 jam pada 02hb 02 2011
Sempat bergambar kenangan untuk bersama dalam program Khidmat Masyarakat Pemuda BN dan Belia 4B di Taman Sungai Gemas pada 3hb 02 2011
Ketika kerja pembersihan kawasan Taman Sg Gemas
Kerja2 memindahkan perabot serta peralatan barang2 Rumah yang di landa banjir



BERSAMA PERTANDINGAN BOLING ANTARA BELIA KAWASAN TAMPIN DENGAN GURU TABIKA PERPADUAN TAMPIN
Sebahagian ahli belia serta guru2 tadika perpaduan yang bekesempatan untuk bersama menangkap gambar.
Pertandingan persahabatan ini berlangsung di MITC Melaka pada 07hb 02.2011


BERSAMA PERTANDINGAN SNOOKER MEREBUT PIALA PENGERUSI BELIA 4B KAWASAN TAMPIN

Belia kg menghantar 3 pasukan dalam pertandingan snooker merebut piala pengerusi 4B Kawasan Tampin pada 13.02.2011 di pusat snooker Lim Tampin.


KHIDMAT TENAGA BELIA SIRI 1 /11
Khidmat tenaga Belia membantu kenduri nikah kahwin tidak asing lagi di mana2 kenduri samada nikah kahwin atau pun majlis kesyukuran. Lokasi di Rumah En saimen pada 12hb 02 2011



KONVOI PEMUDA UMNO BAHAGIAN TAMPIN BERSAMA BELIA 4B MENGHANTAR BANTUAN MANGSA BANJIR DI TAMAN PINGGIRAN SG KELAMAH

Belia kg membantu memindahkan barang2 bantuan banjir untuk di hantar pada 20.02.2011

Bergambar kenangan antara Pemuda UMNO dengan Belia 4B serta Belia ASPS

Ketua Pemuda menyerahkan bantuan terus ke rumah magsa banjir



KHIDMAT TENAGA BELIA SIRI 2 /11
Khidmat belia di rumah Pn Fatimah Bt Johan 20.02.2011

Belia sedang sibuk mengelap pinggang dan cawan

Beliawanis sempat berposing semasa perkhidmatan melayan dan mejaga lauk pauk
Sebahagian antara belia yang mempamerkan persembahan silat dari Akademi Sukan Pencak Silat



BELIA MELAKAR BANNER PERARAKAN MAULIDUR RASUL UNTUK KONTIJEN KG








 Foto persiapan akhir melakar banner untuk perarakan Maulidur Rasul bagi kontijen Kg.
gambar2 lain ada di FB Kg Btg Rokan

BELIA DAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL DUN GEMENCHEH
Sempat bergambar kenangan di hadapan Balai raya Kg

Kontijen Belia Kg Btg Rokan seramai 35 orang terlibat dalam Perarakan Maulidur Rasul DUN Gemencheh pada 19.02.2011

Antara belia dan beliawanis yang terlibat berjalan sejauh hampir 3km menuju ke Masjid Jamek Gemencheh lama dari Padang Kompleks Gemencheh



Sedikit sebanyak program belia yang dapat di paparkan kali ini. admin akan paparkan lagi kisah2 menarik serta perkara2 yang sentiasa melibatkan program samada secara langsung atau tidak mahupun kegiatan dalam kg dan luar kg
 Paparan lain sila tengok di FB Kg
FACE BOOK
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan